Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri April 25, 2018 @ 6:17am

Bila Harga Menjadi Persoalan Samsung Galaxy A8, Peranti Seksi Kalis Air Bersama Dwi-Kamera Swafoto

Samsung adalah merupakan jenama telefon pintar yang sentiasa mengeluarkan peranti terbaru naik taraf mereka.

Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8 Plus (2018) merupakan pengganti kepada model sebelumnya, Galaxy A7. Galaxy A8 dan A8 Plus menjadi taruhan Samsung untuk kelas pertengahan, namun tak dapat dinafikan Samsung pada ketika ini ditenggelami oleh beberapa model peranti keluaran China dalam segmen ini yang jauh lebih murah pada spesifikasi yang sama.

Pada kami, jawapannya mudah, Samsung mahu mengekalkan status jenama kepada pengguna dan ekslusiviti. Pada masa yang sama Samsung turut memperlihatkan beberapa ciri yang hanya ada pada flagship dalam membawakan nilai tambah kepada peranti kelas pertengahan mereka.

1. Rekaan Luaran (8/10)

Samsung nampaknya telah merombak rekabentuk untuk Galaxy A8 dan A8 Plus menjadikanya antara peranti yang elegen dan seksi. Pada kami binaan di bahagian sisi sangat kemas. Dengan binaan kaca di bahagian panel belakang membuatkan peranti ini sangat selesa dipegang. Rasa premium.

Dibahagian hadapan Galaxy A8 dibina dengan skrin Super AMOLED pada ukuran 5.6 inci manakala Galaxy A8 Plus pada ukuran 6 inci. Tiada komplen untuk paparan skrin kerana pada hemat kami, Samsung adalah raja kepada pembuatan skrin AMOLED pada ketika ini.

Kedua-duanya dengan resolusi HD penuh pada nisbah 18.5:9. Ini menjadikan Galaxy A8 peranti kelas pertengahan pertama dari Samsung yang mengetengahkan rekaan Infinity Display. Alangkah indahnya kalau Samsung turut menambah rekaan sisi lengkung ‘edge’ seperti Galaxy S8 dan S9.

Agak janggal apabila Samsung meletakkan pembesar suara dibahagian tepi kanan peranti. Tetapi bila difikirkan semula, pembesar suara dibahagian tepi sangat membantu apabila peranti berada dalam kedudukan melintang ketika menonton video misalnya.

Tetapi agak mengecewakan apabila peranti ini hanya menawarkan pembesar suara mono.

Kedudukan slot kad sim diletakkan dibahagian tepi kiri peranti bersama butang laras suara. Samsung turut memberi slot tambahan kad sim yang diletakkan dibahagian atas bersama slot kad SD.

Dibahagian bawah diletakkan port pengecasan USB-C dan bicu audio 3.5mm.

Kedudukan pengimbas cap jari berbeza dengan Samsung Galaxy S8 yang diletakkan ditepi kamera membuatkan pengguna sering tersalah sentuh kamera secara tidak sengaja. Samsung mengubah pengimbas cap jari ke bawah kamera untuk Galaxy A8 dan A8 Plus. Namun kami masih lagi tersilap menyentuh kamera untuk mengimbas cap jari ketika menggunakan peranti ini.

2. Spesifikasi Dalaman (6.5/10)

Samsung Galaxy A8 dan A8 Plus dibina dengan cip pemprosesan Exynos 7885 bersama pemprosesan grafik Mali G71. Ianya hadir dengan 2 teras Cortex A73 pada 2.2GHz dan 6 teras Cortex A53 pada 1.6GHz.

Galaxy A8 dibina dengan storan dalaman 32GB manakala A8nPlus dengan storan 64GB. Seperti biasa anda boleh membesarkan lagi storan dengan kad SD sehinga 256GB.

Varian A8 hadir dengan RAM bersaiz 4GB manakala A8 Plus dengan 6GB. Untuk kegunaan harian di media sosial memang lancar namun apabila kami bermain ‘game’ seperti PUBG Mobile, peranti ini mula menunjukkan kelemahannya.

