Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 29, 2018 @ 2:18pm

Berita Baik! Tonton Kini Ditayangkan Secara Percuma

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) hari ini mengumumkan bahawa tonton, perkhidmatan penstriman ‘over-the-top’ (“OTT”) popularnya, akan menawarkan rakyat Malaysia perkhidmatan penstriman video secara percuma! 

Ianya sejajar dengan strategi transformasi perniagaan seluruh Kumpulan Media Prima untuk meningkatkan hasil melalui pengiklanan programatik, iaitu salah satu segmen pendapatan digital yang paling pesat berkembang. 

Ini berikutan pengumuman Media Prima untuk menggabungkan semua kandungan video dalam talian yang menggunakan perkhidmatan ‘YouTube’s Player for Publisher’. Sebagai ganti, langganan tahunan tonton model penstriman video-atas-permintaan (“VOD”) akan berakhir pada 31 Ogos 2018. Ini bermakna semua pengguna yang melanggan tonton VIP (pakej langganan berbayar tonton) pada tahun 2018 akan dibayar balik secara prorata dalam masa 90 hari.

Langkah ini sekaligus membolehkan tonton  menjangkau lebih ramai khalayak dan mengurangkan kos dengan memasukkan pemain video YouTube dan Daily Motion pada laman web dan platform mudah alihnya.  Ia juga turut membolehkan tonton  menjana pendapatan yang lebih mampan melalui pengiklanan programatik yang dilihat oleh penganalisis industri sebagai alat yang paling berkesan untuk para pengiklan menyasarkan khalayak yang tepat untuk kempen mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak, berkata Model langganan VOD belum lagi matang di Malaysia dan selepas kajian yang teliti kami memutuskan bahawa pendemokrasian kandungan tonton melalui pelbagai platform adalah strategi yang terbaik untuk mencapai potensi penuh kami.

“Ini akan memberi manfaat kepada semua dan ia membolehkan Media Prima mencapai lebih ramai khalayak. Manakala para pengguna yang sudah biasa dengan platform Youtube dan Daily Motion pula berpeluang untuk menonton rancangan kegemaran mereka sepuas-puasnya.  MPTN juga sekaligus dapat mencapai perolehan yang lebih baik hasil pengiklanan melalui kerjasama dengan YouTube. Langkah itu akan membolehkan para pengiklan memanfaatkan populariti kandungan tonton untuk menyasarkan penonton yang tepat sambil memastikan keselamatan jenama mereka sepanjang kempen.” Katanya

Diperkenalkan pada tahun 2010, tonton merupakan perkhidmatan penstriman VOD pertama di Malaysia yang menawarkan drama, aneka rancangan, filem, ‘telemovie’, program hiburan, dan acara serta program televisyen secara ‘live’ yang terbaik di Asia dan antarabangsa. Populariti platform itu meningkat kepada lebih 8.4 juta pengguna berdaftar dengan kadar pertumbuhan sebanyak 20,000 pengguna setiap minggu.

“tonton akan kekal sebagai komponen utama strategi transformasi digital MPTN kerana permintaan untuk kandungan digital yang meningkat setiap bulan. Platform ini akan terus menawarkan kandungan asli, acara ‘live’ dan hiburan yang berkualiti tinggi khusus untuk para penontonnya. tonton juga akan terus menganjurkan acara seperti ‘A Movie Date with Henry Golding’ pada 29 Ogos, yang merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk berinteraksi dengan peminat tonton,” tambah Johan.

Selain itu, tonton xtra dan Primeworks Studios juga akan menjadi hos ‘A Movie Date with Henry Golding‘ pada 29 Ogos dalam meraikan debut pelakon kacukan British-Malaysia itu di Hollywood menerusi filem Crazy Rich Asians. Henry memulakan kerjaya hiburan pertamanya sebagai pengacara di saluran 8TV Media Prima.

Jangan lupa layari tonton hari ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Hiburan Sun, 25 Aug 2019

Tahniah…Ippo Hafiz Sah Bergelar Suami

Tahniah buat Ippo Hafiz

Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Thu, 15 Jul 2021

Beri Kelonggaran Pergerakan Untuk Individu Yang Lengkap Dua Dos

Kerajaan sedang meneliti untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat ketika kerajaan […]

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Hiburan Mon, 12 Mar 2018

范文芳亏老公跌伤像美人鱼?李铭顺大吃儿子的醋

相隔了14年再度合作的「明星夫妻档」李铭顺和范文芳,在全新电视剧《入侵者》饰演夫妻;早前因拍摄跌伤膝盖的李铭顺,让范文芳亏老公受伤趴地姿势像美人鱼,使得李铭顺吃醋笑指“她有多一个情人,所以我不重要!”

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Kontroversi Alasan Nama Suhaimi Saad Digugurkan Buat Persembahan?

Akui SS, Sabar dan Reda adalah kemenangan terbesar…

Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Awww…Sweetnya Ucapan Hari Jadi Nabila Razali Untuk Hael Husaini

Rata-rata pengikut Nabila Razali di Instagram turut mengusik Nabila dengan soalan-soalan mengaitkan dirinya dan Hael. Ehem, ada apa-apa ke? 

error: Content is protected !!