Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin March 11, 2025 @ 4:22pm

Berjaya Expose Sisi Gelap Kehidupan, Netizen Puji Karya Erma Fatima – “Seram Tengok! Tapi Buat Kita Sedar”

Meskipun ramai yang menganggap drama arahan pelakon, pengarah, penerbit, dan penulis skrip, Erma Fatima agak keterlaluan kerana mempamerkan babak yang dianggap melampau, namun sebagai seorang yang peka dengan isu sosial, drama itu sekadar medan untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat.

Kata Erma menerusi sepotong video tular di TikTok, drama Keluarga Itu dibuat berdasarkan realiti kehidupan sebenar yang berlaku di luar sana.

Malah, elemen yang dianggap keterlaluan itu juga adalah untuk mendidik masyarakat supaya tidak tabu dengan isu yang diketengahkan.

“Apa yang berlaku dalam Keluarga Itu memang banyak yang berlaku dekat luar sana. Ini bukan cerita khayalan, ini cerita realiti.

“Dayus sikap seorang ibu dan ayah ini adalah tidak ada sikap cemburu pada anak. Kena ada ya… itu pasal kena periksa telefon, media sosial mereka.

“Kenapa saya create watak ustazah dalam cerita itu adalah kerana perempuan ni it takes two to tango. Kita banyak dengar kes dekat luar sana contohnya, budak bawah umur. Sekarang budak bawah umur tak macam bawah umur. 18 tahun dah menggelitat dah.

“Jadi, bila terjadinya perkara itu (terlanjur) yang akan hidupnya hancur adalah budak lelaki tersebut kerana sudah ada kes terlanjur sedangkan perkara itu dibuat atas persetujuan bersama.

“Masalah sosial sedang tenat di luar sana, sebab itu kena berhai-hati dengan anak-anak,” ulasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji mesej yang ingin disampaikan Erma menerusi drama tersebut.

Bahkan, ramai yang menganggap sebagai seorang dramatis, Erma berjaya mendedahkan sisi gelap yang berlaku dalam masyarakat.

Ketika ditanya sama ada drama rantaian itu akan tampil dengan musim kedua, Erma bagaimanapun menegaskan, drama arahannya seperti Perempuan Itu, Lelaki Itu dan Keluarga Itu tidak akan ada musim kedua.

“Kita tidak ada musim dua dalam erti kata Keluarga Itu.

“Drama lain seperti Perempuan Itu, Lelaki Itu juga tidak akan ada musim kedua. Kita tak main season-season dua ni,” tegasnya.

Sekadar info, drama 30 episod itu akan disiarkan pada setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3.

Drama Keluarga Itu juga menampilkan barisan pelakon hebat seperti, Datuk Rosyam Nor, Datin Paduka Umie Aida, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Izara Aishah, Muaz Zabir dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Nov 2025

Kilafairy Kongsi ‘Dapat Mimpi’ Sebelum Berhijab – “Mula-Mula Saya Tak Percaya, Esok Saya Terus Order Tudung & Call Neelofa”

Kilafairy secara terbuka berkongsi kisah di sebalik penghijrahannya apabila mengakui keputusan untuk bertudung datang selepas mengalami mimpi tentang syurga dan neraka.

Trending Sat, 11 Jan 2020

Kanak Yang Hilang Di Kajang Di Temukan Semula Dengan Ibu Bapa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang ditemukan bersendirian oleh orang awam di Taman Megah, Kajang dekat sini, telah diserahkan kepada ibu bapanya, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, […]

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

“BELAKANGNYA ADA BATU TAR RUMAH AKU” – BADAN BERJERAWAT UQASHA DIKUTUK

Rata-rata netizen mengutuk bahagian belakang badan Uqasha yang dikatakan berjerawat dan menggerutu.

Featured Wed, 22 Apr 2020
Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Featured Fri, 24 Mar 2023
Trending Wed, 12 Dec 2018

Harimau Malaya Perlukan Keajaiban Di Hanoi

Ayuh Harimau Malaya terus bangkit!

Hiburan Thu, 30 May 2019

Curang Dengan Isteri, Cef Fikree Akhirnya Bercerai

Padam ‘the ugly post’…semoga Zuriehan terus tabah hadapi dugaan ini. Doa yang baik-baik!

Hiburan Wed, 8 May 2019

大马知名小提琴家Dennis Lau演奏会629引爆!

相继上一次在2016年的演奏会,大马著名小提琴家Dennis Lau这次将与不同风格地本地艺人合作,为大家带来别具风格的演奏会,开启新的一章!

error: Content is protected !!