Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom October 22, 2018 @ 11:00am

Budak Enam Tahun Selamatkan Ibunya Dari Terusan Menjadi Mangsa Keganasan Bapa

Penderitaan seorang isteri yang menjadi mangsa keganasan suami berakhir, apabila anak perempuan pasangan itu yang baru berusia enam tahun mendedahkan perbuatan tersebut kepada guru sekolahnya.

Dia bertindak sedemikian selepas melihat ibunya menderita dan memberitahu guru tersebut bahawa “bapanya seorang yang nakal”.

“Bapa sakiti ibu. Ibu kata ibu sayangkan bapa tapi bapa sentiasa sakiti ibu,” kata kanak-kanak itu yang tidak didedahkan namanya.

Kanak-kanak di sekolah berkenaan sememangnya diajar untuk memberitahu guru mereka jika mereka dibuli.

Selepas mendengar aduan anak kecil itu, guru itu segera membuat laporan polis yang bertindak menahan Scott Keegans, 34, selepas menyeksa isterinya Jodie, 36.

Scott dipenjara 18 tahun oleh sebuah mahkamah Sheffield selepas hakim mendapati dia bersalah terhadap enam pertuduhan melakukan penderaan, serangan seksual dan rogol.

Hakim menyifatkan kes tersebut sebagai paling kejam pernah dikendalikannya dalam tempoh 30 tahun.

Foto: Mirror

Mengimbau kembali insiden ngeri itu, Jodie menyifatkan kehidupannya bagaikan babak dalam filem ngeri sepanjang tempoh tiga tahun di mana dia sering dipukul suaminya itu.

“Saya fikir ini adalah hari saya akan mati. Saya dipukul selama dua jam tanpa belas kasihan menggunakan kayu penguli.

“Wajahnya berubah. Dia kelihatan seperti Joker. Dia pukul tapak kaki saya sehingga saya tidak dapat berjalan.

“Dia hanya berhenti apabila letih dan beritahu saya dia mahu tidur. Pada pukul 9 pagi dia kejutkan saya dan minta saya pergi ke dapur dan kemudian bertindak memukul saya semula.

“Saya rasa amat sakit dan jantung saya berdegup kencang. Apabila saya pergi ke hospital, mereka fikir saya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Saya kata bukan… kecederaan ini dilakukan suami saya,” katanya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 May 2025

Home of Ejen Ali! Kool 101 Jadi Hab Rasmi Ejen Ali The Movie 2

Kool 101 diumumkan sebagai Home of Ejen Ali yang menjadi hab rasmi bagi segala aktiviti promosi filem EATM2.

Featured Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Sharifah Sakinah Ajak Meerqeen Couple?

Eh biar betul? Pastu #meerna macam mana? 😱

Trending Thu, 15 Mar 2018

我不追剧,只追你!必学13句「神级情话」

每当喜欢上一个人,就会使出千奇百怪的方式,想要逗对方开心。比起送昂贵的礼物,幽默的话术是能轻易打中内心的选择,近年社群媒体上疯传「干话搭讪术」影片,用出其不意的语句,就能让别人肉麻到脸红心跳!

Trending Wed, 10 Apr 2019

Kes Kehilangan Ashraf (Acap), Pihak Polis Nafi Acap Berada Di Johor

Acap dikatakan selamat ditemui di Muar, Johor.

Selebriti Mon, 26 Jun 2023
error: Content is protected !!