Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 27, 2020 @ 4:30pm

Bekalan darah semakin berkurangan, penderma darah dibenar menderma darah

Kerajaan memberi kelonggaran kepada orang ramai yang ingin menderma darah bagi membantu Tabung Darah Negara yang kini dilaporkan mengalami pengurangan bekalan darah sehingga 33 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan masalah yang dihadapi itu, Kerajaan meluluskan permohonan Pusat Darah Negara untuk beroperasi dan membenarkan pergerakan penderma untuk menderma darah.

“Mesyuarat pagi ini memaklumkan, bekalan darah di Tabung Darah Negara berkurangan sebanyak 33 peratus sejak pelaksanaan PKP. Pusat Darah Negara telah memohon kebenaran untuk beroperasi, selain pergerakan perderma darah untuk menderma darah.

Foto: Bernama

“Berikutan dengan itu, menyuarat hari ini meluluskan pergerakan penderma darah untuk ke hospital dan klinik kesihatan bagi tujuan menderma darah dari jam 10 pagi hingga 10 malam,” katanya pada sidang media harian selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai PKP di Putrajaya, sebentar tadi.

Sementara itu, beliau berkata, pergerakan pertama pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kendalian Kementerian Pengajian Tinggi akan bermula pada malam ini membabitkan penghantaran lebih 1,128 pelajar dari zon tengah ke utara.

Bagi pergerakan itu, bas berkenaan balik ke Kuala Lumpur dengan membawa pulang pelajar IPT dari zon utara ke zon tengah, esok malam.

Ismail Sabri berkata, bagi pelajar yang hendak pulang ke Sabah dan Sarawak, penghantaran pulang pelajar menaiki pesawat termasuk dari zon utara, zon tengah dan zon selatan di Semenanjung, bermula 1 Mei ini.

Foto: Berita Harian

“Bagi pelajar yang berada di Terengganu dan Kelantan akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, manakala pelajar yang berada di zon tengah termasuk Pahang akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Pelajar di zon utara akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Penghantaran pelajar menggunakan perkhidmatan penerbangan berjadual,” katanya.

Pada sidang media yang sama, beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia bertenang dan jangan melakukan sebarang tindakan yang boleh menggugat kesejahteraan negara berikutan penularan pelbagai video, rakaman audio dan berita di media sosial membabitkan pelarian Rohingya sehingga menimbulkan kemarahan rakyat negara ini.

Foto: Iluminasi

“Saya pun hairan kedatangan (etnik Rohingya) ke negara kita bukan baharu, sudah bertahun. Sebelum ini tidak timbul isu ini kerana kedatangan mereka mendapat simpati kita, kerana kita mendengar mereka dibunuh dengan kejam dan sebagainya.

“Namun, akhir-akhir ini isu itu menjadi besar dan menghairankan polis kerana banyak berita di media sosial yang dikeluarkan yang menimbulkan kemarahan rakyat kepada mereka,” katanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 1 Oct 2023
Featured Tue, 16 Apr 2019

Larangan bawa bunga segar ketika melawat pesakit kanser di wad hospital. Peringatan buat semua!

Pesakit yang menjalani kemoterapi mempunyai kurang daya tahan badan.

Featured Sun, 17 Apr 2022

“Lagu Ini Ada Kaitan Dengan Kisah Peribadi Saya” – Hael Husaini Harap Single Sama Seperti Dulu Diterima Peminat

Kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh penyanyi popular Malaysia, Hael Husaini.  Walaupun baharu sahaja empat bulan single ‘Kelentang Kelentong’ ciptaannya bersama rakan komposer, Ezra Kong dilancarkan, dengan lebih dari 6.4 juta tontonan di YouTube, beliau […]

Featured Fri, 28 Mar 2025

Tebuk Surah Al-Mulk, Bacaan Noorkhiriah Dipuji Sedap – “Tak Ada Belajar Tarannum Pun”

Khiriah mengaku untuk kekal istiqamah sangatlah susah, justeru dia meminta agar orang ramai sentiasa mendoakannya.

Featured Tue, 7 Dec 2021
Featured Mon, 19 Sep 2022
Featured Wed, 2 Jun 2021

“Jangan Pilih Influencer Sebab Terkenal, Perlu Tengok Bakat ” – Osman Ali

Baru -baru ini tular di media sosial mengenai kritikan orang ramai terhadap seorang influencer yang menjadi heroin drama terbaru. Menurut pengarah filem, Osman Ali, bakat dan kredebiliti pelakon itu sangat penting namun beliau juga berpendapat […]

Drama Tue, 11 Mar 2025

Berjaya Expose Sisi Gelap Kehidupan, Netizen Puji Karya Erma Fatima – “Seram Tengok! Tapi Buat Kita Sedar”

Kata Erma drama Keluarga Itu dibuat berdasarkan realiti kehidupan sebenar yang berlaku di luar sana.

error: Content is protected !!