Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal January 25, 2020 @ 11:08am

Betul Ke Bayi Suka Melihat Individu Yang Cantik Saja?

Jika anda perasan dimana ada bayi yang suka melihat indvidu yang cantik, tersenyum tanpa henti. Ada pula yang terus menangis apabila melihat sesetengah individu. 

Dalam satu kajian yang dilakukan bayi dilihat lebih banyak menghabiskan masa untuk melihatkan wajah dengan ciri wajah menarik. Nak tahu tak sebab apa? Ikuti kupasan menarik oleh Hello Doktor seperti di bawah.

Secara semula jadi

Pernah tak apabila anda berdepan dengan bayi dan dia kelihatan seperti suka melihat anda? Itu tandanya pada pandangan mereka anda adalah cantik / kacak. Mesti rasa bangga, bukan? Kembanglah hidung sekejap.

Ini bukan rekaan tetapi ia adalah satu kajian yang dilakukan di United Kingdom. Dijalankan pada tahun 2004, kajian ini adalah berkisarkan mengenai aspek tingkah laku atau psikologi seseorang bayi.

Dalam kajian ini mendapati bayi tidak perlu diajar atau belajar mengenai cara dan kaedah mengenal wajah, tetapi mereka secara semula jadi sudah dilahirkan dengan kemahiran ini. Menarik, bukan?

Individu cantik

Dalam penyelidikan melibatkan bayi-bayi yang berusia seawal sehari, mereka diperlihatkan atau ditayangkan gambar-gambar muka dan hasilnya mendapati bayi-bayi tersebut lebih banyak menghabiskan masa untuk melihatkan wajah dengan ciri wajah menarik.

Menurut salah seorang penyelidik daripada University of Exeter, Alan Slater, “Daya tarikan bukan terletak pada kaca mata mereka yang melihat. Ia adalah satu perkara yang semula jadi wujud dalam bayi yang baru lahir.”

Melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Slater yang melibatkan bayi seawal usia sehari ini, membuktikan bahawa bayi tidak lahir ke dunia dengan sekadar ‘lembaran kosong’. Tetapi mereka memasuki dunia dengan sistem perkembangan persepsi yang cukup seimbang.

Simetri sempurna

Slater menjelaskan bayi suka melihat individu yang mempunyai raut wajah menarik mungkin kerana beranggapan bahawa individu cantik dan kacak  ini mempunyai simetri wajah yang sempurna sebagai seorang manusia.

“Seorang bayi dilahirkan dengan persepsi wajah individu manusia yang sempurna. Disebabkan itu, mereka seperti sudah biasa melihat wajah individu cantik dan kacak. Situasi ini sekali gus membantu mereka untuk lebih mengenali wajah-wajah individu lain. Malahan, secara tidak langsung, individu dengan raut wajah menarik ini dapat membantu mereka mengenali dunia sosial,” jelas Slater.

Lebih kepercayaan

Satu kajian lain yang diterbitkan dalam British Journal of Developmental Psychology menunjukkan bayi serta kanak-kanak lebih mudah mempercayai kata-kata yang dilafazkan oleh individu dengan raut wajah yang menarik. Ini khususnya melibatkan wanita cantik. Beruntunglah wanita yang mempunyai raut wajah cantik!

Kajian ini menyatakan sama ada bayi lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya mempunyai tahap minat dan kepercayaan yang sama. Ini bermakna mereka lebih mempercayai wanita cantik atau lelaki yang kacak berbanding individu dengan raut wajah kurang menarik.

Pengiktirafan ikhlas

Jadi apa yang boleh disimpulkan daripada artikel ini? Mudah je. Kalau kata selepas ini bayi anda atau mana-mana bayi merenung anda, percayalah itu merupakan satu pengiktirafan paling ikhlas yang menyatakan bahawa anda adalah individu cantik dan kacak. Senyum dan berbanggalah!

Sumber : Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 24 Nov 2018

5 Benda Jangan Buat Pada Bayi Sebelum Masuk Tidur

Lima perkara yang tidak boleh dilakukan kepada bayi sebelum masuk tidur.

LIFESTYLE Thu, 12 Sep 2019

Caj Tambahan Visa RM350 Buat Bakal Jemaah Umrah Malaysia

platform khas untuk mengeluarkan visa umrah secara elektronik atau ‘e-visa’ yang mampu siap dalam tempoh kurang 30 minit

LIFESTYLE Mon, 17 Dec 2018

5 Tips Hilangkan Stress Di Tempat Kerja

Sebab itu, bila masuk di ofis ‘buang’ semua masalah peribadi di luar.

Fab Foodies! Wed, 3 Apr 2019

Dine on the Finest Grass-Fed Black Angus Steaks at Chambers Grill

The mouth-watering goodness is to die for!

LIFESTYLE Fri, 16 Nov 2018

Here are 4 Great Places You Can Visit with the Family This Holiday Season

The long holidays are coming so it’s time to travel somewhere with the family.

LIFESTYLE Tue, 28 Nov 2017

Tips Mudah Untuk Anda Semak Kemana Gaji Anda

”Tak Sampai Hujung Bulan Gaji Dah Habis”, Tips Mudah Untuk Anda Semak Kemana Gaji Anda

LIFESTYLE Wed, 20 Nov 2019

Anak Kedua Lebih ‘Nakal’ Dari Anak Sulung Betul Ke?

Ha.. betul ke tak ini hanyalah kajian , jangan diambil serius pula ye

LIFESTYLE Sat, 20 Jan 2018

穿高跟鞋痛到无法走?那是因为妳不会穿

若说「高跟鞋」是女人自信的来源,这句话可一点都不假。但要驾驭高跟鞋,穿得漂亮、穿出自信,可不是上脚就可以,就连名模都需要花时间练习走路了,身为一般人的妳怎么可以不练习,就指望穿出爆棚的气势?

Fab Foodies! Sun, 28 Jul 2019

李宗伟一家大小都爱「这家」马卡龙!你又怎能过错呢?

李宗伟一家大小都爱「这家」马卡龙!让李宗伟打趣直呼“还有人以为是我开的店!”

error: Content is protected !!