Euforia Bola 2026
Acara By: Ad Ops May 20, 2018 @ 9:00am

Bufet Ramadan INTEKMA Gamit Memori Dengan Variasi Selera Kampung Yang Menyelerakan

Saban tahun, INTEKMA Resort & Convention Centre (INTEKMA) yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam tidak ketinggalan dalam memeriahkan bulan Ramadan dengan bufet Ramadannya.

Pada tahun ini, Sesuci Ramadan, Semurni Syawal diangkat sebagai tema pilihan untuk sesi berbuka puasa yang dinamakan “Iftar@INTEKMA”.

 

Sesi “Iftar@INTEKMA” yang bermula dari 18 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018 ini menyajikan pelbagai selera masakan kampung yang lazat dengan kadar harga berpatutan kepada pelanggan.

“Iftar@INTEKMA” akan diadakan di Ruangsari INTEKMA, iaitu ruang dewan banquet (marquee tent) yang boleh memuatkan hingga 1,000 orang pelanggan atau tetamu di dalam suatu masa.

Menariknya, Dewan Ruangsari yang siap dibina pada September 2016 ini turut dihiasi indah dengan dekorasi elemen tradisional seperti kain batik, bunga-bungaan dan lilin bagi menambahkan lagi “mood” selera masakan kampung yang pelbagai.

Tak lekang dek hujan, tak lapuk dek zaman, konsep dekorasi batik turut diketengahkan oleh INTEKMA bagi menghargai fabrik sepanjang zaman, selain memberikan impak nostalgia kepada pelanggan yang hadir untuk iftar bersama.

 

Lebih daripada 70 jenis hidangan selera masakan kampung boleh didapati di Ruangsari INTEKMA. Antara menu popular adalah Kari Kepala Ikan, Daging Masak Kerutup, Ayam Berlada, Hati Lembu Rendang Pedas, Kupang Masak Berempah, Sayur Lemak Pucuk Ubi dan sebagainya.

Tidak ketinggalan adalah juadah sampingan yang menjadi pilihan setiap tahun seperti Bubur Lambuk Ayam dan Daging, Murtabak, Kambing Golek, Pasembur, Cucur Udang, Laksa Utara, Kuey Teow goreng dan Mee Rebus yang dimasak secara langsung dari gerai2 yang disediakan.

Hidangan pencuci mulut seperti Sago Gula Melaka, Agar-Agar Santan, Puding Roti dan Karamel, Bubur Cha Cha, kuih muih tradisional termasuklah kek dan buah-buahan segar pasti melengkapkan lagi hidangan.

Menurut Encik Melvin Benedict Jipiu, Pengurus Besar INTEKMA Resort & Convention Centre, “Salah satu perkara yang bakal memberi pengalaman terbaik mengenai Iftar@INTEKMA ialah hidangannya yang lazat pasti mengimbau memori manis ketika zaman kita membesar dahulu. Iftar@INTEKMA bukan sahaja menawarkan aneka pilihan makanan tetapi harga bufetnya juga amat berpatutan. Dapatkan hidangan yang enak ini dengan harga bajet. ”

Harga bufet adalah RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun. Manakala mereka juga boleh mendapatkan harga istimewa menerusi kupon pembelian terawal bernilai RM45 setiap satu bermula sekarang sehingga 16 Mei 2018.

INTEKMA juga menyediakan kemudahan pengangkutan buggy, surau, tandas dan parkir percuma bagi kegunaan para pelanggan.

Dengan kadar harga berpatutan selain daripada lokasinya yang strategik terletak di bandar Shah Alam, ayuh raikan Ramadan anda bersama orang tersayang di Iftar@INTEKMA!

Untuk maklumat lanjut mengenai bufet Ramadan, sila hubungi:

03-55225009/ 5222 / 5066 / 5001 / 5104 / 5106

Website: www.intekmaresort.com.my
Hotline :+603 5522 5000
Instagram: @intekmaresort
Facebook : INTEKMA Resort & Convention Centre

Official Hashtag : #iftarintekma

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Apr 2022

“Bahasa Indonesia Lebih Diiktiraf Di Peringkat Antarabangsa,” – Menteri Indonesia Tolak Bahasa Melayu Jadi Bahasa Rasmi Kedua ASEAN

Menteri Indonesia turut bercadang untuk menggunakan Bahasa Indonesia sebagai bahasa perantaraan ASEAN.

Featured Fri, 3 Apr 2026

“Buat Masa Sekarang Belum Masanya Lagi, Harap Bersabarlah” – Fattah Amin Tampil Respons Dakwaan Amira Othman Berbadan Dua

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman memohon orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat mereka berdua berhubung spekulasi kononnya mereka sedang menantikan kehadiran cahaya mata.

Featured Fri, 27 Jan 2023

‘Inni Tawakkaltu’ Untuk Penguat Semangat, Hafiz Hamidun Muncul Single Baharu

Kesedihan dan kesusahan yang kita alami tidak selalunya difahami oleh semua orang – Hafiz Hamidun

Featured Sun, 31 Jul 2022
Featured Thu, 27 Oct 2022

[VIDEO] Ramai Minta Tips Untuk ‘Push’, Elfira Loy Kongsi Proses Bersalin Anak Kedua – “Ambil Epidural Sebab..”

Mak aih, tenangnya Elfira masa bersalin anak kedua 🥵 Alhamdulillah dipermudah segalanyaa fuhh

Acara Sun, 19 Jan 2020
Featured Tue, 16 Jun 2026

“Patutnya Salahkan Negara Yang Buang Kau Tu S*al” – Kamal Adli Berang Kenyataan Aktivis Rohingya 

Kamal Adli berang selepas sepotong video pendek tular di media sosial apabila seorang aktivis Rohingya yang dikenali sebagai, Noor Azizah tular.

Featured Wed, 8 Apr 2020
error: Content is protected !!