#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi August 18, 2023 @ 1:27pm

#BabyXTRA: Kerjaya Seni & Rutin Harian Sebagai Ibu Perlu Seimbang, Mira Filzah Kongsi Perkembangan Anak… Bersyukur Emir Bapa Penyayang

Menjadi seorang selebrit dan juga ibu tidak dinafikan sedikit sukar terutamanya dalam membahagikan masa bersama anak-anak. 

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, pelakon jelita Mira Filzah berkongsi pengalaman pertamanya menjadi seorang ibu.

Jadi Ibu Ajar Mira Lebih Disiplin

Perkara utama menjadi ibu mestilah kena disiplin kan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan menjaga anak kecil. Begitu juga dengan Mira yang mula menjadi lebih disiplin dan teratur apabila dah ada cahaya mata. 

“Satu perkara yang saya belajar adalah untuk menjadi lebih disiplin dan organize, sebelum ada anak saya lebih relax dengan jadual rutin bekerja, jadi bila ada anak saya lebih disiplin sebab kita kena ikut rutin anak juga,” tuturnya. 

Bahagi Masa Berlakon & Jadi Ibu

Mira FIlzah

Antara minat dan tanggungjawab menjadi ibu, kedua-duanya perlu seimbang supaya ada masa bersama keluarga juga kata Mira. 

Jelansya, dia tidak mahu berhenti menjadi seorang pelakon kerana amat meminati bidang lakonan. 

“Masa dengan Amir ni there’s always time yang macam akan tak ada masa langsung dengan dia terutamanya bila saya terlibat dengan penggambaran, jadi masa dengan anak tu limit lah. 

“Bila keluar pagi dia tak bangun lagi, balik malam anak dah tidur. Sebagai ibu semestinya saya sedih jadi kalau boleh saya limitkan berlakon. Bukan nak berhenti berlakon, jangan.. saya suka berlakon.

“Cuma kalau boleh saya hadkan supaya masa tu dapat dibahagikan dengan baik. Ada masa dengan keluarga dan ada juga masa untuk bekerja,” katanya. 

Amir Suka Kamera, Tak Halang Jika Ada Penggambaran Libatkan Anak

Mira FIlzah

Seperti ibunya, begitulah karakter Amir yang pantang melihat kamera pasti tersenyum riang. Kata Mira, dia akan pertimbangkan sekirnya ada jenama yang mahu melibatkan Amir dalam penggambaran. 

“Perkembangan Amir dia dah setahun lebih, dia dalam fasa suka memanjat, very talkative semua dia nak bersembang. Dia dalam tahap nak explore semua benda sekeliling dia. 

“Kalau ada in future melibatkan dia saya akan pertimbangkan sebab Amir ni saya nampak dia suka tengok kamera… jadi senang nak bagi kerjasama,” ujarnya. 

Emir Seorang Bapa Penyayang

Mira FIlzah

Seronoknya dapat suami yang rajin melayan anak, tak biarkan isteri saja yang urus anak.

Aktres Pujaan Hati Kanda menggambarkan suaminya seorang yang penyayang dan suka bermain dengan anaknya, Wan Khair Amir. 

“Emir sebagai seorang ayah he is very funny dengan anak dia, kadang-kadang benda pelik dia buat. Dia sangat playful, suka bermain dengan anak. Emir dan Amir dia punya time untuk release stress kerja, to have fun dengan anak. He is very loving dan caring,” katanya lagi. 

Sekadar info, Mira dan Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar berkahwin pada 3 September 2020 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.

Artikel Berkaitan: #TriviaXTRA: Peminat Tegar Liverpool, Wajib Minum Kopi Sebab Sakit Kepala? Ini 4 Fakta Menarik Tentang Mira Filzah Yang Ramai Tak Tahu!

Artikel Berkaitan: “Dia Suka Kamera” – Perlu Teliti Komitmen, Mira Filzah Bersikap Terbuka Jika Anak Dilamar Jadi Duta

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 10 Mar 2023

#BabyXTRA: Isteri ‘Burnout’ Semasa Berpantang… Suami Pula ‘Lepas Tangan’? Aeril Zafrel Kongsi Tips Penting

Banyak kes suami selalu lepas tangan kan terutamanya bila isteri tengah pantang 😌 Aeril wajar jadi suami contoh!

#BabyXTRA Fri, 5 May 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Neelofa Semakin Aktif, Banyak Makan Suplemen Kalsium Elak Rasa Lenguh Badan!

Semoga urusan bersalin baby kedua Neelofa akan dipermudahkan segalanyaaa ❤️❤️

#BabyXTRA Fri, 16 Jun 2023
#BabyXTRA Fri, 7 Apr 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Emma Maembong Lebih Matang… Elak Sifat Boros!

Semoga selamat bersalin anak kedua Emma! 🥰❤️

#BabyXTRA Fri, 24 Mar 2023

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Tak kisah la bersalin cara normal atau czer, yang penting baby sihat walafiat kan 🫶🏻

#BabyXTRA Fri, 1 Sep 2023

#BabyXTRA: Risau Terpengaruh Dengan Rakan Sebaya, Rajin ‘Homeschool Di Rumah… Diana Danielle Akui Rapat Dengan Anak-Anak Itu Berkat

Anak anak semakin membesar mesti risau kan, tapi bagus Muhammad dengan Aurora ni suka explore. Bijak!

#BabyXTRA Fri, 12 Jan 2024