Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom June 27, 2019 @ 10:00am

Banyaknya kalori terbakar dengan kerja rumah, kagum tak?

Sudah menjadi kebiasaan anda ada masa untuk makan tetapi tidak untuk bersenam, situasi ini mencerminkan budaya masyarakat negara ini. Justeru tidak hairanlah mengapa Malaysia diumumkan sebagai negara obes.

Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menunjukkan seorang daripada dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Sekali gus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling gemuk di Asia, dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat badan sebanyak 33 peratus dan obesiti sebanyak 18 peratus.

Mengkhusus topik ini kepada golongan wanita, mereka yang bertubuh gempal biasanya berdepan dengan masalah rendah diri, dilihat sebagai kurang menarik, sukar mendapat peluang pekerjaan, sering menjadi bahan sindiran dan sukar mendapat jodoh.

Jika anda terus berasa selesa dan enggan mengubah keadaan ini anda akan secara berterusan hilang keyakinan diri dan tanpa anda sedari perasaan cemburu mula menguasai diri anda tiap kali melihat wanita lain yang cantik dan mempunyai pasangan.

Kesimpulannyaa, jika anda malas untuk bersenam di gimnasium, anda masih boleh melakukan keiatan kecergasan dengan melakukan tugas atau rutin harian seperti kebiasaan. Anda pasti tidak akan percaya, jumlah kalori yang dapat dibakar amatlah mengejutkan!

Foto: cikguendang

Jenis Aktiviti di Rumah dan Kalori Yang Terbakar 

1. Membersihkan Pakaian (178 kalori)

Sama ada menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan, percaya atau tidak bahawa ia mampu membakar kalori sebanyak 144. Melakukan senaman squad apabila anda sedang mengutip pakaian diikuti dengan mencangkung dan bangun semula selama 30 saat, diulangi sehingga selesai membasuh pakaian boleh meningkatkan pembakaran kalori kepada 178. Bahkan aktiviti membasuh baju ini juga memberi latihan dan merangsang otot di bahagian lengan setiap kali menyental kekotoran pada baju.

2. Mop Lantai (112 kalori)

Jangan biarkan orang lain mop lantai anda kerana hanya mengemop lantai mampu membantu membakar kalori sebanyak 112 setiap setengah jam. Membersihkan permaidani, mengemop lantai tiga kali seminggu membantu bahu dan tangan anda bersenam dengan cara mudah. Namun jika mahukan jumlah pembakaran secara berkesan lakukan kerja membersihkan lantai secara konvensional kerana pergerakan agresif ini berupaya membakar 187 kalori dalam masa 30 minit.

3. Melakukan Aktiviti Bercucuk Tanam (265 kalori)

Melakukan aktiviti berkebun mampu membakar sebanyak 265 kalori setiap jam. Melakukan senaman squad ketika bercucuk tanam boleh menghasilkan otot dan jika diteruskan, pembakaran kalori boleh meningkat kepada 306 setiap kali anda berkebun. Ketika anda mencangkul tanah, anda menggunakan banyak tenaga. Banyak pergerakan tangan di gunakan. Apabila anda mengangkat air untuk menyiram, anda seperti sedang membuat senaman dumbbell di gym!

4. Menggosok Baju (140 Kalori)

Aktiviti ini mungkin dianggap paling membosankan dan paling malas untuk dilakukan.Tapi sebenarnya, ia sangat bagus untuk tujuan membakar kalori. Suhu panas pada seterika memberi tindak balas pada badan dan mempercepatkan lagi proses membakar lemak. Dalam tempoh satu jam menggosok baju, mampu membakar sehingga 140 Kalori.

Foto: moritzembroidery

5. Memasak di Dapur (150 Kalori)

Terkejut tak apabila anda mampu membakar kalori sebanyak 150 dalam tempoh satu jam hanya kerana berada di dapur. Meskipun tidak banyak kalori dibakar tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Berdiri, berulang-alik ke pantri mengambil barang dan memotong daging juga boleh menyebabkan anda berpeluh!

6. Membersihkan Habuk Dengan Vakum (119 Kalori) dan Menyapu Rumah (136 Kalori)

Membersihkan habuk di lantai memerlukan anda berada dalam posisi membongkok. Banyak pergerakan membabitkan pinggang dilakukan. Kedua-dua aktiviti ini membantu anda menjadi lebih aktif sekali gus menguatkan jantung.

Jika anda membersihkan lantai dengan menggunakan penyedut habuk ia mampu membakar 119 kalori dalam tempoh setengah jam manakala jika menggunakan penyapu ia membakar 136 kalori pada tempoh sama.

 

Sumber: Mingguan Wanita

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 5 Mar 2020

Nak gigi anak cantik, ini rutin penjagaannya

Rajin-rajin gosok gigi anak

Sihat Mon, 20 Aug 2018

Elak Makan 4 Jenis Makanan Ini Kalau Tak Nak Braces Rosak

Pemakaian braces ini memerlukan penjagaan yang rapi.

Sihat Wed, 12 Sep 2018

8 Jenis Makanan Yang Bisa Bikin Anak Anda Memiliki Ketinggian Persis Supermodel!

Makanan kaya protein memberi kebaikan tubuh badan yang sihat, tinggi dan kuat buat si kecil.

Featured Thu, 19 Dec 2019
Featured Mon, 1 Jun 2020

Janna Nick kongsi senaman mudah untuk kecilkan paha

Jika dia berjaya, anda juga boleh!

Featured Sat, 14 Dec 2019
Sihat Mon, 17 Dec 2018

7 Tanda Tahap Kolesterol Dalam Badan Anda Tinggi

Kolesterol wujud dalam tubuh badan kita adalah disebabkan faktor pemakanan ataupun sejarah keluarga.

Semarak Mon, 4 Jun 2018

Ini Makanan Yang Perlu Anda Elakkan Ketika Berbuka Puasa

Anda kena tahu makanan apa yang anda tak patut makan supaya kesihatan anda terjaga.

Sihat Fri, 8 Feb 2019
error: Content is protected !!