Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom October 11, 2018 @ 7:03pm

Bermalam Di Tengah Lautan, Seaventures Dive Resort Hotel Pelantar Minyak Memang Awesome!

Pelantar minyak bukan sesuatu tempat yang biasa dikaitkan dengan destinasi percutian yang menarik, namun segala sangkaan anda meleset sama sekali selepas membaca artikel ini.

Pernah tak anda dengar tentang Seaventures Dive Resort, yang terletak di Sipadan Sabah berdekatan dengan Pulau Mabul?

Jika anda seseorang yang minat pada aktiviti scuba diving, lokasi ini adalah salah satu destinasi menyelam yang harus dilawati.

Foto: Mercury Press & Media Ltd

Terletak di segi tiga batu karang Sabah, pelantar minyak ini diubah suai menjadi dive rig dan telah meraih status PADI 5-star Dive Resort.

Menawarkan 27 bilik serba lengkap termasuk bilik dengan 2 katil dan bilik untuk keluarga, hotel pelantar minyak ini juga menyediakan wifi percuma dan pelbagai aktiviti menarik buat mereka yang berkunjung ke sini.

Foto: Mercury Press & Media Ltd

Seaventures Dive Resort adalah pelantar minyak yang ‘real’ namun aktiviti cari gali tidak lagi dilakukan. Justeru daripada membiarkannya usang, pelantar minyak yang ditunda ke perairan Sabah ini diubah suai menjadi hotel.

Anda pastinya tak bosan tinggal di sini walaupun dikelilingi lautan tandus sahaja. Berbagai kemudahan disediakan termasuk bilik menonton TV, bilik karaoke, meja pool dan tenis, kedai cenderamata dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan hingga 60 orang.

Foto: Mercury Press & Media Ltd

Barbeque juga diadakan seminggu sekali sambil ditemani alunan muzik live band.

Tapi sebenarnya yang paling menarik di sini adalah dunia bawah airnya. Sebaik saja anda berada di sini, akses untuk menyelam adalah mudah kerana hotel ini menyediakan elevator yang membawa anda turun ke bawah.

Foto: Mercury Press & Media Ltd

Bukan itu saja, elevator itu juga boleh membawa anda untuk satu lagi aktiviti menarik di sini – bungy jump dari pelantar minyak!

Bunyi bungy jump dari pelantar minyak bukankah sesuatu yang rare? Jadi tak nak ke jadi orang yang terawal melakukannya? 

Dunia bawah air di yang terdapat di lokasi ini memang cantik. Anda akan dikelilingi oleh pelbagai jenis ikan sebaik saja mula menyelam scuba di sini.

Foto: Mercury Press & Media Ltd

Antara spesis ikan dan hidupan laut yang boleh ditemui bila adalah barakuda, ikan kerapu, sotong, penyu, morays gergasi, belut reben dan pelbagai jenis ikan lagi. Sekali sekala jika anda bernasib baik anda mungkin dapat melihat jerung yang melintas. Terumbu karang di sini juga menarik dan cantik. Ditambah pula airnya yang jernih dan bersih.

Jika anda inginkan kelainan di samping menikmati damainya laut serta jauh dari hiruk-pikuk manusia, Seaventures Dive Resort adalah jawapannya.

Foto: Mercury Press & Media Ltd

Disamping menawarkan aktiviti menarik bagi mereka yang gila menyelam scuba dan bilik yang selesa, makanan yang disediakan di hotel pelantar minyak ini juga semestinya sedap. Belum lagi makan aneka hidangan seafood fresh dari laut! 

Bagi yang berminat untuk ke sini, hotel ini hanya boleh diakses dengan menaiki bot. Meskipun pelantar minyak ini mempunyai helipad (platform mendarat helikopter) tetapi ianya telah ditukar menjadi sundeck.

Foto: Mercury Press & Media Ltd

Buat masa ini dua pakej ditawarkan di sini iaitu Non Diving Package dan Standard Diving Package. Anda boleh layari website SeaVenturesDive.com untuk maklumat lanjut.

Difahamkan, Seaventures Dive Resort adalah satu-satunya hotel pelantar minyak di dunia yang menyediakan aktiviti sebegini termasuk terjun bungy dan ianya terdapat di Sabah, Malaysia.

Alamat: Booking Office, G23B, Ground Floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Fuad Stephen Kota Kinabalu, Sabah 88000

Telefon: +60 88 251 669 | +60 17 811 6020

Facebook: Seaventures Dive Resort

Instagram : Seaventures Dive Resort

Sumber: VOCKET

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 7 May 2018

Marion Crepe Hidangkan Lempeng Nipis Yang Rangup Dan Sedap, Anda Bila Lagi Nak Cuba?

Jom try kelainan crepe yang super awesome di Marion Crepe ini. Gerenti sedap!

Eat Travel Tue, 26 Nov 2019

DoubleTree by Hilton tawarkan sajian meriah sempena Krismas, macam-macam ada!

Sambut musim perayaan dan cuti ini dengan makan puas-puas!

Acara Mon, 28 Feb 2022

Tampung Pelajar Tahfiz & Warga Emas, Ustaz Jafri Abu Bakar Jual Susu Kambing

Pendakwah selebriti, Ustaz Jafri Abu Bakar @ Mahmud tampil dengan inisiatif untuk mengusahakan produk susu kambing berperisa, Faa-iz bagi menampung kelangsungan pelajar tahfiz dan warga emas di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF), Kedah. Dengan perbelanjaan […]

Eat Travel Wed, 1 Aug 2018

Homemade Pizza Ini Memang Lazat Habis!

Pizza hasil air tangan anda sendiri lebih puas di makan!

Eat Travel Tue, 5 May 2020

Ingatkan hiasan, rupa-rupanya makanan. Cantik sungguh!

Boleh buat hiasan dinding jika mahu

Eat Travel Fri, 1 Jun 2018

Chicken Cheese Ball Yang Rangup Ini Memang Sedap Dimakan, Ini Cara Nak Membuatnya!

Chicken Cheese Ball ini pelengkap waktu berbuka puasa anda.

Eat Travel Fri, 26 Oct 2018

Ini Resipi Ayam Bersalut Sos Teriyaki Yang Ringkas & Mudah Untuk Anda Cuba

Sos ini manis-manis dan memang kena dengan ayam.

Eat Travel Tue, 17 Jul 2018
Eat Travel Thu, 13 Dec 2018

9 Classic & New Egg Recipes That You Should Know

If you have, then you’re egg-celent.

error: Content is protected !!