Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 22, 2018 @ 1:21pm

Belum Sedia Kongsi Tarikh Kahwin, Elfira Loy Bersyukur Dipertemukan Jejaka Ada Misi

Pelakon Elfira Loy yang baru saja mengikat tali pertunangan dengan Muhammad Faris Khairol Anuar mengakui jejaka itu mempunyai visi masa depan.

Tambah pelakon berusia 24 tahun ini, tunangnya amat memahami rentak keluarganya.

“ Walaupun tempoh perkenalan kami memang singkat tetapi keperibadian Faris amat menarik perhatian saya.

“ Segala rancangan hari bahagia kami berjalan lancar. Paling penting, emak percaya dia boleh jaga saya,” katanya.

Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy bersyukur dipertemukan dengan jejaka yang bakal menjadi imam dalam hidupnya seterusnya berdoa agar hubungan mereka kekal sehingga ke pelamin.

Ramai peminat berteka-teki mengenai Tarikh pernikahan pasangan sejoli ini.  Menurut sumber terdekat dengan keluarga Elfira, pasangan ini dikatakan akan bernikah pada Disember depan.

Sementara itu, Elfira belum bersedia mendedahkan tarikh majlis pernikahannya.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi, Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017. Namun, hubungan mereka secara rasminya terputus pada 18 Februari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Aug 2022
Events Sat, 15 Sep 2018

Long Weekend Dan Tak Tahu Nak Buat Apa? Jom Ke Karnival Rempah 2018!

Mari meriahkan Karnival Rempah 2018 pada hujung minggu ini!

Hiburan Tue, 12 Aug 2025
Hiburan Sat, 22 Feb 2025
Featured Wed, 25 Sep 2024
Featured Mon, 18 May 2026

Penampilan Eksklusif Nathalie Holscher Jadi Tarikan Konsert Revolusi Radja 25 Tahun Julai Ini

Radja kembali menghiburkan peminat Malaysia menerusi konsert solo istimewa mereka, ‘Konsert Revolusi Radja 25 Tahun’ yang dijadual berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 11 Julai depan.

Featured Mon, 18 May 2026

Netizen Puji Fattah Amin Ajar Anak Mengaji  – “Beautiful Family! Sama-Sama Solat & Luang Masa”

Tindakan pelakon dan penyanyi, Amira Othman berkongsi momen memperlihatkan suaminya yang juga pelakon popular, Fattah Amin bersama anaknya, Fatima Aisya mencuri perhatian.

Featured Fri, 19 Dec 2025

Kakak Neera Azizi Tampil Back Up, Video ‘Gender Reveal’ Di Kaabah Bukan Untuk ‘Content’

Kata Zeera tindakan bersuara dibuat selepas melihat terlalu banyak komen melampau yang bersifat menghina, mengutuk diterima.

error: Content is protected !!