Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 30, 2023 @ 11:32pm

“Bagus Dia Tak Pusing Cerita” – Spekulasi Terjawab, Jep Dedah Tak Dijemput Ke Majlis Kahwin Shuib

Ketiadaan pelawak dan penyampai radio, Jep ketika majlis perkahwinan rakan seperjuangannya, Shuib baru-baru ini menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet.

Hal ini kerana umum mengetahui mereka merupakan rakan baik dan ahli kumpulan Sepahtu.

Namun begitu, spekulasi mengenai ketidakhadiran Jep pada malam majlis perkahwinan Shuib dan Watie akhirnya terjawab.

Menerusi video rakaman siaran langsung daripada akaun TikTok @ichanurintashah, Jep mendedahkan bahawa dirinya tidak dijemput ke majlis perkahwinan rakannya.

“Jep kenapa tak pergi Shuib kahwin?” tanya seorang individu.

Secara terus terang, Jep menyatakan bahawa dirinya tidak dijemput ke majlis perkahwinan tersebut.

“Ohh saya tak dijemput,” jawabnya ringkas.

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Malah, ramai yang memuji sikap Jep yang tidak berdolak-dalih untuk menjawab pertanyaan tersebut.

“Settle Jep terus jawab.

“Wow his answer just straight to the point.

“Ok soalan yang viral minggu ni sudah dijawab gaiss.

“Jep ni bagus dia takde pusing-pusing cerita. Dia tegak je jawab benda yang betul… mantap Jep tak susah-susah nak susun ayat. Bom sekali orang terus faham,” komen warganet.

Untuk rekod, Shuib telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya iaitu Watie Hanifiah pada 23 Jun lalu dengan sekali lafaz.

@ichanurintashah Jep live ptg smlm part 1 of 3. Like dan komen ye gaiss. #jeptapan #jepsepahtu #fyp #fypシ゚viral #foryoupage #masukberandafypシ #masukberanda #masukberandafyp #masukberandamu #viral #tiktokmy #tiktokmalaysia #tiktoksg #pelawakmalaysia ♬ original sound – nurinnatashah 🌹

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jul 2024
Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Nak Tahu Apa Misi Terbaru Ejen Ali?

Tak sabar nak tengok Ejen Ali The Movie. Tunggu okay!

Hiburan Wed, 24 May 2023
Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Siapa “A” Cinta Hati Zulin Aziz?

Beliau memang rapat dengan Amanda dan kehadiran Amanda juga sedikit sebanyak dapat mematangkan dirinya. Beliau juga turut menjelaskan bahawa beliau tidak terniat langsung merampasnya dari ibu bapa kandung beliau

Hiburan Tue, 14 Jan 2025

Kecantikan Dipuji Persis Megan Fox, Puteri Balqis Akui Masih ‘Insecure’ 

Puteri Balqis tiada keyakinan kiri walau kecantikan terima pujian melambung

Hiburan Fri, 28 Feb 2025
error: Content is protected !!