Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 27, 2024 @ 7:46pm

Bakal Terbang Ke Jepun, Hariz Hamdan Susun Jadual Sibuk Sebelum Berlepas

Pelakon Hariz Hamdan terpaksa menyusun jadual kerjaya yang sibuk sebelum berlepas ke Jepun.

Terbang ke negara matahari terbit itu mewakili jenama Asics, Hariz yang bertindak sebagai duta Malaysia bagi jenama itu bakal menjelajah ke Tokyo dan Kobe selama 10 hari.

“Jadual saya kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri dan beberapa sesi fotografi untuk beberapa jenama yang saya wakili.

“Namun, saya sempat mencuri masa menyertai Asics untuk ke Jepun bagi lawatan kerja. Sebenarnya, Asics menerbangkan saya ke sana bersempena Tokyo Marathon yang bakal berlangsung pada 3 Mac ini.

“Saya sendiri tak menyertai acara terbabit kerana kurang latihan dan persiapan. Untuk menyertai marathon, persiapan rapi harus dilakukan tetapi saya terikat dengan jadual kerjaya yang sibuk.

“Saya tetap akan terbang ke sana untuk melunaskan tanggungjawab sebagai duta jenama popular itu dan bakal menjayakan sesi fotografi untuk produk serta menyertai beberapa program yang sudah dirancang.

“Saya akui sebelum bermula bulan puasa tahun ini, jadual saya sangat padat. Jadi, saya terpaksa menyusun semula kerjaya dan terpaksa melunaskan semua kerja sebelum berangkat ke Jepun,” katanya.

Hariz ditemui di majlis pelancaran pejabat baharu Asics Malaysia di Menara IQ, Lingkaran TRX, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bersyukur kerjaya seninya berjalan lancar di tahun 2024, jadual Hariz padat sehingga awal Jun.

“Saya bersyukur kerana tahun ini bermula dengan baik. Walaupun saya sibuk, tetapi bagi saya, ‘busy is good’ kerana di usia yang muda ini, saya harus berhempas pulas mencari rezeki.

“Insya-Allah, jadual kerjaya saya sudah dipenuhi sehingga pertengahan tahun dan saya berharap semua perkara yang saya usahakan berjalan lancar,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Era Of Live Party Tampil Memukau Dengan 3 Lagu ‘Berhantu’ Calum Scott

Cair dengar suara dia kan? Apapun, terus stay tune tengok E! News versi Malaysia di channel Youtube kami!

Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Hiburan Thu, 18 Jan 2024

Pernah Merajuk Dengan Industri Seni, Nadiya Nisaa Mahu Undur Diri? Mujur Rakan Artis Beri Teguran & Hadiahkan Karya Menarik

Alaa… janganlah undur diri, peminat ramai tau yang suka tengok Nadiya berlakon!

Hiburan Fri, 19 Jun 2026

Mula Pakai Baju Longgar, Kurang Bercakap… Fathia Latiff Kongsi Perubahan Besar Dalam Hidup

Menurut Fathia lagi, fasa kehidupan yang sedang dilaluinya ketika ini banyak tertumpu kepada usaha memperbaiki tahap kesihatan dan menikmati kehidupan dengan lebih tenang.

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Selepas Sekian Lama, AKHIRNYA Ardell Buka Mulut Soal Jodoh…

Ehem…kalau betul, apa salahnya. Dua-dua masih single kan?

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Tahniah! Mawar Rashid Kini Hamil Dua Bulan

Mawar Rashid mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman instagram beliau semalam

error: Content is protected !!