3. Antaramuka (7.4/10)

Samsung Galaxy A8 dan A8 Plus mengetengahkan antaramuka Samsung Experience 8.5 bersama Android 7.1.1. Pengguna boleh membuka laci aplikasi dengan hanya swipe ke atas dan ke bawah.

Pada kami, Samsung Experience 8.5 nampak lebih bersih berbanding UI sebelumnya. Samsung membawakan beberapa aplikasi khas untuk peranti Samsung seperti Samsung Pay, Samsung Health, Smart Things.

Aplikasi seperti Galaxy Apps dan Samsung Members masih lagi dikekalkan dan pada kami ianya boleh diklasifikasikan dalam aplikasi bloatware.

Peranti ini turut menyokong ciri Always On Display, sangat serasi dengan skrin OLED. Ciri yang menarik perhatian kami adalah seperti Dual Messenger, satu aplikasi yang membenarkan penggunaan dua akaun serentak.

Satu lagi ciri yang pada kami sangat membantu adalah Easy Mute dimana pengguna dapat mematikan nada dering dengan hanya meletakkan tangan di atas skrin, seperti menutup mulut orang sedang menjerit. Yang ini cool.

Kemudahan seperti Game Launcher juga memudahkan pengguna merakam video aplikasi permainan serta mematikan kesemua notifikasi apabila ia diaktifkan, supaya mood bermain tidak terganggu.

4. Kamera (6.8/10)

Peranti ini memiliki kamera utama 16-Megapiksel f/1.7. Ianya dilengkapi dengan panstabilan imej elektronik. Ada boleh nampak dengan jelas kesan EIS apabila kamera bergegar terutamanya ketika memegang dengan sebelah tangan.

Hasil gambar dalam keadaan cerah

Hasil gambar dalam keadaan gelap

Kalau anda dapat perhatikan, hasil gambar dalam waktu cerah menghasilkan gambar yang agak memuaskan. Warna gamut yang dihasilkan agak sederhana tetapi pada kami sudah cukup memuaskan.

Namun pada waktu gelap, seperti kamera pada peranti lain, kita boleh nampak kelemahan pada kamera Galaxy A8 dan A8 Plus. Dengan aperture besar f/1.7 dan EIS, sedikit sebanyak membantu dalam menghasilkan kualiti gambar yang baik.

Adalah lebih baik jika anda memiliki tripod supaya kamera tidak bergegar pada waktu malam. Kami terpaksa mengambil gambar beberapa kali untuk mendapat ‘shot’ yang tajam dengan cara ‘handheld’ pada waktu malam.

Untuk kamera swafoto pula, ianya dibina dengan lensa 16MP+8MP, kedua-duanya pada f/1.9 bersama sokongan EIS. Dengan sistem dwi-kamera peranti ini membawakan fungsi Live Focus dalam menghasilkan gambar ‘BOKEH!’.

Maka dengan ini menjadikan ianya peranti pertama dari Samsung yang membawakan sistem dwi-kamera selfie.

Kamera swafoto dengan fungsi Live Focus pada waktu malam

Kamera swafoto tanpa Live Focus

5. Bateri (7.6/10)

Galaxy A8 dimuatkan dengan kapasiti bateri 3,000mAh manakala Galaxy A8 Plus pada 3,500 mAh.

Galaxy A8 dan A8 Plus juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas Samsung Adaptive Quick Charging. Mengecas dari 0% hingga 50% mengambil masa selama sekitar 30 minit dan pengecasan penuh sekitar 1 jam 20 minit untuk kedua-dua peranti.

6. Rumusan (7.3/10)

Samsung Galaxy A8 dijual di pasaran pada harga RM1,799 dan Galaxy A8 Plus pada RM2,499. Jika diamati dengan lebih teliti, anda boleh mendapatkan peranti flagship dari China untuk takuk harga sebegini. Tetapi siri Galaxy A8 (2018) hadir dengan ciri kalis air IP68 yang jarang kita lihat pada jenama telefon pintar yang lain walaupun pada peranti flagship mereka.

