#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi February 9, 2024 @ 3:44pm

#BabyXTRA: Keberadaan Anak Di Sisi Sentiasa Menenangkan… Rayyan Nakhaie Ubati Kesedihan & Suntik Kekuatan Pada Siti Nordiana

Menjadi ibu tunggal semestinya tidak mudah, lebih-lebih lagi apabila membesarkan remaja yang semakin meningkat dewasa.

Istimewa dalam segmen #BabyXTRA minggu ini menampilkan penyanyi terkenal, Siti Nordiana, 39, menceritakan pengalaman menjadi ibu kepada anak lelakinya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 16.

Jadi Kawan Dengan Anak

“Apabila dengan anak remaja ni kita sebagai ibu kena jadi kawan dia. Secara dasarnya lumrah menjadi ibu akan membebel pada anak-anak, tapi dalam masa yang sama kena kawal rasa marah.

“Saya selalu terapkan pada Rayyan untuk berkongsi apa-apa saja. Tapi ada juga kadang kala dia sorok, terutamanya bila saya tengah sibuk.

“Ada satu hari tu dia sakit, tapi tak cerita dekat saya.. tak nak saya risau katanya. Saya pesan pada dia tak boleh macam tu.

“Saya dengar dia batuk sikt saya dah mula gelabah. Tapi saya cuba kawal perasaan gelabah, supaya Rayyan senang untuk bercerita apa-apa saja pada saja,” katanya.

Tiada Figur Seorang Ayah, Mencabar

Siti Nordiana

“Tak pernah rasa down membesarkan anak, cuma ada rasa kesukaran sikit sebab kalau saya nak tegur Rayyan, saya kena kuat.

“Abah (Faizal) dia dah tak ada, jadi semuanya terletak pada saya untuk beritahu dia macam mana itu ini. Kalau ada Abah dia, sekurangnya dia akan ada pandangan dari lelaki. Itu cabarannya, tapi Alhamdulillah saya boleh melaluinya,” tuturnya.

Keberadaan Anak Menenangkan

Siti Nordiana

“Banyak momen saya dengan Rayyan… dia membesar di tangan saya. Kalau saya sedih, saya suka bercerita denga dia tapi tak adalah terlalu mendalam sangat nanti dia pening.

“Keberadaan Rayyan tu soothing (menenangkan) saya. Bila di luar Mama dia macam tu macam ni, nak kena hadap netizen lagi. Bila balik rumah tu dengan dia rasa tenang, satu-satunya insan yang tak akan judge Mama dia,” katanya.

Berkongsi mengenai harapan Nana kapada Rayyan, pelantun lagu popular Paling Comel ini mendoakan anak bujangnya membesar dengan baik serta mempunyai kerjaya yang baik.

“Harapan saya untuk Rayyan sangot besar, semoga dia menjadi anak soleh.. Berjaya salam bidang diceburi dan paling penting tak lupa pada Mama dia.

“Kalau ada girlfriend tu kena tapis dulu..,” selorohnya.

Siti Nordiana

Sekadar info, Nana mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Faizal Yusup pada pada 29 April 2006 sebelum bercerai pada 14 September 2009.

Pada tahun 2011, allahyarham Faizal meninggal dunka akibat serangan jantung.

Artikel Berkaitan: Guna Konsep Perkahwinan Dianggap Gimik Murahan, Siti Nordiana Tak Hirau Kecaman Netizen – “Peminat Saya Akan Faham”

Artikel Berkaitan: Isu Wajah Tiada Di Poster & Satu Lagu Terpaksa Digugurkan Saat Akhir, Penganjur Akui Cuai! Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Siti Nordiana – “Kami Terlepas Pandang”

Artikel Berkaitan: Akui Keterlanjuran, Lan Solo, Isteri & Syura Nafi Bersikap Ego… Tetap Profesional Dengan Siti Nordiana – “Kes Jadi Lama Kerana Jumlah Pembayaran…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 16 Jun 2023
#BabyXTRA Fri, 9 Jun 2023

#BabyXTRA: Mengidam Ais Krim Istanbul, Boleh ‘Transfer’ Sakit Kepala Pada Suami… Wany Hasrita Buat Persiapan Jadi Ibu

Bulan 7 ni Wany nak bersalin dahh 🥰 Semoga dipermudahkan segalanyaa ❤️❤️

#BabyXTRA Fri, 12 Jan 2024
#BabyXTRA Fri, 8 Sep 2023

#BabyXTRA: Ambil Tugas Jaga Anak Pada Waktu Malam, Harris Annuar Rendahkan Ego Mohon Maaf Pada Isteri Setiap Kali Bertengkar

Wahh, bukan senang lelaki nak turunkan ego kan? Cayalah, terbaik Harris Annuar 🤩