Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 11, 2022 @ 7:00pm

“Balik Dari Umrah Husband Nak…” – Puteri Sarah Liyana Dapat DM Tanya Soal Cerai, Dakwa Pihak Ketiga Reka Cerita

Isu rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah Syamsul Yusof dilihat masih belum menemui titik noktah malah timbul kemelut baru yang menyatakan dirinya akan diceraikan selepas pulang dari umrah.

Baru-baru ini, Puteri Sarah ada berkongsi sebuah tangkap layar yang memaparkan kiriman mesej yang diterima daripada seorang individu yang tidak dikenali bertanyakan soal perceraiannya.

Memetik daripada laporan mStar, pelakon tersebut telah menafikan dakwaan yang dilemparkan kepadanya dan dia menegaskan bahawa rumah tangganya masih dalam keadaan baik serta masih menjadi isteri yang sah kepada suaminya, Syamsul Yusof.

“Status kami masih suami isteri. Sebenarnya, malas nak komen banyak tapi kalau ini rancangan pihak ketiga, semoga berjaya la.

“Memang dari dulu sakan dia bercerita itu ini. Tak tahu apa rancangan pihak sana bercerita perkara tak betul dekat orang ramai,” jelasnya.

Menerusi tangkap layar itu, individu tersebut bertanya sama ada dia akan bercerai dengan suaminya malah individu memaklumkan bahawa dia mengetahui perkara tersebut daripada rakannya menerusi Ira Kaza sendiri.

“Kawan saya kata sis balik dari umrah, husband sis nak ceraikan sis? Itu yang kawan saya kata. Mungkin Ira Kaza cerita semua kat kawan saya,” ujar individu itu.

Terdahulu, pemilik nama Puteri Sarah telah meluahkan rasa bengangnya terhadap anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kaza gara-gara menganggu rumah tangganya sejak 2019 lagi.

Sehubungan itu, Puteri Sarah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kes ini dengan melantik peguam, Datuk Akberdin dari Tetuan Akberdin & Co.

Untuk info, Puteri Sarah telah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan dua orang permata hati iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Netizen Bengang Cara KJ Salam Syed Saddiq?

Video tersebut menunjukkan aksi Syed Saddiq yang baru tiba di KLIA menghulurkan tangan untuk bersalam dengan hadirin termasuk KJ.

Featured Thu, 17 Mar 2022

Didakwa Menghina, Wakil OKU Buat Laporan Polis Terhadap Kak Long 7E

Fuh, semoga laporan polis ini akan memberi pengajaran kepada Kak Long 7E..

Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Wed, 13 Oct 2021

Bantuan Insentif Buat B40, B50 Yang Terjejas – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50. URUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang […]

Trending Mon, 21 Oct 2019
Featured Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Tue, 1 Oct 2019

Elfira Selamat Melahirkan Bayi Lelaki!

Alhamdullilah. Tak sabar nak tengok baby Elfira dan Faris!

Hiburan Thu, 21 Feb 2019
Hiburan Fri, 15 Aug 2025
Contest Mon, 20 Jan 2020

xtra好康头 | 送你《温拿L.O.V.E云顶演唱会》入门票

回忆杀!温拿五虎2月再合体,xtra好康头将送你演唱会入门票,让你重温首首经典好歌。

error: Content is protected !!