Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 9, 2019 @ 10:00am

Bekas Kekasih Kahwini Syahrini, Luna Maya Tetap Kuat

Susulan berita pernikahan penyanyi Syahrini dan usahawan Reino Barack, nampaknya media Indonesia bukan hanya memberi tumpuan kepada pasangan itu malah bekas kekasih Reino, Luna Maya.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan Luna ketika ini apabila bekas kekasih yang dikenali sejak lima tahun dahulu kini sudah menjadi milik orang lain.

“ Waktu pasangan itu bernikah, Luna baik-baik saja. Kebetulan saya bersama dia ketika itu,” kata pengacara Iwet Ramadhan.

Memetik laporan Kompas, Iwet memaklumkan sahabatnya itu seorang wanita kuat.

“ Dia bukan wanita yang patah hati untuk tempoh lama. Semuanya berjalan seperti biasa.

“ Dia lalui semua ini dengan senyuman. Masih banyak lagi pekerjaan perlu dilunaskan termasuklah shooting filem. Saya tidak lihat sesuatu yang aneh pada dirinya,” katanya.

Bekas kekasih Luna, Reino Barack bernikah dengan penyanyi Syahrini di Masjid Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari lalu.

Kejadian itu membuatkan warganet berasa simpati dengan Luna Maya selepas kisah cintanya bersama Reino terkandas di tengah jalan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Jan 2022
Featured Tue, 27 Jan 2026

Titip Ucapan Terima Kasih Buat Rakan Artis, Puteri Balqis Mengaku Gagal -“Mak, Kakak Gagal Tapi…”

Aqish mengakui dirinya berasa gagal, terutama dalam memenuhi harapan ibunya.

Featured Tue, 26 Aug 2025
Hiburan Thu, 12 Jun 2025

Syed Iqbal Menyerlah Dengan Basstamam, Lirik ‘Wahai Bulan Purnama’ Jadi Tumpuan di TikTok!

Penyanyi baharu, Syed Iqbal mencuri tumpuan ramai menerusi single sulungnya “Basstamam”.

Featured Mon, 28 Oct 2024

Kandungan Masuk Trimester Kedua, Nabila Razali Mengidam Makan Benda Pelik

Bertuahnya kalau mengandung tak de nak makan pelik-pelik😍

Featured Fri, 30 May 2025
Automobile Thu, 6 Dec 2018

Rent a SOCAR and Get Fried Chicken Too!

It’s a great combo for sure.

error: Content is protected !!