Euforia Bola 2026
Acara By: Padin March 18, 2026 @ 10:34am

Bawa Ernie Zakri, Khai Bahar, Aina Abdul Meriahkan Festival… Rayme Zainal Teruja Gema Raya Putrajaya Dapat Respons Positif

Penyanyi dan usahawan Rayme Zainal menyifatkan penganjuran festival Gema Raya Putrajaya 2026 sebagai satu platform penting dalam memperkukuhkan ekosistem usahawan tempatan selain memberi manfaat kepada masyarakat.

Menurut Rayme selaku Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd, kerjasama strategik bersama pelbagai pihak termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah memberi nilai tambah kepada festival, khususnya menerusi penglibatan program Jualan Agro Madani.

“Inisiatif ini memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih berpatutan, selain membantu mempromosikan hasil pertanian tempatan kepada pasaran yang lebih luas,” katanya.

Festival yang berlangsung selama 33 hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menghimpunkan ratusan vendor daripada pelbagai segmen termasuk makanan, pakaian, produk tempatan serta keperluan Aidilfitri.

Kemeriahan festival turut diperkukuh menerusi sesi walkabout yang disertai Ketua Pengarah FAMA bersama Presiden Perbadanan Putrajaya, yang turun padang bertemu peniaga dan meninjau sendiri operasi jualan di lokasi.

Kehadiran tersebut bukan sahaja menceriakan suasana, malah memperlihatkan sokongan berterusan terhadap usahawan tempatan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

“Program seperti ini membuka ruang kepada usahawan untuk memperkenalkan produk mereka secara lebih meluas dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan,” katanya.

Selain itu, pelbagai aktiviti dan tawaran menarik turut disediakan sepanjang penganjuran termasuk promosi jualan murah, sesi happy hour oleh vendor serta pemberian baucar kepada pengunjung.

Kerjasama bersama pasar raya Lotus’s turut menyaksikan pengagihan 100 kotak makanan kepada pengunjung bertuah yang mengandungi pelbagai barangan keperluan asas.

Tidak ketinggalan, festival ini turut menawarkan peluang kepada pengunjung untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta elektrik Proton menerusi cabutan bertuah.

Dalam masa sama, pelbagai pengisian lain turut diadakan seperti ceramah, aktiviti keagamaan, persembahan seni budaya serta hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Antara artis yang memeriahkan pentas Gema Raya Putrajaya 2026 termasuk Ernie Zakri, Khai Bahar, Aina Abdul dan kumpulan ALPHA.

Kehadiran pengunjung lazimnya memuncak pada waktu malam apabila orang ramai mula hadir selepas berbuka puasa untuk membeli-belah dan menyertai aktiviti yang disediakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 18 Nov 2019
Acara Fri, 13 Sep 2019

Bosch Tronic: Peranti pemanas air mandian selamat

Mandian anda pasti akan lebih sempurna

Acara Sun, 8 Dec 2019
Acara Wed, 25 Sep 2019

Pameran Harumanis ketengah keunikan budaya Perlis

Pelbagai karya abstrak curi tumpuan

Acara Thu, 7 Mar 2019

V Sensual Premium Intimate Wash, bangkitkan positiviti dan keyakinan wanita

Kesegaran dan kebersihan bahagian intim wanita lebih terjamin!

Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖

Acara Fri, 27 Jul 2018

Mempunyai Ciri Simple, Urban & Expressive, Zahirah Macwilson Dipilih Menjadi Duta Meeracle Yang Baharu

Memamg layak Zahirah Macwilson jadi duta Meeracle sebab dia memang cantik!

Acara Fri, 9 Aug 2019

Penangan siri jelajah ABPBH 32, Komtar JBCC berubah menjadi lautan manusia

Dari pagi sampai petang, penonton tak berganjak!

Acara Thu, 29 Mar 2018

Gegaran Dirasai Di KL Sabtu Ini, Siap Sedia Warga Kota!

Gegaran bakal dirasai di Kuala Lumpur pada 31 Mac ini? Bawa bertenang, jangan panik! Ini kerana apa yang akan menggegarkan warga KL pada Sabtu ini ialah festival hipster abad ini iaitu Gegaria Fest.

error: Content is protected !!