Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Padin August 28, 2025 @ 10:00pm

Buka Peluang Pitching Karya Tempatan, UTV Tampil Dengan 5 Segmen Hiburan Eksklusif

Dunia hiburan tempatan melakar langkah baharu dengan pelancaran platform penstriman digital eksklusif (OTT), UTV, yang membawa tagline “Stream For You”.

Dilancarkan oleh Usanita Sdn Bhd, UTV bukan sekadar menawarkan pilihan hiburan, malah hadir sebagai wadah besar untuk bakat kreatif tanah air menyalurkan karya mereka ke pentas lebih luas.

Presiden UTV merangkap CEO Usanita Group, Datuk Adzliana Prof. Datuk Seri Dr. Hasan (Datuk Nana) berkata, platform ini lahir daripada pengalaman panjang Usanita dalam kerjasama bersama industri seni tempatan dan juga stesen TV antarabangsa.

Beliau menegaskan setiap karya perlu dilihat lebih daripada hiburan semata-mata, sebaliknya sebuah legasi bangsa.

“Industri seni adalah nadi masyarakat. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi warisan yang mengangkat budaya, identiti dan kisah hidup kita. Dari inspirasi itu, kami lahirkan UTV sebagai platform yang bukan hanya menyiarkan karya, tetapi juga memberi ruang kepada idea baharu untuk direalisasikan.

“Saya percaya ramai penulis skrip, penerbit dan kreator di luar sana menyimpan jalan cerita yang hebat tetapi belum ada peluang. UTV hadir untuk membuka pintu itu,” ujar Datuk Nana.

Buat masa ini, UTV beroperasi dengan model Pay Per Content, membolehkan penonton memilih kandungan yang diminati tanpa perlu melanggan keseluruhan pakej. Pendekatan ini memberi nilai tambah kepada setiap karya di samping memberi fleksibiliti kepada pengguna.

Berbeza dengan platform lain, UTV membuka ruang pitching kepada semua golongan, sama ada syarikat produksi besar, penerbit indie atau penulis skrip baharu. Hasratnya adalah mencungkil bakat baharu serta mengetengahkan idea segar untuk mengukuhkan industri kreatif tempatan.

“Kita sering dengar keluhan kreator muda yang sukar mencari ruang menayangkan idea mereka. Ada yang menulis skrip bertahun-tahun, ada yang menyimpan sinopsis penuh potensi, tetapi akhirnya tersimpan di laci kerana tiada platform untuk direalisasikan.

“Di UTV, kami mahu ubah keadaan itu. Hantar idea anda, jangan takut mencuba. Jika ia kuat, kami sedia menilai, membimbing dan membawa karya itu ke skrin UTV,” jelas Datuk Nana.

Pihak UTV mengalu-alukan penghantaran idea atau sinopsis melalui e-mel [email protected]
atau media sosial rasmi UTV di Instagram @utv.official dan TikTok @utvoriginal.

@xtra_my Ramai selebriti gred A bersama Presiden UTV, Datuk Adzliana Hasan memeriahkan pelancaran UTV di Zepp, Kuala Lumpur ❤️ Tapi min tertarik dengan Abang Long & Kak Long 🤪 #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Dengan visi ini, UTV diyakini mampu melahirkan lebih banyak karya asli Malaysia yang mampu bersaing di peringkat global.

Lima segmen utama UTV ditawarkan untuk memenuhi pelbagai cita rasa penonton:

  • UTV Original – Drama dan telefilem eksklusif berkualiti tinggi seperti Saling Tak Terlihat (Remy Ishak, Nora Danish), Langit Tanpa Bintang (Nabila Huda, Hasnul Rahmat), Diari Air Mata (OST Ajai & Aisha Retno), Poskad Cinta Dari Auckland (Fattah Amin, Amira Othman), Anak Mak (Sheila Rusly, Sophia Albarakbah), Aku Cinta Dia (Zoey Rahman, Fattah Amin), dan Hantu Cinta Kamu (Zizan Razak, Sherry AlHadad, Nora Danish).
  • UTV Music – Konsert eksklusif terus ke skrin seperti Showcase Janji (Dayang Nurfaizah) dan A Night With Aina Abdul 3.0.
  • UTV Podcast – Perbincangan segar seperti Hitam Putih, Ruang Usanita serta program akan datang Next Gen Ummah.
  • UTV Talkshow – Sesi santai penuh inspirasi seperti Unwrapped: Kisah Disebalik Spotlight dan Cook With Sheila Rusly.
  • UTV Smart – Hiburan bercampur ilmu, antaranya Bootcamp Usanita dan Online Business Game 101 with Zoey Rahman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Wed, 13 Sep 2023
Featured Fri, 3 Jun 2022

Kecoh! Rakyat Persoal Kos Selenggara Istana Negara Cecah Hingga RM519 Juta

JKR telahpun membuat kenyataan berhubung isu ni…

Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Sajian Program Menarik Bersempena Dengan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula

Mari kita mengambil iktibar dan sebarkan semangat juga inspirasi ketika menyambut Bulan Kebangsaan yang istimewa ini. Bersempena dengan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula oleh Media Prima Berhad, kami menyajikan pelbagai program inspirasi daripada genre berita, bual […]

Acara Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Thu, 12 Dec 2019
Featured Mon, 16 Jan 2023

Donnie Yen Gembira Pelakon Asia Mula Diiktiraf Di Hollywood – “Ia Melibatkan Bakat Dan Bukan…”

Bakat pelakon Asia pun dah setaraf global! Jangan lupa tengok filem baru Donnie Yen, Sakra

Hiburan Wed, 13 Aug 2025

“Putih Gebu Sampai Nak J*lat Kaki” – Farahdhiya Berang Terima DM Lucah

Farahdhiya berang masih terima komen lucah dari individu

error: Content is protected !!