Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin September 15, 2018 @ 10:00am

Long Weekend Dan Tak Tahu Nak Buat Apa? Jom Ke Karnival Rempah 2018!

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, sertai warna warni Malaysia bersama warga Media Prima dalam menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2018 ini di Rempah 2018 dengan Gabungan Terbaik Malaysia!

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan mereka yang mempunyai bakat luar biasa dalam menghasilkan seni lukisan.  Pameran seni yang unik yang telah dihasilkan adalah, karikatur trilogy oleh wakil Media Prima, Johan Ishak. Selain dari itu, watak animasi kegemaran kanak-kanak, Ejen Ali juga akan membuat penampilan khas bagi  menghiburkan orang ramai sepanjang acara ini berlangsung.

Rempah 2018 ini telah dianjurkan oleh One Nation Fits All (ONFA) iaitu sebuah komuniti yang menjalankan kerjasama sosial. Acara ini juga turut disokong oleh beberapa rakan kongsi yang terkenal menerusi acara besarnya seperti Big Bad Wolf, BookXcess Sdn Bhd, Sunway Education Group, Balai Seni Negara, GanForHire, Tujuan Gemilang, Village Grocer dan banyak lagi.

Dan, berita baik buat seluruh rakyat Malaysia yang ingin menyertai acara di REMPAH 2018 kerana semuanya adalah percuma. Pengunjung yang datang juga boleh melawat pameran kesenian, kraf disekitar kawasan Tamarind Square, Cyberjaya. Malah, pengunjung yang datang juga dapat merasai dan mengimbau kembali memori apabila berada di Heritage Street. 

Kepada mereka yang sukakan barangan ataupun suasana vintage, korang bolehlah berkunjung ke pameran Balai Seni Lukis Negara yang bertemakan, A Place Called Home.

Bagi ibu-bapa yang  membawa anak-anak mereka berkunjung ke Tamarind Square ni, jangan risau, bawalah anak-anak ke BookXcess untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan seperti, storytelling, puppetry dan mereka juga boleh menyertai peraduan mewarna bersama Ejen Ali!

Jadi, kalau korang bosan duduk kat rumah sepanjang cuti ni, apalagi bolehlah layari maklumat tentang acara terkini di karnival REMPAH 2018  dengan melawat facebook mereka di www.facebook.com/events

Rempah akan berlansung pada 16 September 2018, di Tamarind Square, Cyberjaya. Pesta seni yang menjanjikan suatu pengalaman baru buat penggemar seni, 12 jam tanpa henti bermula dari 9.16 pagi sehingga 9.16 malam.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Jul 2023

Balik Rumah Atau Tak, Yusof Haslam Enggan Komen Isu Syamsul Yusof Lagi?

Kita doakan yang baik-baik untuk keluarga ini okay!

Events Mon, 15 Jul 2019
Featured Thu, 21 Dec 2023

Kongsi Rutin Diet, Khairul Aming Hilang 20 Kilogram Sepanjang 2023

Siapa nak kurus tu bolehlah tanamkan azam mulai sekarang! Usaha tak pernah mengkhianati hasil❤️

Featured Mon, 27 Feb 2023
Featured Wed, 15 Feb 2023
Featured Fri, 26 Nov 2021

Angkara Pembesar Suara Seorang Lelaki Kurang Siuman Terkoban Nyawa

Akibat pergaduhan yang membawa maut, polis telah menahan tiga suspek termasuk dua beranak yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu di pasar pagi Flat Jalan Ashby di Ipoh, Perak pada Khamis. Memetik laporan Sinar Harian, mangsa […]

Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

‘Menang Kalah Hal Kedua, Yang Penting Sihat’ – Sufian Suhaimi

Semoga cepat sembuh Sufian Suhaimi, ada rezeki kita boleh lihat Ada Di Matamu menang besar malam itu nanti. Siapa tahu kan?

Featured Mon, 12 Jun 2023
Trending Thu, 16 Apr 2020
error: Content is protected !!