Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 30, 2021 @ 4:29am

Bakal Lahirkan Baby Boy, Elly Mazlein Dah Mula Cuti Bersalin

Pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein mendedahkan dirinya bakal menerima kehadiran bayi lelaki.

Sudah mula bercuti dan menanti hari untuk melahirkan anak keduanya, wanita yang mesra dengan nama panggilan Kak Lina Pom Pom ini tidak sabar menanti kehadiran permata hatinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

“Dengan ini, Kak Pom dah cuti rehat tunggu baby boy mama lahir di dunia. Insya-Allah. Tak sabar nak jumpa permata hati kedua mama,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Elly berkongsi beberapa foto selepas dia selesai mengacarakan sebuah rancangan hiburan buat kali terakhir sebelum cuti bersalin di laman Instagram miliknya semalam.

Dalam pada itu, Elly turut memohon doa agar proses melahirkan anak kedua dipermudahkan.

“Doakan Kak Lina semoga semuanya selamat ya. Terima kasih,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020.

Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 12 Jul 2018

Semangat Si Cilik Puteri Balqis Melawan Penyakit Kanser. Semoga Segera Sembuh!

Balqis berkongsi sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagramnya dengan tanda pagar #FightCancer.

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Tue, 18 Jun 2019

Tak Sampai Setahun Berkahwin, A.Aida Umum Sudah Bercerai

Fail perceraian sudah dibuat sejak 4 April lalu di bawah seksyen 47 iaitu meminta kebenaran mahkamah untuk bercerai secara baik dan seterusnya kami sah bercerai pada 25 April lalu.

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

Artis Popular Cerai Tahun Lalu Dah Rujuk Ketika Masih Dalam Idah?

Artis popular cerai rujuk kembali ketika masih dalam idah

error: Content is protected !!