#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi June 16, 2023 @ 7:38pm

#BabyXTRA: Kerap Mengidam Makanan Authentic, Suami Sanggup Basuh Muntah… Nik Nazira Bersyukur YonnyBoii Layan Seperti Princess

Kalau ada anugerah suami muda terbaik, pasti penyanyi YonnyBoii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman wajar merangkul gelaran itu kerana rajin melayan karenah isteri ketika mengandung.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, isteri tercinta Yonnyboii iaitu Nik Nazira berkongsi pengalaman mengandung yang kini telah mencecah usia kandungan lapan bulan.

Beruntung Nik Nazira dapat suami yang rajin melayan mengidam dia, sanggup pergi jauh-jauh untuk tunaikan ‘craving’ isteri. Orang kata demi cinta lah kan.

Mengidam Makanan ‘Authentic’, Yonny Gigih Sampai Pergi Negeri Asal

Sebelum ini heboh Nazira mengidam nak makan Akok tapi tak nak di sekitar Kuala Lumpur… Katanya nak yang original dari Kelantan! Fuh lega akhirnya dapat ditunaikan…

“Paling best isteri saya ni dia suka makanan dari satu tempat saja. Macam haritu nak makan akok dari Kelantan.. lepastu Mee Kolok kena pergi Sarawak.

“Dia tak nak yang ada dekat KL sebab katanya makanan asal dari negeri itu lebih authentic,” kata Yonny.

Jelas Nazira, dia kini sedang mengidam makanan manis kadang kala pada tengah malam..

“Sekarang craving makanan manis.. Ada satu hari tu saya nak goreng pisang cheese, tapi tak dapat la sebab dah pukul 1 pagi. Saya kalau mengidam, nak masa hari itu sahaja.. Esok tu dah tak nak,” katanya.

Nazira Dilayan Seperti Princess Di Rumah

Seperti pasangan baru bercinta, kehangatan kasih sayang dalam rumah tangga Yonny dan Nazira kian terasa lebih-lebih lagi apabila sedang menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka.

Emosi wanita ketika mengandung tidak menentu, ada kalanya turun naik.. Hebat Yonnyboii melayan isteri seperti princess di rumah..

“Dia sangat memahami. Dia yang basuh bekas muntah, kalau saya nak apa-apa saya tak perlu gerak dia terus pergi ambil sendiri.. Orderkan apa yang saya teringin. Memang dia layan saya macam seorang princess,” ujarnya.

Bakal menerima anak lelaki, Nazira berkata nama anak sulung mereka dipilih oleh suaminya sendiri.

“Nama anak kami akan bermula dengan huruf K yang bermaksud ‘satu’,” katanya.

Sekadar info, Yonny dan Nazira berkahwin pada 20 November 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Jun 2021

Tiada Lagi Total Lockdown Buat Perlis, Kelantan & Terengganu, Dijangka Masuk Fasa 2 Minggu Hadapan

Negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu antara beberapa negeri yang dijangka beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) minggu depan. Memetik laporan Awani, keputusan untuk menamatkan ‘total lockdown’ di beberapa negeri dibuat oleh pentadbiran Putrajaya […]

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Trending Tue, 27 Aug 2019

一个结婚蛋糕吃了49年!这对夫妻明年用蛋糕屑继续

美国宾夕法尼亚州就有一对白发苍苍的夫妻,把1970年结婚时的结婚蛋糕冷冻起来,每年一到结婚纪念日便切一小块出来吃,持续了整整49年。

Trending Thu, 10 Sep 2020

Balu Abam Puas Hati, Pembahagian Harta Berdasarkan Hukum Syarak

Semoga urusan kedua belah pihak baik-baik sahaja.

Trending Mon, 4 May 2020

[Terkini] Kita Belum ‘Raya’ PKPB Masih Ada

Marilah kita galas tanggungjawab ini bersama-sama!

Trending Sat, 3 Nov 2018

Bajet 2019: BR1M Ganti Sara Hidup 4.1 Juta Isi Rumah

Pembentangan bajet 2019 kali ini bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ dilaksanakan bawah kerajaan Pakatan Harapan.