Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal November 6, 2018 @ 12:10pm

“Bila Anak Tanya Tentang Kisah Lama, Saya Terdiam….”

Nama penyanyi Amelina kembali menjadi sebutan ramai dan kisah-kisah lamanya turut disebarkan kembali. Bagaimanapun, Amelina mengakui terkejut tentang artikel mengenai dirinya lebih-lebih lagi apabila anaknya bertanyakan tentang perkara tersebut.

Menerusi Instagram, Amelina berkongsikan gambar artikel tersebut serta memberitahu sebelum ini dia mengambil masa lama untuk menjelaskan kepada anak-anak tentang siapa dirinya yang sebenar.

“Terkedu sekejap bila salah seorang anak mengirimkan whatsapp artikel mengenai saya. Saya tak tahu nak jawab macam mana, nak respon apa. Lama saya diam sebelum membalas simbol senyum, ketawa dan muntah hijau sahajalah. Bila masuk pertandingan realiti ini banyak pula artikel mengenai saya di internet. Kisah lama, gosip dulu-dulu habis keluar semula.

“Sebelum ini lama juga saya ambil masa untuk jelaskan kepada anak-anak siapa diri saya yang sebenar. Amelina yang mereka kenal cuma seorang ibu, tak bekerja dan menjaga mereka setiap hari. Kantoinya apabila mereka terlihat video saya di youtube, gambar-gambar di internet. Susah nak jelaskan masa itu tapi bila saya buat kembali barulah mereka faham situasi dan keadaan,” tulisnya.

Kata Amelina lagi, sehingga kini anak-anaknya masih belum memahami sepenuhnya tentang kariernya sebagai seorang penyanyi, namun anak sulungnya yang kini berusia 17 tahun cuba untuk fahamkan adik-adiknya yang lain.

Amelina dan Reduan berkahwin pada 20 Mei 1999, pasangan itu dilaporkan bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur’ Athirah, 17, Putera Al’ Affiq, 16, Putera Al’ Asyraff, 15, Puteri Nur’ Asyurah, 13, Putera Al’ Arffa, 11 dan Putera Al’ Amzar, 8 tahun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 21 May 2022

“Jaga Adab Dan Lisan…” – Jasmin Hamid Kecil Hati Diperli Macam Ibu & Anak

Netizen memang ikut sedap mulut ja kan nak cakap 😑

Hiburan Sun, 22 Jun 2025

Khai Bahar Luah Rasa Sebak, Dedah Makna Di Sebalik Lagu ‘Beri Sedikit Waktu’

Khai Bahar mendedikasikan lagu Beri Sedikit Waktu sebagai penghormatan kepada arwah ibunya

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Khai Bahar Ingat Kan Diri Sendiri?

Semoga rezeki Khai Bahar semakin murah hendaknya.

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Jika Ragu-Ragu, XPDC Sedia Pulangkan Duit Pembeli Semula

Kata vokalis, Mael, XPDC memperkenalkan sistem tempahan awal atau pra tempahan untuk mendapatkannya.

Hiburan Sat, 4 May 2019

出道19年!范玮琪707首度来马开唱

出道近19年,华语乐坛「温暖天后」范玮琪终于首度来马开唱!

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Super Junior Will Comeback With Repackaged Album Soon!

The Kings of Hallyu will be back with their newest repackaged album! ELFs are you guys ready to see the boys on TV again?

Featured Fri, 23 Aug 2024

“Don’t Be Sad, Allah Knows Best” – Kazar Saisi

Mai dah bapak dia buka mulut! Harap jelas lah ek.

error: Content is protected !!