Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 2, 2024 @ 1:45pm

Bawa Lagu Memburu Impian Dengan Bapa, Ira Kazar Luah Rasa Terharu – “Terima Kasih Untuk Memori Bersama Ayah Tercinta Saya”

Pempengaruh sensasi, Ira Kazar meluahkan rasa terharu apabila tular sebuah video sedang menyanyi bersama bapanya, aktor senior Kazar Saisi.

Video yang meraih tontonan mencecah 1.2 juta di platform TikTok itu memaparkan Ira berduet bersama Kazar menyanyikan lagu Memburu Impian.

Di ruangan komen, Ira mengucapkan terima kasih kepada individu berkenaan kerana telah merakamkan momen indah bersama bapanya.

“Terima kasih untuk video ini. Salah satu ciptaan memori bersama ayah tercinta saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen seakan sayu melihat dua anak-beranak itu yang dikatakan sering dilanda kontroversi.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pihak mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga agar terus tabah mengharungi segala ujian.

@sifootselow

Jalan Ira Kazar agak berliku, semoga dipermudahkan segala urusan.

♬ original sound – AkuSiput – AkuSiput

Sebelum ini, Kazar dalam satu temubual bersama media berkata dia tidak menghalang anaknya itu untuk menjadi penyanyi.

Sebelum ini, Ira memaklumkan bakal mengeluarkan single pertama berjudul ‘Tak Kisah’.

Sekadar info,  nama Ira mula mencuri tumpuan susulan menjadi ‘orang ketiga’ dalam kontroversi rumah tangga  pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul.

Bagaimanapun, Ira dan Syamsul dilaporkan sah berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand namun berpisah talak satu pada 5 selepas wujudnya lafaz cerai taklik ketika pasangan itu masih suami isteri.

Pengesahan lafaz cerai taklik itu disahkan oleh Hakim Syarie Mohd Faizal Habib di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Artikel Berkaitan: Bakal Keluar Single, Ira Kazar Tak Kisah Dikecam… Terguris Bila Bapa ‘Diserang’ Netizen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jun 2025
Featured Sat, 17 Jul 2021

Jom Semak! Pemohon i-Citra Kini Boleh Semak Status Kelulusan Permohonan

Umum maklum, permohonan i-Citra KWSP sudah dibuka bermula 12 Julai lalu. Ramai pemohon yang ternanti nanti keputusan permohonan mereka. Justeru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru sahaja mengumumkan melalui laman web rasmi berkaitan status permohonan […]

Trending Wed, 23 Sep 2020
Hiburan Tue, 11 Mar 2025
Featured Wed, 14 Dec 2022
error: Content is protected !!