Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 17, 2020 @ 4:55pm

Bakal Pasangan Pengantin Di Selangor Tidak Perlu Risau, Ini Panduan Akad Nikah Korang Sempena PKP

Kerajaan Selangor bakal mengumumkan garis panduan menegani tatacara akad nikah sekiranya PKP dilanjutkan sehingga Aidilfitri.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, buat masa ini kerajaan Selangor masih kekal dengan keputusan menangguhkan sebarangurusan berkaitan pernikahan dan perkahwinan dalam tempoh PKP dilaksanakan.

Sumber : Google

” Bagaimanapun, sekiranya PKP ini disambung, kita akan umumkan kaedah serta garis panduan baharu untuk tatacara akad nikah di Selangor,” katanya pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Shah Alam, hari ini.

Dan, sekiranya terdapat keperluan yang mendesak ataupun kecemasan, pasangan yang ingin bernikah boleh merujuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana mereka akan menilai setiap kes.

Tambahnya lagi, JAIS membenarkan pernikahan dijalankan dengan menetapkan beberapa garis panduan bagaimanapun, ia sukar dikawal.

“Pengalaman kita menerusi satu majlis perkahwinan di Hulu Langat yang mencetuskan sub-kluster tabligh sebelum ini menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan arahan melarang majlis pernikahan dalam tempoh PKP

Sumber : Google

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari turut melaporkan, ianya susulan Tatacara Khas Majlis Akad Nikah (TKMAN) terbaru yang dikeluarkan JAIPk bertarikh 10 April bagi menggantikan tatacara sebelumnya yang dikeluarkan 17 Mac lalu.

Tatacara terbaru yang dirujuk sebagai TKMAN 2.0, akad nikah mestilah dilaksanakan HANYA di premis Pejabat Agama Islam Daerah dan tidak di tempat lain termasuk premis awam mahupun persendirian dalam tempoh tidak melebihi 30 minit.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Hiburan Sun, 1 Sep 2019

Ashraf Muslim Doakan Siapa Di Mekah?

Seronok betul kalau ada yang mendoakan kita, lebih-lebih lagi di hadapan Kaabah!

Featured Sat, 15 Jan 2022
Featured Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Thu, 30 Jan 2020

“Saya Straight” – Rashidi Ishak Tolak Hubungan Songsang

Orangnya kacak, dan sekarang solo…jadi tak hairan lah bila ramai yang ‘cuba’ untuk mendekati hati pelakon Rashidi Ishak setelah duda anak dua ini bercerai dengan Vanidah Imran hampir dua tahun lalu.  Walau bagaimanapun, bukan sahaja […]

Featured Thu, 2 Feb 2023

[VIDEO] Muat Naik Foto Noah Sinclair Di IG, Tapi Kelibat Anjing Dalam Rumah BCL Jadi Tumpuan

Terkejut juga tengok ada anjing dalam rumah, dulu bukan kucing ek diorang jaga?

Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Wed, 9 Oct 2019

“Terima Kasih Tuhan” Shakilla Khoriri Luah Rasa Syukur Saat Imbau Zaman Susah

Semoga Kisah Shakilla ini jadi inspirasi buat semua

error: Content is protected !!