Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 13, 2024 @ 5:24pm

Dicop ‘Try Hard’, ‘Mastura’ Tuduh Puteri Sarah Sengaja Raih Simpati – “Yang Nak Attention Tu Awak! Dah Setahun Berlalu Masih Gila”

Pelakon dan usahawan sensasi, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin sekali lagi diganggu oleh individu dikenali sebagai Mastura menerusi Instagramnya.

Menerusi hantaran terkini di platform berkenaan, Sarah kelihatan memuat naik foto anak sulungnya, Syaikhul Islam bersama bapa dan bekas mentuanya yang juga pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam.

Namun, hantaran tersebut seakan-akan mengundang rasa kurang senang Mastura sehingga sanggup meninggalkan komen mendakwa aktres itu terlalu bersikap ‘try hard’.

“Try hard sangatlah Sarah (beserta emoji ketawa),” tulis individu tersebut.

Tidak berdiam diri, Sarah kelihatan membalas komen berkenaan dengan menyindir tindakan Mastura yang dianggap sebagai gila.

“Sudah-sudah lah gila tu. Jaga-jaga nanti ditidurkan KKM,” balasnya.

Pat

Tidak habis disitu, Mastura bagaimanapun membalas semula komen yang diberikan Sarah dan menyifatkan tindakannya itu sebagai meraih simpati.

“Kita laki sayang. Awak tak habis-habis rintih simpati,” komennya.

Melihat kepada komen yang ditinggalkan, Sarah menegaskan, bahawa tindakan Mastura itu sebagai ‘laparkan’ perhatian dek kerana selepas setahun mendiamkan diri, kini individu tersebut muncul semula.

“Yang nak attention tu awak. Tiba-tiba muncul dekat komen. Sudah setahun berlalu masih gila,” bidasnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet tampil mempertahankan Puteri Sarah, sekaligus melabel tindakan Mastura sebagai meroyan dek kerana aktres itu hadir ke rumah terbuka yang diadakan di kediaman pengarah itu baru-baru ini.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Belum Sedia Kongsi Tarikh Kahwin, Elfira Loy Bersyukur Dipertemukan Jejaka Ada Misi

Paling penting, emak percaya dia boleh jaga saya…Alhamdulillah.

Eat Travel Wed, 21 Aug 2019

Snek bawang mekar bak teratai ini curi perhatian ramai!

Rahsia keenakannya ialah kepingan keju yang diselitkan di setiap kelopak!

Featured Sat, 31 Jan 2026

Terasa Hati? Azhar Sulaiman Tegur Cara Penyampaian Khairul Aming – “Tak Perlu Spell Out Kenapa Tak Boleh”

Behar mengakui berasa kurang senang dengan gaya percakapan serta pemilihan kata yang digunakan KA

error: Content is protected !!