Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom June 27, 2018 @ 8:00pm

Bertemu Bidan Dan Pakar Obstetrik Seawal Kehamilan Bantu Ibu Elak Kelahiran Pramatang

Bayi pramatang atau tidak cukup bulan, satu istilah merujuk kepada kes kelahiran bayi sebelum usia kandungan mencecah 37 minggu.

Situasi bersalin pramatang sama  saja seperti mereka yang melahirkan bayi cukup bulan. Di mana si ibu akan mengalami kontraksi teratur berlaku setiap lima hingga 10 minit kepada satu kontraksi setiap jam.

Ada juga wanita mengalami kebocoran air ketuban. Namun begitu, sejumlah kecil wanita tidak mengalami kontraksi, tetapi leher rahim (serviks) membuka dengan senyap.

Ini mungkin disebabkan kelesuan pada serviks, suatu keadaan yang disebut ketidakseragaman servikal.

Walaupun punca sebenar tidak diketahui, ada pelbagai risiko menyebabkan kelahiran pramatang seperti merokok, mengambil alkohol berlebihan dan penggunaan dadah rekreasi.

Faktor risiko lain termasuk:

• Sejarah kelahiran pramatang sebelum ini.

• Usia terlalu muda (kurang dari 16 tahun) atau ibu berusia melebihi 38 tahun.

• Tekanan gaya hidup.

• Ibu yang kurang berat badan.

Bagaimana saya boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang?

Merancang kehamilan adalah kunci kepada kelahiran selamat dan sihat. Anda harus memastikan tahap kesihatan optimum sebelum cuba hamil.

Masalah perubatan sebelum hamil perlu dirawat dan diambil kira selain doktor perlu dimaklumkan mengenai niat anda untuk hamil.

Itu membolehkan doktor menyarankan tindakan perlu diambil serta memberi preskripsi ubat-ubatan terbaik bagi mengelakkan kelahiran pramatang.

Anda perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalkan diet sihat dan menghentikan tabiat merosakkan kehamilan anda.

Sebaik disahkan mengandung, anda perlu berjumpa bidan terlatih atau pakar obstetrik untuk mengesan apa-apa masalah.

Ingat, jangkitan boleh dirawat lebih awal. Pada pesakit mempunyai leher rahim lemah atau pendek, jahitan pembedahan mungkin diletakkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Foto: theasianparent

Apa yang akan berlaku jika saya mula berasa sakit bersalin sebelum cukup bulan?

Jika anda mula mengalami kontraksi atau beg air bocor, anda perlu berjumpa doktor dengan segera. Doktor akan meneliti sejarah dan memeriksa perut anda untuk kontraksi dan menentukan kedudukan bayi.

Pemeriksaan dalaman akan dijalankan untuk mencari bukti jangkitan dan menentukan sama ada serviks anda sudah membuka. Kemasukan ke bilik wad mungkin perlu jika anda berada dalam peringkat bersalin pramatang.

Garis panduan menguruskan kelahiran pramatang:

• Masalah pernafasan kerana paru-paru bayi tidak cukup matang untuk membolehkan mereka bernafas sendiri. Bayi mengalami masalah ini mungkin memerlukan sokongan ventilator dengan terapi oksigen.

• Masalah dalam mengekalkan suhu badan terutama pada bayi yang kurang berat.

• Jangkitan seperti radang paru-paru. Bayi pramatang biasanya mempunyai imuniti yang lebih rendah dan mudah terdedah kepada jangkitan.

• Paras gula darah rendah dan kesukaran penyusuan.

Kemajuan dalam teknologi perubatan kini meningkatkan kehidupan yang sihat bagi bayi pramatang. Namun, ada beberapa bukti perubatan menunjukkan bayi lahir kurang daripada 28 minggu akan mengalami risiko seperti kesukaran pembelajaran, pendengaran dan penglihatan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 18 Aug 2019

Risiko hamil kembar berbilang

Rawatan kesuburan IVF perlu pemantauan pakar

Featured Wed, 8 Apr 2020
Sihat Wed, 2 Jan 2019

9 Azam Tahun Baru Tentang Kesihatan Yang Para Doktor Ingin Anda Buat

Inilah panduan terperinci untuk anda yang nak sihat.

Sihat Fri, 23 Nov 2018

Anak Anda Selalu Kencing Malam? Jangan Bimbang Solusinya Ada!

Enuresis dikalangan kanak-kanak, adalah satu perkara biasa.

Sihat Mon, 26 Nov 2018
Sihat Mon, 24 Dec 2018

Ini Yang Wajib Anda Tahu Tentang Penyakit Influenza A (H1N1) Yang Boleh Dijangkiti Oleh Anak

Influenza A (H1N1) merupakan sejenis demam selesema yang sangat mudah berjangkit.

Featured Fri, 24 Aug 2018

Malas Bersenam? Hidu Jenis Makanan Ini Sekerap Mungkin Untuk Dapatkan Tubuh Idaman Anda

Menghidu epal hijau dan pisang dipercayai mampu membantu anda mengurangkan selera makan.

Sihat Wed, 12 Sep 2018

Anak Anda Asma? Ajar Mereka Cara Menangani Serangan Asma

Anda boleh membantu anak anda mengelak serta mencegah serangan asma.

Featured Tue, 8 Oct 2019
Featured Tue, 3 Sep 2019

Berhenti membawa beg tangan berat!

Jika anda tahu kesannya, sila tukar beg tangan kecil sahaja!

error: Content is protected !!