Euforia Bola 2026
familuv By: Maya Basir June 30, 2022 @ 7:15pm

Beruntung Bilal… Suka Tambah Ilmu, Neelofa Ambil Kelas Untuk Upgrade Cara Jaga & Besarkan Anak

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa bersyukur putera sulungnya, Muhammad Bilal dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang lima bulan membesar.

Melalui perkongsiannya di Instagram Story, pemilik nama Noor Neelofa Mond Noor ini sangat bersyukur sepanjang menimba pengalaman sebagai ibu untuk pertama kalinya, dia banyak belajar perkara baru.

“Sepanjang lima bulan ni, Allah kurniakan Bilal afiah dan kesihatan yang baik, syukur. Banyak sangat yang saya belajar dalam tempoh ni dan banyak yang saya nak improve untuk anak seterusnya dengan izin Allah,” tulis Neelofa.

Menurut bekas pengacara Nona itu, dia sangat suka menimba ilmu lebih-lebih lagi tentang perkara yang diminatinya dan telah mengikuti beberapa kelas untuk memperbaiki cara membesarkan anak.

“Saya memang suka sangat dengan ilmu baru, lagi-lagi bila benda tu memang benda kita minat, dari Februari hingga Jun ni saya ambil beberapa class untuk upgrade cara menjaga dan besarkan anak.

“Mudah mudahan dengan ilmu yang Allah bagi saya faham, anak dapat membesar dengan lebih baik physically dan emotionally,” tulisnya.

Tambah isteri kepada Haris Ismail atau PU Riz ini, banyak perkara yang dipelajarinya daripada cara penyusuan bayi sehingga untuk ‘sleep training’ Bilal.

Selain itu, Neelofa turut memberitahu dia akan mengikuti kelas persendirian minggu hadapan untuk belajar cara terbaik pemakanan anak.

“Next week saya akan mula private class dengan Dr Amalina pulak insya-Allah. Nak belajar the best method untuk pemakanan anak, supaya anak dapat cukup keperluan nutrient, vitamin, zat segala bagai, dan anak senang makan bukan jadi picky eater, tak memilih, boleh makan sendiri dan adventurous bila bab makan,” tulisnya lagi.

Kemudian, terdapat seorang pengikut memberitahu Bilal sangat bertuah mempunyai seorang ibu seperti Neelofa kerana ingin terus belajar dan menjadi ibu yang terbaik buat anaknya.

“Masya-Allah, bertuah Bilal dapat Ummi macam Neelofa, tak pernah berhenti untuk terus belajar instead of all the challenges yang she go through masa awal-awal penyusuan dulu,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 1 Jan 2022

Bantuan Sehingga RM56,000 Buat Mangsa Banjir – PM

Baguslah ada bantuan macam ni at least kurangkan beban mangsa banjir yang terkesan teruk

Trending Wed, 20 Nov 2019

Check Your Ingredients Now Because Your Sunscreen May Potentially Deteriorate Coral Reefs

You use sunscreen to protect your skin, but did you know that it doesn’t protect the coral reef?

Trending Fri, 3 Jan 2020
Featured Wed, 6 Nov 2024

Eyka Farhana, Akhyar Rashid Rancang Nikah Tahun Depan

Eyka dan Akhyar merancang untuk menamatkan zaman bujang setelah lima tahun menyulam cinta. Tahniah!

Featured Tue, 6 Dec 2022
Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Saya Boleh Terima Teguran Tapi Bukan Cacian – Sharifah Amani

Kita akan lebih jauh hati kalau dicaci dari dibantu, betul kan?

Featured Mon, 30 Jun 2025

Comelnya! Fatima Titip Pesan Kepada Fazura – “I Miss You… But, Please Don’t Cry”

Fazura terkejut apabila anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya sempat meninggalkan pesanan kepadanya.

Hiburan Thu, 2 Apr 2026

“Dah Rendahkan Ego, Tapi…” – Lan Solo Kecewa Rody Masih ‘Dingin’, Impian Bersatu Dalam Konsert Kristal OG Terkubur

Lan berkata niatnya hanya satu iaitu untuk memperbaiki hubungan lama selain memenuhi harapan peminat tegar yang mahu melihat dia dan Rody kembali bersatu sebagai tonggak utama Kristal.

error: Content is protected !!