Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal May 11, 2018 @ 4:02pm

Belum Rancang Tambah Anak, Sabar Ya

Anak pasangan selebriti, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin baru nak cecah setahun, ada netizen yang dah mula bertanya bila nak tambah cahaya mata. Amboi..

Kata pelakon berusia 35 tahun ini, buat masa ini beliau belum mempunyai perancangan untuk menimang cahaya mata kedua.

“ Isteri saya bersalin secara pembedahan ketika melahirkan anak sulung kami, Syeriv Samheizy, Mei tahun lalu.

“Doktor menasihatkan supaya isteri diberi tempoh dua tahun untuk rehat. Kami serahkan rezeki anak kepada Allah,” katanya di Wangsa Maju, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Shaheizy memberitahu dia baru selesai menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 yang dijalankan selama 15 bulan.

“Buat masa ini, saya mahu berehat dari berlakon dan beri tumpuan terhadap keluarga serta perniagaan koleksi baju Melayu sempena Aidilfitri yang tiba tidak lama lagi,” katanya.

Selain itu, pelakon terbabit turut merancang membawa keluarganya bercuti untuk berehat dan melupakan seketika kesibukan bekerja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Dec 2018
Selebriti Sat, 10 Feb 2018

BUKTI SHEILA ON 7 MASIH ‘BERBISA’

Walaupun hanya mengenakan seluar jeans dan tshirt hitam, aura Duta ternyata masih kuat! Tanpa perlu bertukar ganti baju, susunan muzik yang padu, kumpulan yang dianggotai oleh  Adam, Eross Chandra, Brian Kresno Putro dan Duta selaku vokalis ini sememangnya layak mendapat standing ovation!

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

JUN JI HYUN GIVES BIRTH TO SECOND BABY BOY

Famous Korean actress Jun Ji Hyun gave birth to a beautiful healthy baby

Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Hiburan Sat, 28 Aug 2021

“Ada Yang Tegur Kerana…” – Amir Masdi Selesa Dengan Rambut Panjang

Penyanyi yang popular dengan lagu Kau Sakiti, Amir Masdi, 25, mengakui dirinya selesa dengan imej berambut panjang. Menurut Amir atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi, ramai peminat turut bersetuju dengan imej yang dibawanya sekarang. “Ada […]

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

万众期待电影《沦落人》终定档于6月20日全马上映

早前因与多部好莱坞大片撞档期而延迟上映的《沦落人》,今日发行商爵士电影制作公司宣布确定于6月20日在全马电影院正式上映!

Hiburan Sat, 17 Aug 2024
Hiburan Wed, 11 Feb 2026

“Sudah Tentu Saya Akan Kongsi Berita Baik, Tunggulah…” – Dayang Nurfaizah

Pelantun lagu Di Pintu Syurga ini turut menjawab berhubung perhiasan rantai yang dipakainya didakwa sama dengan Hael. 

error: Content is protected !!