#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi September 29, 2023 @ 3:41pm

#BabyXTRA: Sebak Kenang Zaman Susah Untuk Tampung Keluarga, Lah Ahmad Syukur Anak-Anak Suka Berzikir & Baca Al-Quran

Memberi keselesaan kepada keluarga dalam era permodenan dan ekonomi yang sedang meningkat naik pastinya tidak mudah, itulah yang dilalui penyanyi dan pelakon Lah Ahmad.

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, Lah berkongsi pengalamannya membesarkan anak-anak ketika ditimpa ujian dalam bentuk kewangan.

Dunia Seni Tak Sama, Job Kurang

Menurut Lah, memori membesarkan anak-anak dan menjaga keluarga ketika zaman susah itu terpahat kuat dalam ingatannya sehingga kini.

“Sepanjang menjadi bapa dan ketua keluarga saya masih ingat ketika membesarkan Amira (anak sulung) dan Adam (anak kedua) hidup kami tak begitu senang

“Industri seni ini tak sama. Kerja kena pergi show sambil tu nak menjaga keluarga.. bayar rumah. Usaha setiap bulan struggle nak provide pada keluarga.

“Dalam masa sama kena berkarya, cipta lagu. Orang tak nampak masalah kita. Ketika inilah banyak bagi saya pengalaman yang jadi kenangan manis untuk saya terus move on,” katanya.

Lepas Marah Anak, Wajib Bentuk Semula

Setengah ibu bapa lebih gemar melepaskan emosi amarah mereka pada anak-anak tanpa beri sebarang penjelasan.

Lain pula bagi Lah yang juga tidak menafikan ada menegur anak-anak sekiranya mereka buat kesilapan, namun sebagai bapa memainkan peranan penting untuk bentuk semula anak-anak.

“Dengan anak-anak ni kena cakap elok elok, berlembut, puji. Marah tak boleh selalu. Tegur dengan cara dia boleh faham.

“Tahu yang bila kita cakap later in life dia akan reflect balik apa yang mak ayah pesan untuk mereka. Lepas marah, kena bentukkan anak anak balik. Kena pandai pujuk, ambik hati anak.

“Saya lagi tegas, tapi saya juga yang lembut dalam family. Isteri tegas tapi saya pandai mengurat anak-anak lagi,” katanya berseloroh.

Rutin Solat Berjemaah, Eratkan Hubungan Keluarga

Setengah keluarga bila waktu malam pasti ada yang tak hiraukan keluarga kerana penat. Tapi tidak pada Lah yang mementingkan masa berkualiti bersama keluarga tercintanya.

Lah berkata, mereka akan solat berjemaah dan bersembang ketika waktu makan bertanya tentang hari-hari anaknya.

“Kalau semua ada kat rumah kami akan buat solat jemaah, supaya bagi rapatkan balik hubungan. Makan sama sama di meja makan.

“Saya tak bagi sorang makan dalam bilik depan televisyen. Waktu makan saya selalu bersembang dengan anak, pasal agama, sekolah.

“Kira borak bersahaja je. Supaya mereka lebih selesa nak bersembang dengan kita terutama apabila meningkat dewasa ni,” ujarnya lagi.

Anak-Anak Pandai Baca Al-Quran, Suka Qasidah

Bercerita lanjut mengenai perwatakan anak-anaknya, Lah meluahkan rasa bangga apabila anaknya pandai membaca Al-Quran.

“Anak sulung, Amirah minat seni lukisan dan muzik, gitar. Anak kedua, Adam minat Al-Quran, Qasidah, Zikir.. Minat Godzilla, permainan Jepun. Anak ketiga, pun sama minat zikir, selawat. Al-Quran.. Asmaul Husna kegemaran dia,” katanya lagi.

Sekadar info, Lah dan isteri Yasrina Yusoff mempunyai tiga cahaya mata, Amirah, 14, Adam, 12, yang disahkan menghidap ‘mild Autism’, serta Azim, 9.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 28 Jul 2023
#BabyXTRA Fri, 9 Feb 2024
#BabyXTRA Fri, 10 Mar 2023

#BabyXTRA: Isteri ‘Burnout’ Semasa Berpantang… Suami Pula ‘Lepas Tangan’? Aeril Zafrel Kongsi Tips Penting

Banyak kes suami selalu lepas tangan kan terutamanya bila isteri tengah pantang 😌 Aeril wajar jadi suami contoh!

#BabyXTRA Fri, 7 Apr 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Emma Maembong Lebih Matang… Elak Sifat Boros!

Semoga selamat bersalin anak kedua Emma! 🥰❤️

#BabyXTRA Fri, 5 May 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Neelofa Semakin Aktif, Banyak Makan Suplemen Kalsium Elak Rasa Lenguh Badan!

Semoga urusan bersalin baby kedua Neelofa akan dipermudahkan segalanyaaa ❤️❤️

#BabyXTRA Fri, 24 Mar 2023

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Tak kisah la bersalin cara normal atau czer, yang penting baby sihat walafiat kan 🫶🏻

#BabyXTRA Fri, 12 Jan 2024