Euforia Bola 2026
Hiburan By: Atiqah Johari June 4, 2024 @ 6:46pm

“Setahu Saya Dia Suka Makan Sisa Orang” – Sarah Yasmine Sindir ‘Statement’ Ruhainies Suka Belanja Makan?

Sebelum ini, sebuah portal hiburan menerbitkan artikel yang menyatakan bahawa pelakon kontroversi, Ruhainies suka untuk belanja orang lain makan.

Namun begitu, bekas kekasih pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine tampil menempelak kenyataan berkenaan menerusi hantaran di Instagram Storiesnya (IGS) baru-baru ini.

Bidas Sarah, pelakon tersebut suka untuk mengambil sisa orang lain malah suka untuk belanja lelaki makan di luar.

Bukan itu sahaja, dia juga mencabar Ruhainies untuk membelanjakan wangnya itu dengan memberi makan kepada seluruh warga Palestin.

“Nak buat apa dengan information ni? Sebab setahu saya, dia ni suka makan leftovers orang, tambahan pula, suka belanja lelaki makan luar.

“Kalau betul info ni penting sangat setakat pasal dia suka belanja orang, belanja satu Palestin please, aku nak tengok juga kebaikan berapa jauh atau semua memang setakat untuk media saja,” tulisnya.

Sarah Yasmine

Terdahulu, Sarah tampil mendedahkan hubungan Ruhainies dan Aliff menerusi tangkap layar perbualan mereka menggemparkan media sosial.

Artikel Berkaitan: Kongsi 10 Perkara Yang Perlu Jadi Privasi Dalam Islam… Ruhainies Bakal Dedah Sesuatu?

Artikel Berkaitan: Ruhainies Perli Sarah Yasmine? Minta Tips Rawatan Rambut Kejung, Ini Respons Empunya Badan – “Muka Saya Bersih, Saya Tak Ada ‘Bapa Gula’ & Tak Pernah Minta Duit Dari Boyfriend”

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Enggan Bersua Muka & Terpedaya Dengan Ruhainies – “Take The Hint, No Thanks”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 May 2020
Hiburan Tue, 26 Mar 2024

Alami Pendarahan Tak Berhenti, Vivy Yusof Keguguran Anak Ke-5

Allahuakbar, semoga Vivy sekeluarga tabah 😢

Hiburan Wed, 6 Mar 2024
Hiburan Thu, 26 Aug 2021

“Selepas Sekian Lama, Akhirnya Saya Terbuka Hati Untuk…” – Nabila Huda Pilih Yang Tak Klise

Pelakon dan pengacara Melodi, Nabila Huda mengakui dia kini memilih untuk membintangi drama rantaian yang mempunyai genre serta skrip bersesuaian. Bakal muncul dengan naskhah Terlerai Noktah, drama rantaian terbabit akan mula bersiaran jam 10 malam […]

Featured Tue, 23 May 2023
Hiburan Thu, 7 Dec 2023
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Azharina Impi Trofi AJL-33

Siapa tahu kan tuah angka ke 33 tahun ini menyebelahi Nina tahun ini…

error: Content is protected !!