Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops March 23, 2020 @ 4:00pm

Berdosakah ibu bapa mencampuri urusan rumah tangga anak?

Isu campur tangan ibu bapa dalam perkahwinan anak sering berlaku dalam masyarakat kita. Pada asasnya, hubungan dan tanggungjawab seseorang anak kepada ibu bapa, sama ada lelaki atau perempuan, memang tidak terputus apabila mereka berkahwin.

Pada masa sama, tidak bermaksud ibu bapa boleh sewenang-wenangnya mencampuri urusan rumah tangga anak mereka.

Bagaimanapun, jika berlaku kes seperti menantu lelaki tidak bertanggungjawab dengan memukul dan menganiaya anak perempuan mereka, ibu bapa ada hak untuk masuk campur.

campur tangan mentua dalam rumah tangga

Gambar hiasan / Kredit gambar: The Telegraph

Lagipun, seorang suami tidak mempunyai hak untuk memukul sehingga mencederakan isteri, apatah lagi menganiayainya. Suami yang mendatangkan kecederaan dan menganiayai isteri mempunyai implikasi dalam undang-undang persekutuan dan undang-undang Syariah.

Mengikut Seksyen 52 Akta 303 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, memperuntukkan bahawa mahkamah boleh mengeluarkan perintah untuk membubarkan perkahwinan atau isteri boleh menuntut fasakh, malah boleh jatuh talak memandangkan ketika bertaklik pada upacara pernikahan suami berjanji untuk tidak ‘mengangkat tangan’ atau memukul isterinya.

Dalam masa yang sama, suami boleh disabitkan mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan dalam Seksyen 319 ke atas berkenaan kesalahan mendatangkan kecederaan dan kecederaan parah kepada mana-mana orang.

Dalam hubungan ini, tidak menjadi kesalahan kepada ibu bapa untuk membuat laporan polis dengan alasan untuk memastikan keselamatan dan perlindungan kepada anaknya, sama ada lelaki atau perempuan, yang dipukul, dicederakan dan dianiaya oleh pasangan.

suami dera isteri

Gambar hiasan / Kredit gambar: mStar

Ibu bapa juga mempunyai hak untuk menasihati anak-anak berkenaan urusan rumah tangga mereka, tertakluk pada hukum-hukum yang diperuntukkan dalam Syariah Islam. Sama seperti orang Islam yang lain, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk melakukan amar makruf nahi mungkar apabila melihat suatu jenayah dilakukan terhadap seseorang khususnya terhadap anak mereka sendiri.

Justeru itu, tidak dianggap berdosa apabila ibu bapa memberi nasihat kepada anak-anak mengenai hal rumah tangga, malah apabila berlaku syiqaq (pertengkaran) antara suami isteri, ibu bapa kepada pasangan masing-masing berhak dilantik menjadi hakam yang bertindak sebagai orang tengah bagi mendamaikan pihak yang bertelagah; sama ada dengan cara menyelesaikan isu rumah tangga sehingga pasangan dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing semula atau membubarkan perkahwinan.

Persoalannya, adakah ibu bapa berdosa menyuruh anak mereka agar bercerai? Jika ini berlaku wujud darar Syarie (bahaya dari aspek agama) kepada anak tersebut jika masih mengekalkan hubungan perkahwinan dengan pasangannya, maka jawapannya adalah tidak berdosa. Semoga bermanfaat.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 12 May 2020

Cara elak si kecil buat perangai depan tetamu

Walaupun di rumah  sendiri, perlu berkelakuan baik

familuv Wed, 15 Aug 2018

Resepi Ais Krim Buah Ini Sesuai Untuk Si Comel Yang Sedang Tumbuh Gigi

Bukan saja dapat melegakan kesakitan, ais krim buah ini juga berkhasiat!

Eat Travel Fri, 19 Jul 2019

5 sebab ibu bapa perlu lakukan aktiviti memasak bersama anak

Mungkin mereka boleh menjadi tukang masak terkemuka suatu hari nanti.

familuv Fri, 23 Dec 2022

Kejutan Birthday Bonda Rozita, Aliff Syukri Hadiahkan Cincin Lebih RM25,000.. Netizen Tanya: “Tanda Harga Tu Memang Kena Tunjuk Ek?”

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan ulang tahun ibunya, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda dengan mengumpulkan hampir seluruh adik beradiknya.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff […]

familuv Fri, 4 May 2018

“Sikap Penyayang Suami, Menawan Hati Saya” – Haflin

Empat tahun melayari rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Haflin mengakui dirinya wanita terbahagia kerana bersuamikan seorang lelaki yang cukup penyayang.

familuv Thu, 6 Feb 2020
familuv Wed, 28 Aug 2019
familuv Fri, 25 Jan 2019

10 sebab kenapa lelaki terjerat dengan cinta seorang janda! Panas! 

Pengalaman lalu menjadikan janda lebih matang dalam perhubungan

familuv Mon, 18 Jun 2018

5 Pasangan Kembar Comel Berstatus Anak Selebriti Paling Menjadi Perhatian Netizen

Kehadiran mereka bukan saja bisa menarik perhatian ramai malah mengundang kekeliruan mata yang memandang!

familuv Mon, 27 Aug 2018

8 Manfaat Pelukan Yang Perlu Anda Tahu

Kalau anda tengah marah, sedih atau tertekan, atasinya dengan pelukan. Pasti sembuh!

error: Content is protected !!