Faktor Yes!

Rekaan yang menarik, skrin AMOLED yang cantik, kamera utama memuaskan, antaramuka Samsung Experience ditambahbaik untuk kesenangan pengguna dan sokongan kalis air IP68.

Faktor Euww!

Prestasi pembesar suara mono yang sederhana, ciri Live Focus pada kamera selfie yang kurang memuaskan dan harga yang pada kami sepatutnya diturunkan sedikit dalam bersaing dengan peranti kelas pertengahan yang lain.

Kredit: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 22 Jun 2018

20个彻底改变人类生活的「爱迪生等级」伟大发明

科技日新月异,许多以前解决不了的难题都已经不是问题,越来越多的解决方案融入我们细微的日常生活中……

TECH Mon, 9 Apr 2018

Cara Kosongkan Storan Android Yang Penuh Kerana Whatsapp

Berikut kami kongsikan cara mudah untuk memadam fail  dalam peranti pintar yang anda terima daripada Whatsapp.

TECH Fri, 30 Aug 2019

Engineered for the Future, Lenovo™ ThinkPad™ Laptops are Smarter and Better!

New ThinkPad X1 Carbon 7th Gen, joined by X1 Yoga™ 4th Gen, X390 and T490 get smarter via 10th Gen Intel® Core™ Processors

TECH Thu, 5 Jul 2018

Razer Pay: Satu Lagi Aplikasi e-Dompet Membuat Kemunculan Di Malaysia

Razer sebuah syarikat yang terkenal dengan peralatan komputer bercirikan gaming kini memperluaskan portfolio perniagaan mereka di Malaysia dengan pelancaran Razer Pay. Razer bekerjasama dengan Berjaya Corp. dalam membawakan aplikasi ini kepada generasi muda dan golongan milenium yang […]

TECH Thu, 12 Jul 2018

TM Umum Kenaikan Kelajuan Tanpa Cas Tambahan Untuk Pelanggan Mereka

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, TM telah mengumumkan bahawa pelanggan pakej Unifi mereka akan menerima penaikkan-taraf kelajuan internet mereka sehingga 10 kali ganda lebih pantas dengan pengenalan Unifi Turbo. Perkara ini telah disahkan oleh pihak […]

TECH Mon, 23 Jul 2018

Sony Bakal Keluarkan PlayStation 4 Edisi Spider Man

Sony dikhabarkan bakal menampilkan konsol edisi istimewa sempena dengan pelancaran permainan video Spider Man yang dijangka berlangsung pada September hadapan. Model PlayStation 4 Pro berwarna merah itu diperkemaskan lagi dengan logo Spider Man pada bahagian […]

TECH Mon, 16 Jul 2018

Naik Taraf Kelajuan Unifi Dan Streamyx Lebih Cepat Dari Perancangan Awal

Telekom Malaysia (TM) sebelum ini telah mengumumkan naik taraf kelajuan sehingga 10 kali ganda kepada pelanggan Unifi sedia ada. TM mengumumkan perkara tersebut pada 12 Julai yang lepas. Unifi Turbo: 10X Lebih Kelajuan Dengan Harga […]

TECH Thu, 31 May 2018

微信「令吉钱包」下月开跑

微信(wechat)令吉钱包也将入驻大马,6月起大马人就可以通过绑定银行卡来使用微信的令吉专属电子钱包。

Automobile Mon, 18 Jun 2018

「没有它」再多Safety Features也没用!

在政府的措施以及人民的对于汽车安全性的意识逐年提高之下,这将我国的车辆安全水准提高到另一个等级!但还有一样东西也同样重要,那就是……

TECH Sun, 15 Apr 2018

Cara Besarkan Saiz Resolusi Foto Tanpa “Pecah”

Kaedah ini kami temui dariapda satu laman sesawang dari Jepun dan ianya sangat berkesan. Ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

error: Content is protected !!