Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops February 2, 2018 @ 11:00am

Bahaya Tester Alat Solek

Kebanyakan wanita yang berkunjung ke gedung kecantikan pasti mahu mencuba terlebih dahulu sesuatu produk sebelum membelinya. Ini bagi memastikan produk yang dibeli sesuai dengan warna kulit mereka.

Namun, tahukah anda tester atau sampel barangan kosmetik seperti gincu, maskara atau eyeliner yang terdapat di kaunter kecantikan boleh mengakibatkan risiko jangkitan Herpes jenis 1 (herpes oral). Herpes oral merupakan sejenis jangkitan yang menyebabkan bintik-bintik seperti kudis tumbuh di bahagian bibir, gusi, lidah dan dalam pipi. Ia boleh berjangkit melalui air liur atau kulit yang telah dijangkiti.

Pernahkah anda terfikir saat mengoles gincu sampel, sudah berapa banyak air liur yang terkena pada sampel tersebut. Menurut ahli mikrobiologi, titisan air liur ini boleh menyebabkan kongjungtivitis. Justeru, perkongsian gincu seumpamanya adalah berbahaya dalam kalangan individu yang tidak dikenali.

Selain Herpes, penggunaan tester juga mungkin mengakibatkan risiko lain seperti salmonella dan e.coli. Berus solekan dan gincu boleh menyebarkan jangkitan kepada orang lain kerana ia mengumpul bakteria termasuk staph aureus, e.coli dan streptococcus. Tanda dan gejala Herpes boleh menyebabkan ruam, kudis berisi air pada bibir atau di dalam mulut dan menyebabkan rekahan kulit (ulser) yang sakit.

Mata dan sistem saraf juga boleh terlibat sama. Gejala ini tidak akan terjadi serta merta selepas terkena jangkitan tetapi mungkin akan muncul selepas beberapa hari, minggu atau beberapa tahun lagi. Gejala-gejala lain termasuklah gusi bengkak serta merah, selaput putih pada lidah, bengkak kelenjar leher, demam dan sakit-sakit otot. Ianya boleh berlaku di awal jangkitan atau selepas beberapa hari, minggu atau beberapa tahun kemudian.

Herpes juga boleh menyebabkan lepuh pada bibir dan sekitar mulut. Rawatan Tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini. Walaupun begitu, ubatan antivirus oral seperti acyclovir (Zovirax), famciclovir (Famvir) dan valacyclovir (Valtrex), boleh membantu menyembuhkan ruam kulit dan mengurangkan jangkitan ulangan.

Anda juga boleh mengamalkan tip di bawah untuk mengelakkan risiko terkena jangkitan Herpes.

1. Jangan cuba sampel terus ke atas kulit lebih-lebih lagi kulit yang terluka.

2. Jangan mengoles gincu sampel terus ke permukaan bibir. Jika ingin mencuba sekalipun, cukup sekadar mengoleskan di bahagian kulit tangan bagi melihat kepadanan warnanya dengan tona kulit.

3. Jangan sentuh tester yang kelihatan lama, rosak, merekah dan berbau pelik.

4. Dapatkan nasihat staf kaunter kecantikan sebelum mencuba sesuatu sampel.

5. Uji sampel di atas tangan atau bahagian yang kurang sensitif daripada muka.

6. Bersihkan serta-merta selepas menggunakan sampel untuk mengelakkan risiko jangkitan.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 19 Mar 2018

Kerap Cuci Rambut Tapi Masih Banyak Minyak. Ini Jawapan Berapa Kali Sebenarnya Anda Perlu Mencuci Rambut

Kalau anda kerap sangat bersyampu, kulit kepala akan bertindak mengeluarkan lebih banyak minyak! Alamak!

Oh Lawa Fri, 21 Sep 2018
Oh Lawa Wed, 21 Nov 2018

Jurusolek Saintis, Ciri Istimewa Nuex Rosli Berbanding MUA Malaysia Yang Lain

Nuex Rosli Mempunyai Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Genetik. Gempak!

Oh Lawa Wed, 26 Dec 2018

10 Stail Selebriti Paling ‘On Point’ Sepanjang Tahun 2019

Stail selebriti kita ini memang up-to-date!

Oh Lawa Thu, 14 Feb 2019

5 tip penjagaan mutiara agar tetap kekal mewah! 

Pemakaian mutiara dipadankan dengan busana indah, sememangnya tampak cukup elegan. 

Oh Lawa Wed, 17 Jan 2018

Betis Besar : Pakai Skirt Atau Jeans?

Saiz betis yang besar buat anda keliru apabila berpakaian? Tak tahu antara jeans atau skirt? Mungkin anda tak boleh ubah bahagian badan itu, tapi sudah tentu anda boleh mengubah stail berpakaian. Tips asas untuk mereka […]

Oh Lawa Mon, 28 Jan 2019

Givenchy tampilkan beg galas yang dihiasi riben gergasi di Minggu Fesyen Paris

Anda berani bergaya dengannya ketika berjalan-jalan di pusat beli-belah?

Featured Mon, 26 Nov 2018

Betulkah Perbuatan Menanggalkan Makeup Mata Boleh Menyebabkan Kedutan? Ini Jawapannya

Selama ini kita gosok-gosok bahagian mata kita tanpa terfikir tentang akibatnya.

Featured Mon, 10 Jun 2019
error: Content is protected !!