Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 11, 2025 @ 2:00pm

“Bila Ketiak Basah Saya Terus Pakai Deodoran” – Daniel Fong Tak Melatah Terkait Isu Bau Badan

Pelakon dan penyanyi, Daniel Fong menegaskan dia bukanlah aktor yang dimaksudkan pelakon, Harissa Adlynn sebelum ini yang mempunyai bau badan memandangkan mereka digandingkan bersama dalam sebuah drama.

Kata Daniel ketika ditemui Xtra, dia memilih bersikap positif dan tidak mudah melatah dengan isu tersebut dek kerana sebelum ini dia tidak pernah menerima komen negatif mengenai isu bau badannya.

“Saya tak susah hati sebab saya tahu itu bukan saya.

“Kalau saya pun, mesti bekas teman wanita saya sudah tegur  tapi tak ada yang tegur.

“Tapi mungkin satu hari nanti saya tak boleh jamin sekarang saya tak berbau tapi mungkin masa akan datang sebaliknya. Tahu sahajalah, body age kan macam sains. Tapi so far so good,” katanya.

 

Bagaimanapun, Daniel atau nama lengkapnya, Daniel Fong Weng Chuan, 32, berkata, masalah bau badan mungkin berlaku ketika berada di set penggambaran terutamanya dalam jangka masa terlalu lama.

Ini kerana, masalah pakaian yang disediakan juga mungkin menjadi faktor utama yang menyebabkan bau badan terjadi.

“Macam dalam set, saya pun faham kadang bukan nak berbau busuk. Tapi sebab shooting dari pagi sampai malam.

“Dan baju pun yang kita letak dekat wardrobe kita tak tahu sama ada mereka cuci atau tidak.

“Jadi, tak kiralah kalau awak wangi macam mana pun, baju tak cuci 10 kali tetap akan berbau.

“Lepas artikel itu keluar, saya pergi set pun pakai perfume yang banyak dan kadang-kadang bila saya rasa ketiak saya basah sikit, saya akan letak deodoran,” jelasnya.

Daniel berkata demikian ketika ditemui usai tayangan drama terbaharunya berjudul Kerana Seorang Lelaki yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Daniel juga menegaskan, isu bau badan bukanlah gimik bagi mempromosikan drama lakonan mereka.

“Nak clarify, artikel ni bukan untuk promosi drama tau.

“Tak kan nak gunakan bau badan semata-mata nak promosikan drama kan?,” ujarnya.

@danielfongwc Shooting for #keranaseoranglelaki bukan #keranabaulelaki !! I dah double check dah semua!! 🥸Memang #bukankita @harissa adlynn ♬ orijinal ses – • 𝚁𝚊𝚑𝚒𝚋 o9 🐅

Terdahulu, isu bau badan dalam kalangan rakan artis timbul selepas Harissa mendedahkan pernah berdepan dengan rakan lakon yang memiliki masalah kebersihan diri.

Untuk info, selain Daniel antara pelakon yang terlibat dalam drama terbaharu arahan Michael Ang ini adalah, Harissa Adlynn, Nabil Aqil, Dr Soo,  Wincci, Marissa Yasmin,  Aiman Ameer dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 10 Apr 2018

Petaling Jaya Peeps, Paying for Parking Has Just Become Super Easy

It’s all thanks to this cool app which you can also use to pay your summonses!

Trending Thu, 25 Oct 2018

10张你一定看过「严重PS失误」的电影海报

其实好像真的很少人会仔细地去观察电影海报,不过海报正是最多不合逻辑和奇怪的东西会出现的地方。若不仔细观察,你能看出问题吗?

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Walau Sibuk Dengan Penggambaran Filem Di Korea, Jaa Suzuran Tetap Komited Urus Sukan Pertarungan

Sepanjang penggambaran filem Tiket Sehala, mental dan fizikal Jaa Suzuran sentiasa bekerja keras membahagikan fokus antara lakonan dan komitmen menguruskan sukan tempur.

Featured Tue, 23 Feb 2021
Featured Fri, 28 Jun 2024

Tebus Kekecewaan, Noraniza Idris Bangkit Dalam Konsert Qalam

Wah! ratu irama Malaysia bakal buat konsert dalam pertandingan. lain dari lain ini

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

“Hubungan Kami Memang Mesra” – Amira Othman

Mesra dengan adik beradik sendiri pun menjadi isu. Apa kes ni?

Trending Tue, 10 Jul 2018

8 Amazing Records Which Tun Mahathir has Broken and Maintained

What a way to commemorate Tun on his birthday by remembering all the great things he’s achieved.

Trending Tue, 14 Jul 2020
Featured Wed, 16 Nov 2022

Mesra Berkempen, Ketampanan Shahril Hamdan Raih Tumpuan – “Kalau Single Baru Saya Pangkah”

Ahli politik, Shahril Sufian Hamdan merupakan salah seorang calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15). @shahrilhamdan Rata-rata warga yang lebih berpengalaman daripada saya […]

error: Content is protected !!