Euforia Bola 2026
Filem By: Ad Ops September 13, 2019 @ 5:55pm

Belum Tengok Lagi? Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Tengok Dendam Pontianak Sekarang!

Dendam Pontianak atau “Revenge of the Pontianak” arahan Glen Goei dan Gevin Yeap telah mula mengilai di kesemua pawagam negara ini bermula 12 September 2019 semalam.

Ha, buat korang yang belum tengok lagi tu, ini sebab kenapa korang kena tengok Dendam Pontianak sekarang. Let’s check it out!

1.Gandingan Hebat Pelakon Malaysia & Singapura

Filem ini menampilkan gandingan hebat pelakon popular Nur Fazura, Remy Ishak, Namron serta pelakon dari Singapura iaitu Shenty Feliziana dan Hisyam Hamid. Gandingan pelakon lama dan baru yang berbakat membangkitkan lagi penceritaan Dendam Pontianak ini. Rugi kalau tak tengok!

 

Barisan Pelakon Dendam Pontianak

 

2.Mitos Melayu Lama Yang Berbeza Dengan Filem Pontianak Lain

Bila bercakap tentang ’Pontianak’, mesti akan fikir tentang roh wanita mengandung yang mati semasa melahirkan anak yang dipenuhi dengan dendam. Uniknya “Dendam Pontianak”, filem ini bukan sekadar cerita dongeng seram Asia yang paling digeruni, tetapi pada hakikatnya sebuah kisah tragis tentang cinta dan kehilangan.

“Dendam Pontianak” sememangnya bukan menampilkan mitos melayu filem pontianak tipikal panjat pokok, tapi juga memaparkan kekuatan wanita dalam menuntut keadilan termasuk haknya.

 

 

3.Elemen Klasik 50 & 60 an

Elemen klasik yang diketengahkan dalam filem ini memang berbeza! Filem ini mengambil latar tahun 1965 yang menceritakan Khalid, watak yang dilakonkan Remy dan Siti dilakonkan oleh Shenty membuat persiapan hari pernikahan mereka.

Berlatarbelakangkan sebuah perkampungan kecil pada pertengahan 1960an, Dendam Pontianak dimulakan dengan majlis perkahwinan di antara dua pasangan sejoli iaitu Khalid  dan Siti yang penuh adat tradisional yang klasik.

 

Khalid dan Siti

 

Fazura sebagai Mina

4.Emosi Yang Berbeza

Babak penghujung cerita ini akan membuatkan anda emosi dan tersentuh. Pengorbanan yang dilakukan ‘Mina’ oleh Fazura sangat strong. Babak ini sure akan buat korang semua yang menonton mengalirkan air mata.

Korang akan faham dengan mesej utama yang ingin dibawa iaitu kasih ibu membawa ke syurga walaupun dalam bentuk bukan manusia. Misteri bukan?

So, buat korang yang belum tengok trailer filem ni, boleh tengok dulu trailer dekat bawah ni. Enjoy!

 

 

Ditulis Oleh: Dina Azmi

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Tue, 11 Jun 2019

两队小孩「化身」新闻主播!到底谁的观点最好?

《学霸》16进8的第二场赛事参赛队伍化身新闻主播!到底谁的观点最好,谁的创意点子棒?

Filem Wed, 25 Dec 2019

嘉宾庄靖毅罗忆诗「拼到底」争冠军

为拼2019年好彩头,这期的《Durian, Kaya, Teh Tarik》嘉宾庄靖毅和罗忆诗可说是不顾形象,完全豁出去!

Filem Tue, 24 Sep 2019

「色香味」俱全!才能称得上是美食

有人说美食一定要色香味俱全才称得上是佳肴,所以这星期的《好吃!》将为大家介绍无论是视觉和味道都充满噱头的美食!

Filem Sat, 14 Dec 2019
Filem Wed, 27 Feb 2019

Rindu Pelakon Drama Setelah Cinta Itu Pergi? Jom Layan Aksi Mereka Dalam…

Tahniah! Drama Sangat kini cecah 100k subscribers

Filem Fri, 7 Dec 2018
Filem Mon, 23 Dec 2019
Filem Mon, 11 Mar 2019

Learn About The Stone Age Era Through a Fun and Entertaining Show

History is actually pretty fun when presented in an entertaining manner.

Filem Thu, 15 Mar 2018

《我要做特务》开拍!朱咪咪压力大「我有学过柔道」

马中港合资的喜剧动作电影《我要做特务》正式开拍!日前香港导演蓝兆基和大马导演蔡业瀚率领一众演员会见媒体。发布会上,朱咪咪坦言接这部电影压力大“不要小看我,我年轻时有学过柔道。”

error: Content is protected !!