Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 24, 2021 @ 11:50am

“Bertindak Segera!” Bersama Ejen Ali – Pakai Pelitup Muka, Jaga Kebersihan & Kekal Selamat

“Bertindak Segera!” Itulah kata semangat yang sering dilaungkan oleh Ejen Ali ketika menjalani misi baharu.

Dalam situasi pandemik sebegini, laungan ini menjadi ikutan di kalangan anak-anak kita dalam menjalani kehidupan norma baharu.

Lebih menarik, kini Ejen Ali berpeluang melengkapi ejen-ejen cilik dengan produk-produk istimewa yang sudah menjadi resam situasi norma baharu mereka seperti pelitup muka, sabun mandian dan cecair pembasmi kuman.

Bagi Ejen Ali, sesiapa sahaja boleh menjadi wira dan tidak ada misi yang terlalu kecil!

Dalam menyesuaikan diri dengan norma baharu yang memasuki tahun kedua ini, pelbagai usaha dilakukan oleh Ejen Ali untuk memastikan ejen-ejen cilik tidak berasa resah dan tertekan di rumah.

Pesanan khas dari Ejen Ali – sentiasa fokus dalam pembelajaran atas talian, terus kekal berada di rumah agar kekal selamat dan jikalau rasa kesunyian kerana tidak dapat bertemu rakan-rakan seperti biasa, bolehlah bertemu di atas talian dan sama-sama mencuba misi permainan mudah alih khas iaitu “Ejen Ali: Agents’ Arena”, “Ejen Ali: Emergency” dan “Ejen Ali: MATA Training Academy” yang tersedia untuk muat turun di Google Play and Apple App Store.

Selain itu, ejen-ejen cilik juga boleh terus kekal di rumah dan bermain permainan papan “Ejen Ali Misi Boot Camp” dan permainan kad “Ejen Ali Misi Alliance” bersama keluarga tersayang.

Sepanjang lima tahun perjalanannya, Ejen Ali telah berkolaborasi dengan pelbagai jenama tersohor seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mydin, PediaSure, Mamee Monster Biskidz, and AirAsia.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran kesihatan dan kebersihan di kalangan penonton cilik, Ejen Ali kini menjalinkan kerjasama dengan pengeluar produk kebersihan diri berjenama Dr. Mama, Carrie BacBuster and Durio untuk menyediakan rangkaian produk yang bersesuaian dengan kanak-kanak ketika pandemik Covid-19 sedang melanda.

Pada Disember lalu, Ejen Ali bersama Dr. Mama telah mengeluarkan pelitup muka tiga lapisan fabrik antimikroba yang sedia dalam empat rekaan menarik yang diinspirasikan dari animasi pendek Ejen Ali berjudul ‘Misi: Juang’ yang boleh didapati di YouTube.

Rangkaian pelitup muka dari Dr. Mama ini tersedia dalam saiz kanak-kanak dan juga dewasa, termasuk edisi khas yang sesuai dipakai wanita berhijab, boleh didapati secara atas talian menerusi http://ejenaligears.avana.asia/.

Ejen Ali dengan kerjasama Carrie BacBuster juga telah melancarkan pembungkusan baharu untuk sabun mandian yang dilengkapkan bersama cecair pembasmi kuman.

Produk sebegini pastinya membuatkan ejen-ejen cilik lebih seronok dalam menjaga kebersihan diri, apatah lagi dengan nama-nama bauan wangi seperti “Smashing Strawberry” dan “Blasting Blueberry”. Produk penjagaan peribadi ini boleh didapati di kedai-kedai utama sekeliling anda.

Sementara itu, kepada mereka yang lebih gemar mengenakan pelitup muka jenis pakai buang, Durio akan melancarkan pelitup muka empat lapisan dalam dua rekaan menarik yang menampilkan logo dan gambar karakter Ejen Ali.

Produk baharu ini dijangka mendapat sambutan hangat ramai kerana rekaannya yang menarik apabila dilancarkan pada bulan Ogos nanti.

Produk-produk menarik yang ditawarkan ini pastinya membuatkan ibu bapa lebih senang mendidik anak-anak mereka mengamalkan kebersihan kendiri, menggunakan pelitup muka dengan cara yang betul dan kekal selamat dari COVID-19.

Atas permintaan ramai juga, siri animasi popular Ejen Ali (musim 1) turut disiarkan kembali pada setiap Sabtu, pukul 11.00 pagi di TV3. Kesemua episod Ejen Ali ini juga boleh didapati secara Video-on-Demand (VOD) menerusi pelantar penstriman video Disney+ Hotstar serta saluran YouTube rasmi Ejen Ali, www.youtube.com/ejenali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Dec 2025

“Golongan Songsang Tiada Tempat Di Dunia” – PU Riz

PU RIZ tegas dengan pendiriannya menegah perbuatan golongan tersebut yang ternyata melanggar ajaran agama.

Featured Tue, 7 Oct 2025

5 Hari ‘Sepi’ Selepas Dibebaskan Dari Tahanan Isr**l, Haroqs Titip Ucapan Buat Rakyat Malaysia – “Terima Kasih Ambil Berat Tentang Saya”

“Saya menangis tanpa henti bila tengok satu posting ni setelah saya dibebaskan dari penjara”- Haroqs

Trending Mon, 9 Mar 2020

[VIRAL] Hebat Dan Bertenaga! Atuk 103 Tahun Nikahi Gadis Usia 30 Tahun!

CINTA datang kepada seseorang tanpa mengenal siapa dan masa. Ini yang berlaku di Sulawesi apabila seorang lelaki berusia 103 tahun nekad mengahwini seorang gadis berusia 30 tahun! Lelaki yang dikenali dengan nama Muhamade ini berkahwin […]

Featured Fri, 20 Feb 2026

Shuib Serah Kasut Milik Arwah Siti Sarah Pada Thalita – “Cakap Thank You Dekat Ibu”

Shuib kelihatan memanggil Thalita sebaik sahaja selesai menunaikan solat sebelum meminta anaknya itu memakai sepasang kasut berjenama mewah milik arwah isterinya.

Trending Wed, 24 Jan 2024

Simpati dengan Arwah Bella, Ebit Lew Imamkan Solat Jenazah & Hulurkan Sumbangan Buat Ahli Keluarga

Terima kasih Ustaz! Takziah buat keluarga semoga arwah Bella dalam kalangan orang beriman.

Featured Sun, 8 Aug 2021

Tahniah! Azizulhasni Awang Raih Pingat Perak Untuk Malaysia Di Olimpik Tokyo 2020

Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila beliau meraih pingat perak dalam acara keirin lelaki yang berlangsung di Velodrum Izu Tokyo sebentar tadi. Kejayaan itu sekaligus menjadikan beliau sebagai […]

Hiburan Thu, 18 Sep 2025
error: Content is protected !!