Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 30, 2018 @ 5:25am

Buka Puasa Gaya xtra! Gabungan Tempatan, Asia & Barat di Sunway Putra Hotel

Mahu kelainan dalam seleksi berbuka? Punya kegemaran eksotik gabungan menu dunia Timur dan Barat? Atau meraikan rakan sepejabat yang berlainan citarasa?

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menawarkan konsep gerai makanan pelbagai sehingga penghujung Ramadan ini! Menampilkan 12 gerai makanan selain bar utama yang menghidangkan masakan tradisi Malaysia, Oriental dan Barat, Sunway Putra Hotel terus mencipta kelainan suasana tahun ini dengan hiburan persembahan alunan nasyid sepanjang acara berbuka puasa.

 

Nikmati seleksi Ikan Bakar, Sotong dan Udang, Kerabu Jantung Pisang, Daging Masak Lemak Cili Padi, Kari Kepala Ikan Salmon dan pelbagai lagi sehingga 100 jenis pilihan makanan berlainan, wow! Dan jangan lepaskan peluang merasai hidangan istimewa Jepun ‘Maki Sushi’ yang dikenali terbaik antara semua rangkaian hotel di Kuala Lumpur!

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur turut menyajikan hidangan unik antaranya Udang Kalio dengan Belimbing Buluh, Kambing Barbeku Oriental (Juara Sajian di Pertandingan Kulinari Thailand), Satay Ikan (isi ikan 100%), Salad Mandarin Daging Panggang dan pelbagai lagi.

Usai menjamu hidangan utama; pilih seleksi cucur (cucur ikan bilis, cucur udang, cucur pisang mahupun cucur kelapa!), kuih talam dalam loyang (perisa pandan, gula melaka, keladi), selain aneka kek yang menggiurkan!

Nah, kunjungi Restoren Coffee House – Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur di Jalan Putra, Kuala Lumpur (Waze: Sunway Putra Hotel KL) untuk menikmati sajian gabungan dunia Timur & Barat!

Bermula dengan harga RM128 / dewasa manakala RM64 / kanak-kanak & warga emas, pastinya memenuhi selera anda. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi 03-40409888 atau emel ke [email protected]

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Oct 2022
Trending Tue, 12 Apr 2022

COVID-19: Dua Lagi Varian Baru Omicron Dikesan

Sub varian Omicron, BA.4 dan BA.5 sudah dikesan.

Drama Mon, 22 Jan 2024

[VIDEO] Bawa Watak Suami Curang & Panas Baran, Zamarul Hisham Buat Netizen Naik Benci… Netizen Komen: “Ini Real! Memang Kena Tengok”

Abang Zamarul kalau berlakon memang tabik🙋‍♀️ Bagilah watak apa sekalipun serius menjadi!🔥

Events Sat, 5 Oct 2019

大马首档网红练习营真人秀《PRODUCE KOL 练习生》正式启动!

大马首档耗资过百万令吉的网红练习营真人秀《Produce KOL 练习生》正式启动!

Trending Hari Ini Tue, 28 Apr 2020
Featured Tue, 15 Jul 2025
Hiburan Wed, 26 Jun 2019
Events Thu, 11 Oct 2018

Dora to Explore Resorts World Genting Soon!

Are you ready to shout “Swiper no swiping!”?

error: Content is protected !!