Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida February 5, 2018 @ 5:54am

‘BANGKIT’ LEPAS JATUH, WANITA INI NEKAD KEMBALI KE DAPUR

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah perumpamaan sesuai untuk wanita berasal dari Singapura ini. Ujian demi ujian dilalui apabila bisnes pengurusan konferens yang diusahakan bersama rakan niaganya ‘lingkup’ di tengah jalan. Lebih perit, beliau dibebani dengan hutang bisnes sebanyak SD100,000. Banyak tu!

Sa’adah Jan terpaksa menjual apartment 4 biliknya, kereta dan memberhentikan pembantu rumah. Beliau berpindah ke flat 1 bilik bersama suami dan 5 orang anak beserta adik dan ibunya yang sakit kanser.

Meskipun suaminya bekerja, sebahagian besar dari gaji suaminya terpaksa digunakan untuk membayar hutang bisnes beliau dan apa yang tinggal hanyalah SD300 untuk belanja keperluan harian.

Jika satu pintu tertutup, sepuluh pintu lain akan terbuka. Tidak mahu membuang masa dan mengenang kegagalan lalu, Sa’adah mula melayari Facebook untuk mencari idea bisnes baru yang boleh dilakukan beliau.

Beliau mendapati ramai ibu-ibu bekerja mengeluh kerana kesuntukan masa untuk memasak apabila pulang dari kerja dan di sini Sa’adah mula terfikir alang-alang setiap hari memasak untuk keluarga, beliau boleh memasak lebih untuk dijual.

Dengan menggunakan Facebook, Sa’adah mempromosikan bisnesnya dengan memasukkan gambar-gambar masakan beliau. Bisnesnya dinamakan Dapur Ummi Abdullah.

Ia mendapat sambutan dan beliau menerima sebanyak 300 tempahan sehari. Jumlah tempahan yang semakin meningkat membuatkan bisnesnya tidak sesuai lagi beroperasi dari rumah. Dan dengan undang-undang Singapura yang ketat, Sa’adah diminta memasak di dapur berpusat (central kitchen).

Sa’adah memilih untuk menyewa di medan selera terlebih dahulu kerana kosnya lebih rendah. Selepas mengumpul modal selama 2 tahun, beliau berjaya membuka dapur berpusat sendiri pada tahun 2013.

Pada waktu ini, Sa’adah dan suaminya bekerja selama 20 jam sehari kerana mereka sudah mengembangkan pasaran dengan memasak untuk majlis perkahwinan, tempahan untuk acara dan ibu-ibu mengandung. Kerap kali mereka bermalam di taman permainan kanak-kanak berdekatan kedai mereka.

Atas permintaan pelanggan-pelanggannya yang semakin ramai, Sa’adah membuka sebuah restoran yang menghidangkan nasi ambeng sebagai menu utama. Restorannya dinamakan Ambeng Café.

Jumlah tempahan nasi berlauknya dari ibu-ibu bekerja mencecah 1,000 tempahan sehari dan setiap hari nasi ambengnya terjual sebanyak 200 pinggan sehari.

Nasi ambeng Sa’adah mendapat pengiktirafan dari pengkritik makanan dan Sa’adah turut tersenarai di dalam Top 50 World Street Food Masters List.

Walaupun telah mencapai tahap ini, Sa’adah tidak mahu berpuas hati. Pada tahun 2016, beliau dan suaminya membuka restoran makanan Asia dan barat Tiffin Club, Noosh Noodle Bar & Grill dan juga Anggerik Bakery. Pada tahun ini pula, mereka melabur SD30,000 untuk membuka gerai yang dinamakan Kakak Kentang di sebuah medan selera hipster.

Ketika ditanya apa rahsia kejayaan bisnes mereka, jawab Sa’adah ringkas;

“Makanan yang sedap dan layanan yang baik.”

 

Sumber: Mazlan Mohamad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Sep 2021

Asyik Pegang Perut, Betul Ke Neelofa Kini Hamil?

Awwwww… Macam ye je ❤❤❤

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Mana Ada Orang Bela Saya!!

Senangnya berkata-kata yang ada yang membela diri dan anak-anaknya sedangkan penat berkerja siang ke malam

Featured Mon, 15 Jul 2024
Featured Tue, 26 Oct 2021

Manusia Terkaya Dunia, Jeff Bezos Mahu Bina ‘Business Park’ Di Angkasa

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas Amazon, Jeff Bezos yang juga mempunyai syarikat aero angkasanya tersendiri, Blue Origin. Blue Origin yang juga merupakan syarikat pelancongan angkasa baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat ini bercadang untuk membina […]

Hiburan Sat, 27 Apr 2019

MV ‘Kill This Love’ Haram Ditayang?

Selepas Park Bom, giliran Blackpink pula…

LIFESTYLE Tue, 9 Jan 2018

10 LOCAL DRUGSTORE MAKEUP PRODUCTS THAT YOU NEED TO TRY!

2018 resolution: to slay without breaking the bank – CHECKED!

You’re welcome!

Featured Wed, 10 Nov 2021

Gara-Gara Siakap Kayangan, DSV Tawar Mahu ‘Belanja’ Semua Bil Mangsa

Wah, DSV belanja ikan siakap kayangan gaisss…

Featured Mon, 22 May 2023
Featured Fri, 28 Oct 2022

Scha Elinnea Bengang Dengan Produksi – “Lama Dah Bersabar Dengan Tempat Toksik Ni”

Hmm dah banyak kali jugak dengar produksi tak jaga kebajikan pelakon ni

error: Content is protected !!