Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 30, 2021 @ 2:15pm

Baru Berusia 3 Hari, Anak Azmi Saat Meninggal Dunia – “Afnan, Tunggu Kami Di Syurga Ya”

Penyanyi dan juga anggota kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari selepas bayi sulungnya yang diberi nama Khairul Affan menghembuskan nafas terakhirnya pada Khamis.

Berita itu dikongsi Azmi menerusi hantaran di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

 

Menurut pengurusnya, Syah Rahman, Afnan menghembus nafasnya dalam pangkuan ibunya, Nazira Muhamad di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Selepas alat bantuan pernafasan dicabut, Azmi dan isteri diberikan peluang meriba anak mereka sehingga nafas terakhirnya,” katanya.

Sebelum itu, Azmi dilihat sempat memuat naik hantaran di laman Instagramnya pagi tadi memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan bayi sulungnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

 

Terdahulu, Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Saat, 37, dan isteri Nazira Muhamad, 35, bersyukur kerana dikurniakan  rezeki cahaya mata setelah menanti selama 10 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Wow! Aizat Kongsi Pentas Dengan PADI Reborn

Aizat dan penganjur masih merahsiakan lagu yang bakal dipersembahkan oleh mereka.

Hiburan Tue, 7 Nov 2023

Pakai Loket Huruf ‘Z’, Rantai Emas Fyna Jebat Curi Tumpuan

Huruf Z kat rantai Fyna tu tanda apa ekk… 🤔 Z for Zainal? 👀

Hiburan Fri, 5 Oct 2018
Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Mon, 31 May 2021

“Alhamdulillah, Ini Perjalanan Baru Buatnya…” Rizman Doakan Isteri Kekal Istiqamah

Setelah mendirikan rumah tangga dan  memiliki seorang cahaya mata, kehidupan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin bersama isterinya Nuridaya Suraya sering mendapat perhatian ramai. Pasangan itu juga dilihat lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata […]

error: Content is protected !!