#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi September 1, 2023 @ 6:12pm

#BabyXTRA: Risau Terpengaruh Dengan Rakan Sebaya, Rajin ‘Homeschool Di Rumah… Diana Danielle Akui Rapat Dengan Anak-Anak Itu Berkat

Mempunyai wajah jelita dan perwatakan menarik, pelakon Diana Danielle meluahkan rasa syukur apabila diberi pengalaman manis untuk menjadi ibu kepada dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, Diana berkongsi antara cabaran dan cara didikannya dalam membesarkan dua permata hatinya itu.

Jadi Ibu Penat, Tapi Manis

“Rasa susah membesarkan anak-anak itu akan jadi berbaloi’, demikian respons Diana ketika disoal mengenai pengalamannya membesarkan anak-anak.

Diana tidak menafikan membesarkan anak sulungnya pada awal dua tahun itu memenatkan sehingga diserang penyakit mental postpartum depression.

“Menjaga anak lelaki awal dua tahun sangat memenatkan, jaga anak perempuan lebih tenang jadi kurang penat lebih banyak tidur dan tenang. Anak lelaki saya sangat lincah, stress sangat awal-awal tu. Tak cukup tidur, mandi pun kadang tak sempat.

“Masa tu susah, saya menyusukan Muhammad hampir dua tahun setengah dan Aurora, hampir setahun. Jadi dengan menyusu dan bekerja, benda tu memang sangat memenatkan.

“Kalau tak buat, akan rasa tak best la jadi ibu. Kesusahan yang membuatkan kita rasa berbaloi sebab nampak dia sihat, lincah, bijak. Pengalaman ini yang jadi pengalaman sangat manis dalam hidup saya apabila bergelar ibu.

“Saya diserang postpartum depression tapi ketika itu lebih kepada terkejut dengan kehadiran anak tu, orang ramai tak bercerita tentang kesusahan selepas melahirkan. Orang selalu tanya tentang ketika mengandung.

“Beranak is one thing, tapi what is after that? Postpartum depression selepas melahirkan itu sangat serius, dan harus pergi jumpa doktor atau get support from family and friends. Kalau tak benda tu boleh melarat and menganggu bonding dengan anak.” ujarnya.

Explain With Feedback, Structure (Jadual) Penting

Menurut Diana, dia seorang ibu yang garang namun akan sentiasa menjelaskan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara kepada mereka.

Sementara itu, anak-anak amat memerlukan jadual harian mereka agar kehidupan mereka teratur baik dari segi pembelajaran dan waktu mereka bermain.

“Saya seorang yang garang, tapi akan disiplinkan diorang dengan cara memberi penerangan. Kenapa boleh, kenapa tak.. Jadi mereka tak memendam rasa dengan kita. Kalau diorang tak tahu, nanti anak-anak pun tak tahu macam mana nak perbaiki diri sendiri.

“Feedback is important for kids, sebagai ibu saya harap anak-anak ikut kepada structure. Ini adalah perkara yang sangat penting untuk anak-anak, waktu makan, bermain bila dan masa untuk belajar bila.

“Jadi mereka tahu, expectation tu very clear untuk anak-anak. In that structure, we give them a lots of different stimulaitons,” tuturnya lagi.

Rapat Dengan Anak Itu Berkat

Bercerita mengenai pembelajaran anak-anak, Diana berkata dia sering membuat sesi pembelajaran di rumah (homeschooling) demi membantu subjek yang mereka lemah.

“Kalau dari segi tuisyen, kita bincang kalau mereka perlukan ok pergi. Tapi bagi saya, kalau mereka ada kelemahan dalam beberapa subjek tu saya sendiri akan bantu. Saya ada buat banyak homeschooling dengan anak-anak sebab pada saya berkat bila rapat dan beri sokongan emosi pada anak-anak, mereka akan rasa nak cuba lebih baik untuk buat kita rasa bangga. Its a psychological game,” ujarnya.

Karakter Anak-Anak

Diana berkata kedua-dua permata hatinya mempunyai karakter yang suka mengambil tahu (curious).

“Muhammad very sporty, dia pandai cari kelemahan diri dan pandai improvekan diri sendiri. Dia juga sangat bijak, suka buat research sendiri. Bila dia letakkan goals dalam diri, dia akan sedaya upaya cuba capai goals tu without any intervention.

“Dia juga sangat curious, apa-apa soalan yang dia ada he will do his self-reserach and he will come back to me bagi tahu.

“Aurora is more emotional, she has a sharp mind. Dia kalau bertanya soalan akan tanya soalan yang sangat-sangat bagus. She is a deep thinker and sangat kreatif dan sangat artistik. Dia sangat curious tentang kerjaya saya, saya rasa dia nak ada dalam industri hiburan juga but I try not too.

“They are very happy, well-balanced kids. Jadi we focus on all these different areas, sports, education, music, agama..” katanya.

*Risau Anak-Anak Peer Pressure*

Mengulas lanjut mengenai cabaran membesarkan anak-anak yang menuju ke remaja, Diana berkata dia risau sekiranya anak-anaknya terpengaruh dengan rakan sebaya.

“Friends also comes with different backgrounds, and they have different exposure. It’s the collision between two worlds between two people. When they have more friends, there will be more collision of ideas. So how do we manage that?

“To keep them out of trouble, being true to themselves, tak nak peer pressure, untuk elak benda negatif yang jadi pada mereka jadi open communication is very important and being able to guide them through each stage of their life is also very important.

“Apapun, saya harap semoga mereka menjadi anak-anak berjaya dunia akhirat dan anak-anak yang akan bangga dengan diri sendiri,” ujarnya.

Sekadar info, Diana dan berkahwin dengan aktor, Farid Kamil 2012 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Pasangan ini bagaimanapun sah bercerai talak satu pada 10 Ogos. Pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak penjagaan penuh dua anak mereka kepada Diana.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Buat Hidung, Ini Respons Diana Danielle – “Saya Ada Insecurities Dengan Diri…”

Artikel Berkaitan: Didakwa Dah Jumpa Pengganti Gara-Gara Foto Pegang Tangan, Ramai Backup Diana Danielle – “Itu Gambar Dengan Kawan Dia”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 16 Jun 2023
#BabyXTRA Fri, 24 Mar 2023

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Tak kisah la bersalin cara normal atau czer, yang penting baby sihat walafiat kan 🫶🏻

#BabyXTRA Fri, 9 Feb 2024
#BabyXTRA Fri, 17 Mar 2023
#BabyXTRA Fri, 7 Apr 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Emma Maembong Lebih Matang… Elak Sifat Boros!

Semoga selamat bersalin anak kedua Emma! 🥰❤️

#BabyXTRA Fri, 2 Jun 2023

#BabyXTRA: Suka Berpantang Cara Tradisional Melayu, Maryam YouNarae Belajar Urus Anak Dari Youtube!

Orang Korea pun suka berpantang cara tradisional Melayu tauuu 🙈 Cenggini lahhh Maryam 👍🏻😊