Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 24, 2023 @ 5:37pm

Buat ‘Comeback’ Selepas Dua Dekad Tak Berlakon, Azah Aziz Gemuruh… Syukur Suami Tak Halang

Pelakon dan model terkenal era 90-an, Azah Aziz akui gemuruh apabila menjejakkan kaki semula untuk mewarnai industri seni tanah air selepas dua dekad berkelana di luar negara.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Azah atau nama lengkapnya Norazah Aziz, 50, dia bersyukur apabila kemunculan semulanya mendapat keizinan suami, Daud Leroy Abdullah.

“Sebenarnya, kemunculan semula ini bukan kerana saya mahu betul-betul aktif (berlakon). Ia sekadar mengisi masa lapang tatkala keberadaan saya di Malaysia untuk tempoh lima tahun. Ibarat melepas rindu kepada dunia lakonan.

“Memang saya gemuruh dan kurang berkeyakinan. Sekarang tak macam dulu, keadaan sudah berubah, berlainan dengan ketika saya aktif dahulu.

“Saya bersyukur kerana suami tak pernah halang malah dia menyokong dan beri galakkan. Dia percaya saya masih boleh berlakon dan perlu menggunakan bakat jika berpeluang,” katanya.

Kongsi ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, dia teruja apabila dapat bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat dalam beberapa siri drama arahan pengarah, Michael Ang dan Haji Fadzil.

“Drama bersama Haji Zeel bukan berkisar cerita ‘Mak Datin’ atau cinta. Sebaliknya, sarat cerita membabitkan konflik, skandal dan pembunuhan.

“Saya seronok bekerja dengan pelakon, Rita Rudaini dan Jasmin Suraya dalam drama ini. Kami sekepala,” kongsinya.

Terdahulu, Azah memaklumkan dia dan keluarganya mengambil keputusan untuk kembali menetap di Malaysia selepas 20 tahun berhijrah ke Kanada.

Untuk info, Azah berkahwin dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah pada 1995 dan sejak itu dia menetap di Montreal, Kanada.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26, Ryan, 20 dan Justin, 17.

ARTIKEL BERKAITAN: Azah Aziz Pulang Ke Tanah Air Selepas Lebih 20 Tahun Menetap Di Kanada! – “Permulaan Yang Baharu…Anak-Anak Paling Excited”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mewahnya! Azah Aziz Kongsi Rumah Keduanya Di Dubai, Berlatarbelakangkan Menara Burj Khalifa!

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Azah Aziz Catwalk Curi Perhatian, Buat ‘Comeback’ Selepas 13 Tahun – “Macam Remaja…Ini Baru Legend”

Sumber: Utusan Malaysia 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Nov 2024
Trending Thu, 13 Sep 2018

近视者眼中世界很美!看什么都朦胧

Philip Barlow就擅长绘出近视者眼中的朦胧世界,不仅让近视者深感认同,连视力良好的人都想感受一下朦胧美到底是什么样子的!

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Sah! KRU Umum Bubar, Konsert Terakhir 6 Mei

Terima kasih kepada semua peminat yang telah memberi sokongan kepada kumpulan tersebut sepanjang 25 tahun. Alahai, nampaknya lepas 6 Mei ini kita tak dapat lagi melihat KRU beraksi di pentas lagi.

Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Lizzy Mengaku Cepat Bosan Dengan Lelaki?

Mungkin belum bertemu jodoh yang sesuai kot Lizzy!

Trending Tue, 5 Jun 2018

Aeroplane Makes Emergency Landing Due to Man’s Horrible Body Odour

Passengers were even puking from the smell!

Hiburan Wed, 2 May 2018

Zayn Malik Wants Gigi Hadid Back but She’s Hesitant

So are they getting back together or not?

Events Tue, 14 Mar 2023
Featured Fri, 18 Aug 2023

[VIDEO] Sweet! Sharnaaz Ahmad Sambut Birthday Amelia Christie, Telatah Jebat Jayden Curi Perhatian

Alahai sweetnya tengok Amelia layan Jebat Jayden, comelll je terbaiklah Mamu 🤪🤪

Selebriti Mon, 9 Oct 2023
error: Content is protected !!