Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 13, 2026 @ 2:20pm

Beralih Hobi Tanam Sayur, Amyra Rosli Syukur Amar Baharin Lebih Gembira – “Macam-Macam Sayur Dia Tanam, Ada Pegaga, Kobis, Ulam Raja…”

Pelakon dan pengacara Nona TV3, Amyra Rosli berkongsi hobi terkini suaminya yang juga pelakon, Amar Baharin.

Kata Amyra, Amar kini mempunyai hobi baharu iaitu menanam sayur-sayuran di rumah sebagai langkah berjimat cermat susulan keadaan ekonomi yang semakin membimbangkan.

Namun,  perubahan itu dilihat sebagai sesuatu yang positif memandangkan ia bukan sahaja memberi hasil, malah membuatkan suaminya itu lebih banyak meluangkan masa di rumah bersama keluarga.

“Mungkin dia rasa dunia sekarang memerlukan kita untuk berjimat cermat, jadi dia ada hobi baru menanam sayur-sayuran. Bagus juga sebab selain ada hasil, dia pun duduk di rumah sahaja.

“Saya suka bila suami saya ada hobi begini, hidup dia nampak gembira. Inilah cara dia untuk membahagiakan keluarga, jadi saya tumpang gembira,” katanya.

Amyra berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada tayangan episod akhir drama Khianat Yang Terpilih baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai hobi terbarunya suaminya itu, Amyra memaklumkan, Amar telah memanfaatkan kira-kira suku kawasan rumah untuk tanaman menggunakan sistem hidroponik.

“Setakat ini baru suku kawasan rumah tanaman itu dan dia gunakan sistem hidroponik. Ada macam-macam sayuran yang dia tanam antaranya pegaga, bendi, kobis, ulam raja dan macam-macam lagi,” jelasnya.

Meskipun mempunyai hobi baru bercucuk tanam, namun aktiviti berbasikal masih menjadi hobi suaminya.

“Berbasikal itu masih lagi menjadi hobinya, tapi tak ada perancangan nak pergi Madinah macam tahun lalu. Sebab Amar pun sedar dengan keadaan dunia sekarang,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Nov 2022

“Jangan Bertahan Untuk Dilukakan & Disakitkan” – Nasihat Makan Dalam Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli tular mengulas berkenaan hubungan persekitaran di dalam kehidupan seharian @iddinramliiBerangkat dari kedukaan.♬ original sound – fiaa Iddin memberitahu kepada warganet menerusi video berdurasi 56 saat yang dikongsikan di […]

Hiburan Wed, 12 Feb 2025

Undian Media Sosial Meledak! Aina Abdul Pilihan 30,000 Peminat Untuk Juara AJL39!

Mampukah Aina Abdul terus memegang takhta Juara AJL39? Nantikan 16 Februari ini!

Trending Thu, 29 Apr 2021
Hiburan Mon, 22 Sep 2025
Featured Thu, 16 Feb 2023
error: Content is protected !!