#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi July 14, 2023 @ 7:00pm

#BabyXTRA: Enjoy Journey Jadi Bapa, Rasa Serba Salah Menghantui Diri Tiap Kali Haziq Husni Marah Anak-Anak

Memegang kerjaya sebagai pengacara pasti sedikit sukar untuk membahagikan masa bersama insan tersayang.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, pengacara dan bekas penyampai radio Hot FM Haziq Husni berkongsi caranya meluangkan masa bersama anak-anak tersayang.

Buat rumah macam Pusat Tuisyen

Bergelar bapa kepada tiga orang cahaya mata yang sedang meningkat usia pasti mencabar lebih-lebih lagi dalam memberi didikan untuk memastikan anak-anak terus fokus dalam pembelajaran.

Cara Haziq dan isternya, Ayunda Putri Mekarsari adalah sering meluangkan masa untuk membaca dan mengajar anak-anaknya.

“Saya buat macam tuisyen dekat rumah… saya dan isteri akan ajar dan rewind semula apa yang anak-anak belajar di sekolah.

“Contohnya kami akan baca iqra sama-sama, baca buku biar anak-anak pandai membaca sebab sekarang mereka dalam fasa yang baru nak belajar membaca.

“Nak kenal huruf, pandai mengeja semua. Jadi kami spend time lebih dekat situ,” katanya.

Bab Bermain, Serah Saja Pada Haziq!

Bagus Haziq ni, rajin melayan anak-anak terutamanya semasa bermain. Bukan apa, setengah bapa ada yang suka lepas tangan.

Haziq berkata dia selalu menerapkan permainan yang disukainya kepada anak-anak.

“Waktu bermain banyak habiskan dengan saya. Jadi saya cuba ajak buat apa yang saya suka dan terapkan kepada anak-anak juga.

“Contoh pergi main go cart,” katanya.

Karakter & ragam Anak-anak Haziq ‘Pelbagai’

Ragam anak-anak semuanya berbeza, ada yang terlebih manja, banyak akal, dan sebagainya.

Ini pula ragam anak-anak Haziq;

“Watak anak- anak nombor satu hyper, number dua drama Queen, nombor tiga dia tenang tapi ada masa clumsy juga. Dia suka hentak badan, dia bangun dan suka jatuhkan badan kat kita, sakit ya,” ujarnya.

Rasa Serba Salah Menghantui Diri?

Ada kalanya menjadi ibu bapa ni perlu tegas dalam memberi didikan, tetapi rasa kesian dan tidak sampai hati boleh menebal dalam diri selepas memarahi anak.

Itulah apa yang dirasakan oleh Haziq yang kesal setiap kali meninggikan suara kepada anak-anaknya.

“Sebenarnya selalu sebab semua perkara yang kita buat setiap hari bersama dengan anak-anak kita adalah satu proses.

“Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa juga ada benda yang salah untuk kita belajar buat yang lebih baik demi anak-anak.

“Bila dah buat benda yang salah dekat anak-anak tu, contoh termarah anak lepastu itu mesti kita akan menyesal dan rasa terkilan.

“Rasa sedih bila anak-anak tidur pandang muka dia sayu je.

“Jadi seorang bapa ni adalah satu journey yang ada turun naiknya. Ada sedih, gembira, ada benda yang boleh buat main dengan anak-anak, ada yang kena tegas.. pada saya kita enjoy je journey ni,” akhirnya.

Sekadar info, Haziq dan Putri mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Heidy Nufael, 6, dan Chayra Auliya, 5, dan Charissa Azzahra, 1.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 2 Jun 2023

#BabyXTRA: Suka Berpantang Cara Tradisional Melayu, Maryam YouNarae Belajar Urus Anak Dari Youtube!

Orang Korea pun suka berpantang cara tradisional Melayu tauuu 🙈 Cenggini lahhh Maryam 👍🏻😊

#BabyXTRA Fri, 17 Mar 2023
#BabyXTRA Fri, 28 Jul 2023
#BabyXTRA Fri, 25 Aug 2023

#BabyXTRA: Pernah Rasa Down Anak Kerap Menangis… Jadi Ibu Buat Mona Allen Lebih Penyabar 

Pengalaman paling indah buat Mona Allen apabila bergelar ibu ❤️

#BabyXTRA Fri, 9 Feb 2024
#BabyXTRA Fri, 1 Sep 2023

#BabyXTRA: Risau Terpengaruh Dengan Rakan Sebaya, Rajin ‘Homeschool Di Rumah… Diana Danielle Akui Rapat Dengan Anak-Anak Itu Berkat

Anak anak semakin membesar mesti risau kan, tapi bagus Muhammad dengan Aurora ni suka explore. Bijak!