Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal April 13, 2019 @ 11:33am

Bas Pekerja Berlumba 12 Nyawa Melayang

Seorang daripada mangsa yang terselamat dalam kemalangan bas pekerja yang mengorbankan 12 nyawa berhampiran Kompleks MASkargo di Sepang Ahad lepas mendakwa bas berkenaan berlumba ketika kemalangan berlaku.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ACP Zulkifli Adamsah berkata, polis akan meminta keterangan lanjut daripada mangsa berkenaan berhubung dakwaan itu.

Perkara itu didedahkan beliau ketika mengumumkan laporan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengenai kemalangan itu yang diterima beliau semalam (Jumaat).

Beliau berkata, polis kini menunggu laporan ujian darah pemandu bas bagi memastikan sama ada dia memandu di bawah pengaruh dadah atau sebagainya.

Katanya, menurut laporan Puspakom bas tersebut yang terjunam ke dalam longkang semasa kemalangan, berada dalam keadaan baik.

“Bas perkerja itu berada dalam keadaan baik dan sempurna. Tidak ada masalah teknikal seperti brek dan sebagainya. Jumlah penumpang yang dibawa adalah mengikut kapasiti yang ditetapkan iaitu seramai 44 orang termasuk pemandu. 

“Bedah siasat ke atas semua mangsa mendapati mereka maut akibat hentakan yang kuat di dada,” katanya kepada sumber selepas menyampaikan sumbangan kepada 21 penerima terdiri daripada anak yatim, anak istimewa dan balu-balu kepada mereka yang pernah berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA sempena hari polis yang ke-212 di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11.10 malam Ahad itu, seorang pemandu bas warga tempatan dan lapan pekerja warga asing mati di tempat kejadian apabila bas yang membawa 44 orang termasuk pemandu terjunam ke dalam longkang besar sedalam empat meter berhampiran Kompleks MASkargo.

Dua lagi pekerja warga asing meninggal dunia di Hospital Putrajaya dan seorang lagi di Hospital Serdang.

Pekerja-pekerja yang terlibat dalam kemalangan itu bernaung di bawah syarikat pembekal tenaga kerja, Mutiara Kayamas Sdn Bhd.

Zulkifli berkata, kesemua 12 mayat mangsa kemalangan itu sudah dituntut oleh keluarga, majikan dan kedutaan masing-masing dan dihantar pulang ke negara asal.

Sebanyak 11 mangsa lagi masih dirawat di hospital dan 20 mangsa kemalangan yang terselamat sudah memberikan keterangan kepada polis.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 18 Feb 2020

Al-Fatihah, Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Dunia hiburan sekali lagi menerima kematian berita tak terduga..

Featured Wed, 29 Jun 2022

“Saya Bukan Jenis Berdendam” – Bekas Suami Lufya Nafi Terlibat Dalam Kes Pukul & Cubaan Culik Anak

Selagi tak ada bukti yang kukuh, jangan suka-suka je fitnah orang, kang tak pasal-pasal kena saman!

Trending Wed, 23 Jun 2021

Selepas 9 Tahun, Siti Sarah Kembali Bergabung Dengan Shuib

Selepas sembilan tahun tidak tampil dengan lagu duet bersama, penyanyi Siti Sarah dan suaminya, pelawak dan usahawan Shuib kembali bergabung dan berpadu suara dalam sebuah karya baharu berjudul Semakin Benci Semakin Cinta (SBSC). SBSC yang […]

Trending Fri, 1 Oct 2021

Halaqah Musim Baharu Kini Lebih Padat & Menarik

Lihat, dengar dan hayati. Itulah kekuatan program Halaqah yang sering mendapat maklum balas positif daripada penonton setiap kali bersiaran! Kini, program bual bicara terbaik Anugerah Skrin 2016 dan 2018 kembali dengan kupasan topik yang lebih […]

Trending Fri, 27 Sep 2019

Kerana Lambat Seminit Hantar Bungkusan..

Hanya kerana lambat seminit dan bukannya disengajakan

Hiburan Thu, 17 Apr 2025

Bukti Rumah Tangga Masih Utuh, Risteena Kongsi Perbualan Manja Bersama Suami… Saling Luah Rasa Rindu

Risteena kongsi perbualan mesra bersama suami, bukti rumah tangga masih utuh

error: Content is protected !!