Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 8, 2026 @ 7:58pm

Bintang Cantik Thailand Anyarin Sofia Boleh Berbahasa Melayu, Kini Cuba Nasib Sebagai Penyanyi Di Malaysia!

Bintang cantik berasal dari Thailand, Anyarin Sofia kini semakin aktif mengembangkan kerjayanya di Malaysia apabila memilih negara ini sebagai lokasi untuk memulakan perjalanan sebagai penyanyi.

Walaupun sudah dikenali sebagai pelakon di Thailand, Anyarin yang memiliki pengaruh besar di media sosial dengan lebih 1.7 juta pengikut di TikTok dan hampir 800,000 pengikut di Instagram mengakui kemunculannya sebagai penyanyi di Malaysia pada tahun lalu merupakan satu pengalaman baharu buat dirinya.

“Sebelum ini saya pernah nyanyikan beberapa lagu tema drama di Thailand, tetapi bukan sebagai penyanyi sepenuhnya.

“Di Malaysia, ini kali pertama saya debut secara rasmi sebagai penyanyi,” katanya.

Anyarin yang berasal dari Bangkok turut menarik perhatian ramai kerana boleh bertutur dalam Bahasa Melayu walaupun bukan berasal dari Selatan Thailand seperti yang disangka sesetengah pihak.

Menurutnya, kemampuan itu diperoleh selepas mempelajari Bahasa Melayu ketika melanjutkan pengajian di universiti.

“Saya belajar Bahasa Melayu semasa di universiti dulu. Buat masa sekarang saya masih bercakap sedikit-sedikit, tapi saya harap lama-kelamaan boleh jadi lebih fasih,” katanya sambil ketawa.

Tambah Anyarin, antara faktor utama dia memilih Malaysia untuk mengembangkan kerjaya nyanyian adalah kerana peluang yang dirasakan sesuai selain kecintaannya terhadap budaya tempatan.

“Saya rasa ini peluang yang baik untuk saya berada di Malaysia. Kalau saya bekerja di Thailand dan Malaysia pada masa sama, lebih mudah untuk saya berulang-alik.

“Saya juga sangat sukakan budaya Malaysia, orang Malaysia dan makanan di sini,” katanya.

Pada tahun lalu, Anyarin tampil dengan single berjudul Baler Baler di bawah label Rusa Music selain turut bakal muncul dengan single baharu tidak lama lagi.

Menurutnya, lagu Baler Baler mempunyai keunikan tersendiri apabila menggunakan beberapa slanga Kelantan dalam lirik lagu tersebut.

“Perkataan Baler Baler itu sendiri adalah slanga dari Kelantan. Penerbit lagu gunakan beberapa dialek Kelantan kerana ada persamaan dengan dialek di Selatan Thailand,” katanya.

Selain bergerak solo, Anyarin turut pernah bekerjasama dengan Farez Adnan menerusi lagu Roadblock Hatiku.

Dalam masa sama, Anyarin mengakui jadual kerjayanya kini agak padat kerana masih aktif berlakon di Thailand selain perlu berulang-alik ke Malaysia untuk memenuhi komitmen nyanyian.

“Sekarang saya masih menjalani penggambaran filem baharu di Thailand, jadi saya hanya perlu pandai bahagi masa untuk datang ke Malaysia,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Jun 2020

Cukup Sayu, Cucu Bagi Bantuan CPR Demi Selamatkan Nenek Dijangkiti Covid-19

Semoga yang baik-baik sahaja buat keluarga pemuda ini.

Hiburan Mon, 16 Feb 2026

Nyanyi Karya Hafiz Hamidun & Fedtri Yahya, Shiha Zikir Angkat Keikhlasan Dalam Lagu Tradisional ‘Minta Ampun’

Shiha Zikir tampil dengan Minta Ampun, sebuah lagu yang membawa mesej tentang makna sebenar memohon maaf.

Featured Thu, 19 Feb 2026

Aisha Retno Mengaku Pernah Terima Ugutan B*nuh

Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dia pernah menerima ugutan bunuh sepanjang enam tahun bergelar anak seni.

Hiburan Thu, 11 Jun 2026

Enam Kitaran Kemoterapi Menanti, Shahronizam Tak Putus Ikhtiar Berubat Kampung Lawan Kanser

hahronizam meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi sistem sokongan yang kuat daripada keluarga, rakan artis dan pihak produksi

Hiburan Mon, 8 Jun 2026

“Nak Ambil Semangat Dia Untuk AJL” – Wani Kayrie Akui Terpukau Lihat Persembahan Anggrek Bawa Lagu Cak Cak Cekuk

Wani mengakui persembahan Anggrek yang berusia sembilan tahun memberi inspirasi kepadanya untuk membawa semangat kanak-kanak itu ketika beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40)

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Song Joong Ki Tinggalkan Agensinya Selepas 7 Tahun

Semoga Joong Ki pilih agensi yang tepat untuk kariernya.

Hiburan Thu, 18 Jul 2024
Hiburan Mon, 5 Feb 2018

KYLIE JENNER GIVES BIRTH TO FIRST BABY WITH TRAVIS SCOTT

Kylie Jenner went into hiding last year after people started speculating on her pregnancy. Now, she has given birth and the baby daddy is none other than rapper Travis Scott.

Hiburan Thu, 28 Mar 2019

‘Jadi Penyanyi? Tak Kot…’- Radin Selesa Kerja Dalam Konti

Selalunya kalau penyampai radio bila bercakap suara pun dah sedap, kalau menyanyi mesti okay juga kan?

error: Content is protected !!