Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 18, 2026 @ 6:00pm

Penampilan Eksklusif Nathalie Holscher Jadi Tarikan Konsert Revolusi Radja 25 Tahun Julai Ini

Kumpulan popular Indonesia, Radja kembali menghiburkan peminat Malaysia menerusi konsert solo istimewa mereka, ‘Konsert Revolusi Radja 25 Tahun’ yang dijadual berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 11 Julai depan.

Konsert anjuran Dhyah Prod7ction bersama Infinity Love Creative Ventures itu diadakan sempena meraikan perjalanan 25 tahun Radja dalam industri muzik Nusantara sekali gus menjadi simbol penghargaan buat peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seni mereka sejak dahulu hingga kini.

Selepas mencipta fenomena menerusi Konsert RadjaWali pada Januari lalu, kemunculan semula Radja ke Malaysia kali ini dijangka lebih istimewa apabila tampil dengan format konsert solo penuh yang memberi fokus terhadap kekuatan muzik, vokal serta identiti sebenar kumpulan itu.

Malah, peminat bakal disajikan dengan deretan lagu popular seperti Cinderella, Jujur, Benci Bilang Cinta, Takkan Melupakanmu, Manusia Biasa, Jangan Sakiti Aku dan Aku Ada Karena Kau Ada yang terus menjadi siulan peminat sehingga hari ini.

Artikel Berkaitan:Radja Akhirnya Bersuara, Terkejut Peminat Dakwa Kecewa Dengan Konsert RadjaWali – “Kami Tahu Kejadian Itu Selepas Pulang Ke Jakarta”

Artikel Berkaitan:Mohon Maaf Kepada Peminat Konsert Dihentikan… Penganjur Pentas RadjaWali Jelaskan Isu ‘Blackout’

Artikel Berkaitan:Hadir Bertiga Dalam Siri Konsert ‘RadjaWali’ Januari Depan, Ian Kasela Tampil Respons – “Berlima Atau Berdua Muziknya Tetap ‘Full’”

Konsert berkenaan bakal membawa penonton mengimbau semula era kegemilangan Radja yang dianggotai Ian Kasela selaku vokalis utama bersama Moldy, Adit dan Seno Aji ketika mereka menjadi fenomena besar dalam industri muzik serantau.

Selain itu, wakil penganjur, Mubarak Akhtar Mohd Aris berkata, konsert revolusi ini menjadi peluang terbaik buat peminat yang merasakan persembahan Radja ketika Konsert RadjaWali sebelum ini masih belum mencukupi.

“Bagi peminat Radja yang masih belum puas menyaksikan persembahan mereka ketika Konsert RadjaWali pada Januari lalu, inilah peluang terbaik untuk hadir dan menikmati persembahan Radja secara eksklusif dalam konsert solo mereka sendiri,” katanya.

Tambahnya, konsert ini turut menjanjikan beberapa elemen kejutan istimewa buat penonton, termasuk persembahan tribute unik oleh dua DJ profesional wanita dari Malaysia dan Indonesia yang akan tampil mempersembahkan lagu-lagu Radja dalam susunan muzik elektronik yang lebih segar dan moden.

“Setakat ini DJ wanita dari Indonesia yang sudah mengesahkan penglibatannya di dalam konsert ini adalah Nathalie Holscher dan dia adalah salah seorang DJ yang sedang meningkat naik namanya di negara republik ini. 

“Walaupun diberi pembaharuan dari segi susunan muzik, identiti asal serta kekuatan emosi setiap karya tetap dikekalkan, sekali gus menawarkan pengalaman persembahan yang lebih moden, bertenaga dan relevan dengan citarasa penonton masa kini,” jelasnya.

Sementara itu, Ian Kasela berkata Malaysia sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati Radja sejak awal perjalanan seni mereka.

“Konsert Revolusi Radja 25 Tahun ini bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi satu perjalanan emosi yang meraikan 25 tahun muzik, kenangan dan sokongan yang tidak pernah putus daripada para peminat kami di Malaysia dan seluruh Nusantara.

“Kami tidak sabar untuk kembali ke Kuala Lumpur dan berkongsi malam yang penuh nostalgia ini bersama anda semua. Ini adalah hadiah istimewa daripada Radja untuk semua peminat setia kami,” ujarnya.

Sekadar info, untuk maklumat lanjut mengenai penjualan tiket, kategori harga serta barisan penuh persembahan akan diumumkan di laman sesawang rasmi di movetix.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Sep 2025

“Perancangan Allah Sentiasa Lebih Baik” – Isteri Faisal Halim Kongsi Luahan Hati

Isteri Faisal Halim luah pengajaran selepas lalui perit getir rumah tangga

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Encik Mimpi Sudah Bersedia Buka Topeng?

Menurut Encik Mimpi, umpama Puteri Gunung Ledang meminta drone dengan kerabat diraja, begitu jugalah dia.

Hiburan Thu, 4 Apr 2019
Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Bertuahnya Mawar Rashid!

Untung Mawar, Selain cantik beliau juga bertuah kerana dapat memiliki suami yang romantik seperti Raff. Betul tak?

Hiburan Sat, 16 Feb 2019
Trending Tue, 28 Aug 2018

Family Accidentally Leaves Sleeping Toddler Behind, Comes Back Hours Later

They didn’t even realise that their child was missing for HOURS!

Featured Fri, 6 Mar 2026

Kasih Iris Leona Mengadu Kereta Tersadai Tepi Jalan, Azhar Sulaiman Respons – “Gila Ke? Satu Subang Jaya Tak Ada Tayar Ni”

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona memaklumkan, tayar kereta miliknya pecah sekitar jam lima pagi sebelum bertindak meninggalkan kereta miliknyaitu ditepi jalan.

Hiburan Wed, 2 Apr 2025
Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Justin Bieber Simpati Keadaan Demi Lovato

Justin sama sekali tidak menyangka dia boleh kembali mengambil dadah tetapi saya doakan dia dan keluarganya dalam keadaan baik.

error: Content is protected !!