Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 15, 2018 @ 12:12pm

Bakal Doktor Juara Gadis Panca MyBeauty 2018

Pelajar perubatan, Sharifah Husna Syed Faizal muncul sebagai Juara Gadis Panca MyBeauty 2018 yang berlangsung, semalam.

Menurut Sharifah Husna, dia sama sekali tidak menjangka dengan kemenangan ini.

“ Sebenarnya saya baru habis menduduki peperiksaan pagi tadi dan sejurus tamat, saya bergegas ke sini (Dewan Besar Utusan).

“ Jujurnya saya kurang persiapan dan agak gementar bila berada di pentas. Ini kerana saya perlu berlakon menggunakan bahasa Istana memandangkan bahasa Malaysia saya juga tidak begitu fasih. Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya hari ini,” katanya kepada xtra.com.

Difahamkan, pelajar berusia 25 tahun ini turut membuat penampilan dalam drama Raisha 2 dan Seribu Rindu. 

Pelajar dan pelakon sambilan ini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, pakej percutian ke Balkan, tiara dan trofi iringan.

Selain menerima hadiah fizikal, penyandang juara juga bakal ditawarkan kontrak lakonan di bawah agensi pengurusan A. Aida Talent & Management.

Beberapa penyanyi popular antaranya Sufian Suhaimi, Amelina, Wany Hasrita dan Syafiq Farhain turut memeriahkan majlis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Mon, 27 May 2024
Featured Mon, 16 Feb 2026

“Ini Bukan Soal Ego, Tapi Soal Kedamaian Tu Datang Sementara”- Derita Dalam Diam, Nabila Huda Akui Sudah Penat

Katanya, situasi yang dihadapinya itu bukanlah melibatkan soal ego untuk berdamai seperti yang sering didakwa segelintir pihak melainkan,  sudah ‘penat’ untuk berjuang sendirian.

Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Al- Fatihah…Bapa Rosma Meninggal Dunia

Rosmawati dan suami, Khai, bersama semua anggota keluarga berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir.

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Siti Elizad Selamat Jalani Pembedahan

Sebelum ini Siti Eklizad juga pernah menjalani pembedahan membuang cyst seberat 4 kilogram

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Hiburan Wed, 26 Apr 2023
error: Content is protected !!