Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal November 19, 2018 @ 8:55am

Bedak Talkum Boleh Sebabkan Kanser Ovari?

Ramai yang menjadi takut dan mengambil tindakan memboikot produk berkenaan. Namun sejauh manakah kebenarannya?

 

Perkongsian oleh Doktor Rusyainie Ramli diharap dapat memberi penjelasan sebenar berkenaan isu ini. Tegas beliau, penggunaan sebarang bedak untuk dipakai pada kulit seperti di bahagian tangan, kaki dan badan tidak membawa bahaya.

Tetapi sebaliknya berlaku, apabila bedak talkum atau sebarang produk lain digunakan pada bahagian alat sulit. Untuk lebih jelas, jom kita ikuti penjelasan lebih lanjut seperti di bawah.

BEDAK TALKUM SEBABKAN KANSER OVARI?

Inilah masalah rakyat kita. MALAS NAK BACA. Hanya ambil tajuk yang dia nampak saja. Dan terus buat andaian.

Saya nak kena betulkan fakta.

Kesemua 22 wanita di Amerika Syarikat yang menang kes lawan dengan syarikat Johnson & Johnson ni, GUNA BEDAK TALKUM DI KEMALUAN. Mereka tabur atas seluar dalam, dekat celah paha, malah atas pad dan juga tampon semasa datang haid. Dan mereka guna berpanjangan. Berpuluh-puluh tahun.

Kajian tentang kaitan kanser ovari dan bedak talkum ni ada bercanggah dan kaitannya sangat boleh diragui. Nak ulas memang panjang. Tapi secara kesimpulannya, nak kata pakai bedak talkum kat vagina terus jadi kanser ovari tu taklah tepat. Kalian boleh baca tentang kanser ovari di
https://ediagnosa.com/kanser-ovari-punca-simptom-dan-rawat…/

Sejak tahun 1970an, asbestos tidak lagi dibenarkan penggunaannya dalam bedak talkum. Johnson & Johnson pun dah keluarkan kenyataan yang mereka tak masukkan asbestos dalam bedak talkum. Di Amerika Syarikat, mereka mempunyai regulasi yang ketat kalau bab kosmetik. Bedak talkum termasuk dalam kosmetik.

Gambar : Facebook Dr. Rusyainie Ramli

Saya dah banyak kali menulis pasal penggunaan produk pada faraj. Sampai berperang dengan netizen yang ada bebalitis. Mesej saya mudah, JANGAN LETAK ATAU GUNA SEBARANG PRODUK untuk bersihkan faraj.

Cecair pencuci feminin yang dijual di farmasi pun tak payah. Semua tu akan bunuh bakteria yang hidup simbiosis yang Allah dah bagi kat kawasan vagina. Nanti yang baik tu mati, bakteria jahat datang. Usah lah kacau kejadian Tuhan.

MERUANG TU DAH TERBUKTI bawa lebih banyak kesan buruk pun. Tolong jangan terpedaya dengan dakyah songsang bani klimaks dan jamu yang tujuan hidup mereka hanya untuk hubungan kelamin.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214760760123228&id=1551720152

Faraj tak perlu la nak berbau macam letak minyak wangi. Pelik sungguh la. Cuma basuh dengan air paip sudah la. Kalau ada keputihan yang tak normal, terus jumpa doktor. Mungkin perlu dirawat.

Untuk kanak-kanak dan bayi yang pakai lampin tu, tak payah pakai bedak. Pakai la krim yang bersesuaian. Dan tukar lampin dengan kerap nak mengelakkan ruam dan rengsa.

Bukan Johnson & Johnson saja yang disaman oleh pesakit kanser ovari. Ada beberapa lagi syarikat lain tapi sebab Johnson & Johnson ni sangat terkenal di seluruh dunia, kes ni memang mendapat perhatian.

Apa yang akak nak pesan, bedak ni setakat pakai kat kulit macam tangan, kaki dan badan sudahlah. Gunanya nak serap peluh dan minyak. Itu saja. Ada pesakit yang ada alahan pada bedak sebab habuknya, tak payah lah guna. Untuk pesakit ada ekzema, baik guna krim pelembab yang jenis hipoallergenik. Dan mesti dapatkan rawatan doktor.

Sumber : Doktor Rusyainie Ramli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 11 Feb 2019

过完年想甩肉?每天2分钟做这事必瘦

过完年想甩肉?根据美国研究,每天花2分钟轻松做这件事必瘦!

LIFESTYLE Sat, 28 Dec 2019

Sendi Boleh Terseliuh Jika Selalu Letupkan Jari Dan Tulang Belakang

cara salah dan keterlaluan yang boleh mendatangkan kesan di lain hari

Automobile Tue, 24 Dec 2019
Fab Foodies! Thu, 15 Feb 2018

TIPS KEKAL SIHAT DI TAHUN BAHARU CINA

Pengusaha buah-buahan menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur Dioxide’ yang mana buah limau akan direndam terlebih dahulu.

LIFESTYLE Thu, 29 Mar 2018

5 Tips Tentang Khasiat Bawang Putih

Bawang putih nampak sahaja kecil tetapi banyak khasiatnya diantaranya

Fab Foodies! Sun, 16 Sep 2018

Jeruk Kulit Limau Dari China Dikesan Ada Plumbum

Sebuah produk jeruk kulit limau yang berasal daripada China dikesan mengandungi plumbum melebihi had yang ditetapkan, menurut laporan akhbar tempatan, South China Morning Post. Produk yang terkenal di negara Tembok Besar itu turut dipasarkan kepada […]

Fab Foodies! Tue, 21 Aug 2018

炒饭先下料or蛋?搞懂4步骤…简单煮出「神级炒饭」

炒饭不软、不油腻主要在于煮饭的要领,饭如果煮得太软就不能炒饭。因此煮饭时……

LIFESTYLE Mon, 18 Jun 2018

Adorable Disney Yukatas Now For Sale

Blending urban and traditional cultures together effectively.

Events Fri, 14 Dec 2018

40,000 Pengunjung Banjiri Festival Anggun Life

Siapa yang pergi Anggun Life boleh guna #AnggunLife di sosial media korang okay!

error: Content is protected !!