Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Padin February 25, 2025 @ 4:00pm

BIFE Charcoal Steakhouse Kembali dengan Bufet Ramadan Edisi Ke-5

BIFE Charcoal Steakhouse, satu-satunya restoran stik Brazil milik penuh Bumiputera di The LINC Kuala Lumpur, kembali dengan bufet Ramadan istimewa untuk tahun kelima berturut-turut.

Sejak mula beroperasi pada November 2019, restoran ini telah menempuh pelbagai cabaran, termasuk pandemik COVID-19 pada tahun 2020. Namun, dengan sokongan pelanggan setia, BIFE terus berkembang dan kekal sebagai destinasi pilihan penggemar daging panggang.

Menggunakan teknik memanggang gaya churrasco dari Brazil, BIFE menawarkan pengalaman menikmati daging premium yang dipanggang dengan arang kayu bakau, memberikan rasa autentik dan aroma menggoda. Setiap hidangan disajikan panas terus dari dapur dan boleh dinikmati sepuas hati. Antara menu utama termasuk Australian grain-fed beef premium Sirloin, Picahna, Garlic Beef, Lamb Shoulder, Chicken Wings, Drummet, Sotong Mediterranean, Udang Harimau serta Pineapple Glaze yang menjadi kegemaran ramai.

Menurut Pengarah Urusan BIFE Charcoal Steakhouse, Datuk Saiful Izhar Senawi, restoran ini bertahan tanpa sebarang rakan kongsi atau rangkaian besar, hanya dengan komitmen dalam menyajikan hidangan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

“Bufet Ramadan tahun ini menampilkan gabungan unik antara masakan Melayu dan daging panggang churrasco, membolehkan pelanggan menikmati kepelbagaian rasa dalam satu sajian. Kami juga menyediakan 11 jenis daging panggang premium, Kambing Panggang Istimewa, seleksi pasta serta pelbagai jenis sup seperti Sup Berempah dan Sup Sayuran,” katanya.

Mengutamakan citarasa masyarakat tempatan, bufet ini turut menawarkan juadah tradisional seperti Nasi Hujan Panas, rendang, soto, Mee Goreng Mamak, aneka kuih-muih, cucur udang serta pencuci mulut seperti kek, aiskrim, cendol, air batu campur, buah-buahan dan rojak buah.

Bufet Ramadan BIFE Charcoal Steakhouse ditawarkan pada harga RM128.00 nett bagi dewasa dan RM64.00 nett bagi kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah.

Bufet ini tersedia setiap hari dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam sepanjang bulan Ramadan.

Dengan kapasiti sehingga 160 orang, restoran ini menjanjikan suasana selesa buat seisi keluarga, selain kemudahan surau yang disediakan di The LINC KL untuk pelanggan Muslim.

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi BIFE Charcoal Steakhouse di talian 03-21818117 atau 018-7777640.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sun, 19 May 2019

Grand Bazar Ramadan Raya 2019 Himpun 300 Gerai, Meriah Beb!

Jom ajak keluarga & kawan-kawan ke Grand Bazar Ramadan Raya 2019, macam-macam ada tau!

Fab Foodies! Fri, 9 Feb 2018

HIDANGAN TENGAHARI HANYA RM 3 DI BANGSAR, LOGIK KE?

Walaupun Bangsar terkenal sebagai sebuah kawasan penempatan golongan atasan dan dikelilingi restoran mewah, kedai Anuar Kari Kepala Ikan ini tetap menjadi pilihan ramai!

Fab Foodies! Sat, 17 Feb 2018

CAN YOU HANDLE THE HEAT? HERE’S THE 10 SPICIEST KOREAN RAMEN

Korean food has been all the rage lately but can you handle the heat of these 10 noodles?

Fab Foodies! Thu, 8 Aug 2019
Fab Foodies! Thu, 23 May 2019

Indulge and Iftar With Barokah Ramadan Buffet At Dorsett Putrajaya, Priced As Low As RM 99!

If you’re looking for an affordable and delicious food to iftar with friends and family, Dorsett Putrajaya is definitely the place to be!

Fab Foodies! Thu, 14 Feb 2019
Fab Foodies! Tue, 13 Nov 2018

Teruk Dibahan’ Netizen Chef Selebriti Popular Dunia Keliru Nangka Dengan Durian

Martha Stewart mengundang kontroversi apabila keliru dengan gambar durian sebagai penghias gambar utama artikel, walhal tajuk artikel berkenaan adalah mengenai buah nangka.

Fab Foodies! Mon, 30 Jul 2018

超夯「彩虹饮食法」搭配均衡饮食吃出健康还能瘦身

你听过现在非常流行的彩虹饮食法吗?

Fab Foodies! Sun, 18 Nov 2018

Chime the Christmas Season in With This Special Buffet Spread

Embark on a journey of all things Sugar, Spice and all things Nice this Christmas at Hilton Petaling Jaya.

error: Content is protected !!