Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 1, 2022 @ 5:01pm

Bergandingan Dengan Eyka Farhana, Aedy Ashraf Jadi Young & Hot Daddy Dalam ‘Bila Hati Memilih Dia’

Menghampiri bulan Ramadan yang mulia ini, ramai yang tertunggu-tunggu senarai drama-drama menarik untuk ditonton bersama seisi keluarga.

Slot Samarinda terbaharu berjudul Bila Hati Memilih Dia, menjanjikan sebuah drama menarik yang memartabatkan kaum wanita dan tentunya menyentuh emosi di samping memberi pengajaran serta tauladan buat semua.

Bila Hati Memilih Dia merupakan sebuah drama bersiri yang diadaptasikan daripada novel karya Wan Nur Najihah (KARNADYA) di bawah penerbitan Global Station Sdn Bhd.

Drama bersiri 15 episod ini menemui penonton TV3 bermula 28 Mac 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Bermula dengan Adra, lakonan Eyka Farhana, yang baru habis belajar dan sedang menunggu tawaran pekerjaan. Adra telah dipaksa oleh mak tirinya Makcik Melur (Zila Bakarin) untuk berkahwin dengan Farhan (Azri Sabri).

Namun Adra menolak permintaan ibu tirinya kerana masih tidak bersedia. Pada masa yang sama, Nazril lakonan Aedy Ashraf, terpaksa berpindah ke Langkawi atas urusan kerja. Nazril merupakan seorang bapa tunggal dan dia terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga anaknya, Nufail (adik Maryam Annisa).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Makcik Melur yang tahu akan tawaran pengasuh tersebut terus memaksa Adra kerana mendengar gaji yang diberi lumayan. Adra akur apabila Makcik Melur beri jaminan selepas bekerja beberapa bulan dengan Nazril, Adra boleh bebas bekerja di Kuala Lumpur.

Nazril dan anaknya, Nufail tiba di Langkawi dan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana. Satu insiden terjadi di mana Nufail hilang sewaktu Nazril sibuk menjawab panggilan telefon. Kebetulan Adra berada di situ, dia cuba memujuk Nufail dengan memeluknya. Nazril terus menjerit dan menuduh Adra cuba menculik Nufail.

Keesokan hari, Adra tiba di rumah Nazril. Nazril terkejut dan mengungkit peristiwa semalam. Setelah Nufail menceritakan hal sebenar, Nazril terus meminta maaf kepada Adra. Adra tidak suka dengan sikap Nazril dan berasa tidak sedap hati bekerja di situ.

Nufail seorang kanak-kanak yang pemalu tetapi dia sangat selesa dengan Adra membuatkan Nazril mengalah dan meminta Adra terus bekerja sehingga dia mendapat pengasuh baharu.

Makcik Melur terus cuba menjodohkan Adra dengan Farhan. Adra menolak kerana tidak suka dengan perangai Farhan. Pada masa yang sama, Fadhil (Shahz Jaszle) abang kepada Farhan juga cuba memikat Adra.

Satu hari, satu insiden berlaku yang membuat Adra dan Nazril terperangkap tanpa siasatan kejadian sebenar. Adakah kesudahan nasib Nazril dan Adra? Semuanya akan terjawab dalam slot Samarinda: Bila Hati Memilih Dia bermula 28 Mac 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 10.00 malam di TV3.

Drama bersiri ini akan tersedia sejam kemudian pada hari yang sama dengan TV3 di perkhidmatan penstriman iQiyi. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store.

Pelanggan VIP akan dapat mengakses kemudahan VIP Express iQiyi bagi drama Bila Hati Memilih Dia yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. Laman sosial Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok iaitu @iQiyiMalaysia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Jan 2025

Kongsi Foto Bekas Tunang, Sufian Suhaimi Siap Tinggal Kapsyen ‘Sweet’ – “Masya-Allah Sayangku”

penyanyi Sufian Suhaimi sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi foto bekas kekasihnya.

Hiburan Mon, 1 Aug 2022

“Mereka Tak Lokek Pujian” – Saksikan Konsert Michael Buble di UK, Sissy Imann Kongsi Budaya Orang Barat

Sissy Imann sering terima pujian semasa berada di United Kingdom, suka dengan budaya orang barat.

Trending Fri, 21 Sep 2018

Got mouth ulcers? Try these 5 home remedies proven to relieve those painful sores FAST!

Fact: Mouth Ulcers are more commonly found in women than men!

Featured Thu, 28 Nov 2024

Pelawak Berusia 40 Tahun Disyaki Rogol Gadis 

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu kemudian berjaya ditahan dan direman 5 hari.

Featured Thu, 11 Nov 2021

“Semua Ada Pendapat Sendiri…” – Cara ‘Hosting’ Lagu Cinta Kita 3 Dikritik, Ain Edruce Tak Kisah

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce tidak mengambil kisah mengenai komen netizen yang mengkritiknya sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3). Menurut Ain, dia tidak mengambil peduli kritikan sebegitu kerana dia akan berbincang dengan pengarah […]

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

‘Rumah Siti Khadijah’ Angkat Kisah Wanita Dianiaya Lelaki Durjana!

Antara kisah-kisah yang bakal diceritakan dalam Rumah Siti Khadijah ialah sumbang mahram, tokan dadah, pil khayal, ‘call girl’, ragut yang diharapkan dapat menjadi teladan.

Trending Sun, 13 May 2018

Dulu Jutawan Mewah Sekarang Tinggal Di Pondok Tanpa Elektrik

Dulu Seorang Jutawan, Kini Lelaki Ini Tinggal Di Pulau Terpencil Tanpa Bekalan Air Dan Elektrik

Featured Fri, 17 Apr 2026

Azar Azmi Nafi Guna RM40,000 Sumbangan Aliff Syukri Untuk Ikat Jamin Suami, Fokus Bayar Hutang Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Azar Azmi mengaskan bahawa duit sumbangan daripada usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri yang terimanya baru-baru ini bukanlah untuk mengikat jamin suami.

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Bertahun sudah berdua bersama, Menempuh segala dugaan, Walaupun hidup ada kekurangan… Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

error: Content is protected !!