Euforia Bola 2026
Hiburan By: Attiqah Mohd August 24, 2021 @ 3:53pm

“Baru Je Empat Tahun…” – Jawab Soalan Mengenai Jodoh, Hawa Rizwana Beri Fokus Terhadap….

Personaliti TV3 yang kini bergelar penyampai Buletin FM, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan selesa untuk memberikan fokus terhadap kerjayanya.

Belum terfikir soal jodoh, Hawa yang muncul di kaca televisyen semenjak 2017 mengakui dirinya masih baru dalam dunia penyiaran.

“Hawa baru je empat tahun dalam dunia penyiaran. Masih terlalu baru. Jadi fokus Hawa hanya untuk kerjaya. Lagipun, Hawa tak fikir soal bila untuk berumah tangga,” katanya.

Mengakui dirinya tidak takut untuk mengambil risiko dalam menentukan haluan hidup, kini suaranya pula sering kedengaran di corong radio sejak bergelar penyampai radio.

“Ini merupakan tempoh untuk Hawa belajar jadi Hawa kena buka minda dan hati. Sekarang adalah tempoh belajar.

“Kadangkala ada waktu tertekan dengan kesibukan bekerja, namun saya memilih untuk melihatnya daripada sudut yang positif

“Hawa selalu berpegang dengan kata-kata “remember why we started”. Kadang-kadang untuk apa yang kita impikan, kita kena berkorban, jadi usah takut mengambil risiko.

“Jangan cepat melatah. Kita kena cari kekuatan. Kita manusia, ada hari kita nangis, kita stress, kita tenang atau kita ada masalah. Kalau kita boleh perbaiki, kita perbaiki,” katanya lagi

Hawa turut berkongsi ‘chemistry’ bersama Ally Iskandar ketika ke udara di konti radio.

Menurut Hawa, dia selesa bekerja dengan Ally yang mempunyai pengalaman luas.

“Sebenarnya, Hawa mengenali abang Ally sejak zaman Hawa menjalani latihan industri. The chemistry is there. Banyak yang Hawa belajar daripada beliau,” katanya lagi.

Hawa dan Ally mengendalikan segmen Fokus Pagi di Buletin FM setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 15 Feb 2019

Dicabar Bumi Sebenarnya Sfera, Dr Sheikh Muszaphar Tampil Dengan Penjelasan Padu!

Bentuknya bukan seperti bola, lebih seperti telur. Setiap orang harus ke angkasa lepas jika diberi peluang…

Selebriti Thu, 14 Dec 2023
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

IN2IT’S Jinsub Departs From Group with Sincere Handwritten Letter

IN2IT’s Jinsub has decided to depart from the group due to health issues.

Featured Mon, 17 Mar 2025

“Jangan Jadikan Broken Marriage Sebab Putusnya Silaturrahim”- Fasha Sandha

Fasha Sandha meluahkan rasa syukur apabila hubungan keluarga bersama bekas mentua dan pelakon Nora Danish kini baik.

Hiburan Thu, 18 Jan 2024

Fida Ibrahim Kini Bergelar Ibu, Selamat Timang Bayi Sulung

Alhamdulillah! Tahniah Fida dan Suami!

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Ara Johari Teringin Berduet Dengan Ratu Rock Negara?

Kalau dua-dua artis ini bergabung, memang powerlah!

error: Content is protected !!